Monday, 13 June 2016

Panas!!! Cerita Sebenar Di Sebalik Pilihanraya Kecil #PRKSgBesar????? #SCS93


Nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu menggemparkan seluruh rakyat negara ini. Nahas tersebut mengorbankan Ahli Parlimen Sungai Besar yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK), Dato’ Noriah Kasnon; suaminya Tuan Asmuni Abdullah; pengawal Peribadi, Ahmad Sobri Harun; Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Pengerusi MPOB & Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Datuk Dr. Sundaran Annamalai - Ketua Setiausaha KPPK.

Berikutan kematian penyandang dua kerusi parlimen Dato’ Noriah Kasnon dan Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, masing-masing di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, maka satu Pilihan Raya Kecil bakal diadakan pada 18 Jun ini.

Umum mengetahui, Parlimen Sungai Besar sedang menghadapi pertandingan tiga penjuru yang menyaksikan Barisan Nasional, PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) yang bertanding untuk mengisi kekosongan kerusi P093 itu.

Menyoroti peristiwa pada hari penamaan calon pada 5 Jun lalu, banyak kisah menarik yang dapat diperhatikan yang masing-masing memberi bacaan kepada keadaan politik semasa negara.

Antara yang mencuri perhatian adalah kehadiran gerombolan PAN yang diiringi dengan begitu rapat oleh pemimpin tertinggi DAP, Lim Kit Siang.

Jelas senario ini menunjukkan DAP yang dahulunya menafikan sebarang penglibatan dengan PAN, kini tidak segan silu untuk memberitahu kepada seluruh negara bahawa PAN berada di bawah naungan dan tunjuk ajar mereka.

Tindakan DAP ini juga menghantar isyarat kepada pengundi Cina terutamanya di Sekinchan supaya tidak takut dan gentar kerana PAN adalah sama dengan DAP yang menampilkan wajah-wajah orang Melayu.

Ini juga barangkali isyarat yang dihantar oleh DAP kepada Datuk Seri Azmin Ali ekoran kekalahan teruk Pakatan Pembangkang pada Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 kerana tidak dapat menyelesaikan masalah pertindihan kerusi yang akhirnya memudahkan Barisan Nasional untuk memperkukuhkan Sarawak sebagai kubu kuatnya.

PRK Sungai Besar juga, jelas menampakkan krisis dalaman PKR antara Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya Datuk Seri Azmin Ali gara-gara Wan Azizah awal-awal lagi telah menyatakan sokongannya terhadap calon PAN tanpa merujuk kepada beliau terlebih dahulu selaku Menteri Besar Selangor, negeri tempat pilihanraya tersebut berlaku.

Majlis pra-pelancaran jentera Angkata Anak Muda (AMK), kedengaran suara-suara ahli parti tersebut menyatakan bahawa Azmin Ali tidak menggerakkan jentera PKR untuk membantu calon Pakatan Harapan kali ini.

Senyap-senyap juga kedengaran bahawa Azmin Ali menaja calon PAS untuk mengurangkan sokongan terhadap PAN.

Walaupun Azmin hadir pada penamaan calon, namun beliau dilihat seolah-olah sengaja menjauhkan diri dari Wan Azizah.

Kempen bermula dengan sederhana berikutan masing-masing mahu menjaga sensitiviti bulan Ramadhan di kalangan pengundi Islam.

Namun, sentimen ini tidak kekal lama apabil kesucian bulan Ramadan telah dicemari dengan pemasangan papan iklan fitnah ‘Cina Babi’ yang memaparkan wajah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Dato’ Jamal Yunos yang kononnya pernah mengatakan tidak salah memanggil 'Cina Babi' kerana sememangnya Cina makan babi.

Ini tidak sepatutnya berlaku kerana jelas melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Tataetika Pilihan Raya yang melarang memaparkan wajah individu yang tidak bertanding dan sebarang poster yang bersifat hasutan dan boleh menimbulkan suasana tegang antara kaum.

Kenyataan Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad yang mengatakan bahawa dia tidak tahu siapa yang memasang papan iklan tersebut adalah satu pembohongan kerana sehari selepas kejadian tersebut, Tony Pua dari DAP telah mengaku bahawa pihaknya yang bertanggung jawab menaikkan papan iklan tersebut.


Ini jelas menunjukkan bahawa pengarahan kempen PAN sebenarnya di bawah telunjuk DAP termasuk aturan ceramah, pergerakan calon PAN dan menentukan bahan kempen untuk dimainkan walaupun mencetuskan kontroversi hangat dengan memainkan sentimen perkauman.

BN pula mengambil langkah bijak apabila calonnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dan kepimpinan parti BN yang lain memilih untuk mengamalkan politik khidmat bakti tanpa memburukkan mana-mana pihak lawan.

