Tuesday, 7 June 2016

Ketua UMNO Sungai Besar Juga Bertungkus Lumus Berkempen Untuk @BudimanZohri!!! #SCS93 #PRKSgBesar


Sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke kawasan Sungai Besar ni sehari sebelum hari penamaan calon ahad lepas ada jugak gua dengar sok sek sok sek pasal nama Datuk Jamal Yunus Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar nie yang ada disebut-sebut antara calon pilihan untuk dinamakan sebagai calon BN pada Pilihanraya Kecil Parlimen Sungai Besar P093 selain nama Muslimin SUSK Allahyarhamah Tan Sri Noriah Kasnon dan YB Budiman ADUN Sungai Panjang. Berdasarkan khabar-khabar yang di bawa angin ada juga kenyataan dari Datuk Jamal yang menegaskan bahawa beliau tidak berminat untuk menjadi calon. Lantaran itu kedengaran suara-suara sumbang yang memandang sinis kenyataan beliau kononnya kenyataan beliau tidak kelihatan ikhlas.



Setelah beberapa hari berada di Sungai Besar melihat sendiri suasana politik UMNO dapat gua simpulkan bahawa apa yang kita dengar kadangkala jauh tersasar dari kebenaran. Namun hari ini gua melihat sendiri bagaimana Ketua UMNO Sungai Besar ini bersama Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin berganding bahu turun padang berkempen bagi calon BN di Bazar Ramadan Taman Padu Permai. YB Budiman juga turut hadir bertemu dengan pengundi-pengundi yang terdiri dari peniaga dan pengunjung Bazar Ramadan.






Sudah pasti akan ada suara-suara sumbang akan kutuk kononnya gua pemakan dedak Datuk Jamal plak bila gua kongsikan pandangan gua berdasarkan pemerhatian gua nie. Gua peduli apa. Hakikat sebenar jika lu orang turun ke "ground" segala persepsi dan spekulasi bahawa terdapatnya pergeseran dalaman antara Datuk Jamal, Muslimin dan YB Budiman adalah jauh meleset sama sekali. Jelas kekuatan dalaman antara mereka ini yang menggerakkan kempen calon BN secara "all out" bakal menzahirkan kejayaan dan kemenangan buat calon BN iaitu YB Budiman. Berdasarkan pemerhatian gua di lapangan gua yakin BN mampu memenangi dengan bergaya lebih dari 2,000 majoriti undi seterusnya mengekalkan kerusi Parlimen Sungai Besar P093. Itu hanya sekadar andaian peribadi. Apa pun sama-sama kita nantikan hari pembuangan undi pada 18hb Jun nanti.

No comments:

Post a Comment