Saturday, 31 January 2015

Pentas Politik Jelajah Nadi Rakyat Selangor Perjelaskan Isu Semasa??? @NohOmar #DSNO


Malam tadi di Taman Desa Sentosa Teras Jernang, Sepang Selangor satu program ceramah umum Pentas Politik Jelajah Nadi Rakyat Selangor memperjelaskan isu-isu semasa berkaitan Selangor dan kerajaan negeri Selangor telah diadakan anjuran Penerangan UMNO Selangor yang disampaikan oleh panel-panel yang sangat berkaliber yang terdiri daripada Ustaz Hasan Basri (bekas pemimpin kanan Pas), YB Budiman dan Exco Pemuda UMNO Malaysia sdr Armand Adha. 

Penjelasan isu semasa Selangor disampaikan oleh Ustaz Hasan Basri bekas kepimpinan kanan Pas yang menjelaskan isu Tahaluf Siasi Pas dalam Pakatan Rakyat bagaimana dengan adanya Tahaluf Siasi pas dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat yang sebenarnya merugikan Pas sebenarnya. Ini terbukti bagaimana Pas dibuli-buli oleh rakan Pakatan terutama DAP dan bagaimana Pas merelakan Presiden mereka sendiri dihina oleh PKR dan DAP. Penjelasan juga diberikan oleh ustaz Hasan Basri bagaimana cubaan oleh Anwar Ibrahim mahu membeli 30 ahli parlimen BN dengan ditawarkan dengan pelbagai jawatan dan wang ringgit semata-mata mahu menjadi Perdana Menteri. Ustaz Hasan Basri juga memperincikan bagaimana parti Pas yang kononnya memperjuangkan Islam kononnya tapi menikus dan hanya mampu mendiamkan diri dalam isu pesta arak yang berlaku di Selangor.

Yb Budiman tampil sebagai panel kedua dengan memperjelaskan apa yang berlaku disebalik isu "Datum Jelatek" yang secara tersiratnya membawa agenda jahat DAP untuk meminggirkan orang Melayu bandar secara halus. Penjelasan yang jelas bagaimana  projek "Datum Jelatek" adalah pembohongan kerajaan Pakatan Rakyat terutama DAP kononnya orang melayu yang membeli kembali hartanah tersebut sedangkan hakikat sebenarnya ia telah dibeli oleh bukan bumiputera. Penduduk Keramat terutama mereka yang secara langsung terlibat dengan isu "Datum Jelatek" ini begitu kecewa apabila Menteri Besar Selangor, Azmin Ali gagal untuk berjumpa penduduk bagi mencari jalan penyelesaian.

Panel ketiga pula adalah sdr Arman Adha yang menjelaskan bagaimana sokongan anak muda sebenarnya mula beralih kepada UMNO dan Barisan Nasioanal bukanlah seperti apa yang digambarkan oleh Pembangkang yang cuba menanam persepsi kononnya anak muda bersama mereka. Ini dibuktikan dengan peningkatan undi anak muda dalam PRU dan PRK sebelum ini. Armand menjelaskan bagaimana Selangor mampu dikembalikan semula ke tangan Barisan Nasional jika anak muda kembali sedar bahawa mereka selama ini telah ditipu hidup-hidup oleh janji manis Pakatan Rakyat yang hanya rakuskan jawatan, pangkat, kuasa dan wang ringgit. Armand juga menyeru seluruh anak muda bangkit bersama UMNO dan Barisan Nasional kerana parti ini sahajalah yang tampil memberi bantuan kepada rakyat Selangor ketika ditimpa musibah seperti ketika Selangor terputus bekalan air. Tiada ahli parlimen atau ADUN Pakatan Rakyat turun melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh rakyat selain berpolitik 24 jam. 

Walaupun malam tadi hujan lebat turun ketika program ceramah Pentas Politik Jelajah Nadi Rakyat Selangor namun dugaan ini tidak mematahkan semangat ratusan penduduk kawasan berhampiran menghadirinya apatah lagi mematahkan semangat ahli panel yang begitu bersemangat memberikan ceramah.















 

 








No comments:

Post a Comment