Ini selaras dengan seruan YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak yang mengingatkan kepimpinan dan jentera Barisan Nasional supaya menang atas dasar kebaikan dan kekuatan sendiri daripada bergantung kepada kelemahan dan keburuhan parti pembangkang.

Justeru itu, Budiman bertindak melancarkan tiga ikrar pilihanraya iaitu 1 Keluarga, 1 Mahasiswa, Mencambah Inovasi dan Idea Baru Untuk Meningkatkan Taraf Ekonomi Sungai Besar dan Memperkenalkan Sungai Besar Sebagai Pusat Eko-Pelancongan sebagai asas dan teras kepada komitmen Barisan Nasional untuk terus menerus meningkatkan pembangunan kawasan dan menjaga kebajikan penduduk Sungai Besar.

Bagi parti PAS pula, peluang pilihanraya kali ini adalah sebagai satu medan baru dan besar-besaran untuk mereka terus menceritakan kepada orang ramai tentang pengkhianatan bekas ahli PAS yang kini bernaung di bawah parti PAN.

Jentera PAS dengan tidak segan silu memberitahu kepada khalayak bahawa PAS tidak mempunyai sebarang masalah dengan Barisan Nasional buat masa ini kerana musuh utama mereka adalah PAN yang telah mengkhianati amanah dan perjuangan Islam parti PAS.

Peluang yang sama juga digunakan untuk memberi penerangan tentang usaha PAS membentangkan pindaan Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) yang menyentuh tentang kuasa Mahkamah Syariah ataupun dikenali sebagai Hukum Hudud yang buat pertama kali dibacakan di Dewan Rakyat pada persidangan yang lepas.

Dengan mempertengahkan Ahli Dewan Undangan Negeri Meru, Dr. Abdul Rani Osman, PAS dilihat tidak bersungguh-sungguh untuk memenangi pilihanraya kecil ini kerana lebih mengutamakan gerak kempen mereka menyerang PAN.

Pilihanraya Kecil kali ini juga menampilkan penglibatan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang hadir bersama gerombolan delegasi Deklarasi Rakyat: Selamatkan Malaysia yang bermatlamatkan kepentingan dirinya sahaja iaitu demi menjatuhkan Dato' Seri Najib Razak tanpa mengira baik buruk penduduk setempat.

Kedua-dua ceramah beliau di Kuala Kangsar dan Sungai Besar telah menggunakan kemudahan dan aturcara yang disediakan oleh DAP dan bertempat di restoran Cina dengan kehadiran dalam anggaran 200 orang sahaja.

Isi ceramahnya pula adalah isu kitar semula seperti GST, 1MDB dan derma RM2.6B yang telah berulang kali dijawab dan dijelaskan oleh jentera parti mahupun kerajaan selain daripada bermodalkan tuduhan jahat dan liar Rafizi mengenai jet peribadi Rosmah.

Tun Mahathir kini menjadi jurucakap bagi pihak pakatan pembangkang mengenai apa sahaja isu yang boleh digunakan untuk menyerang Perdana Menteri.

Seketika itu, calon PAN juga telah beberapa kali menjadi bahan tawa apabila mengeluarkan kenyataan yang dianggap dangkal dan tidak memberi faedah kepada beliau.

Janji beliau yang akan turun ke kawasan dua bulan sekali dan sebulan sekali sekiranya beliau seronok menjadi bahan lawak terutamanya di media sosial.

Tidak cukup dengan itu, Azhar juga mengeluarkan lagi kenyataan ketika ceramah Pakatan Pembangkang di Sungai Besar 10 Jun yang lalu dengan mengatakan “tidak boleh janji banyak perkara, nanti lepas pilihanraya teruk saya kena tunai janji.”

Atas dua kenyataan yang menjadi bahan lawak ini, DAP kini mengepung rapat Azhar dengan tidak membenarkan wartawan dan media untuk menemuramah beliau di luar sidang media kerana takut lagi banyak kenyataan yang merugikan mereka diucapkan olehnya.

Berbeza pula dengan pendekatan yang dilakukan oleh Barisan Nasional yang berusaha mendekati penduduk setempat terutamanya di kawasan Sekinchan demi memahami denyut nadi rakyat di sana.

Tinjauan terhadap masyarakat India pula mendapati kebanyal daripada mereka merupakan golongan ibu tunggal yang memerlukan perhatian yang selama ini dinafikan oleh kerajaan negeri dan juga ADUN Sekinchan.

Walaupun mereka berterima kasih dengan bantuan yang diberikan oleh MIC, namun apa yang mereka perlukan adalah peluang untuk mendapatkan pendapatan tetap melalui peluang pekerjaan yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal mereka.

Pantas mengambil tindakan, Budiman telah melafazkan janjinya untuk berusaha membawa industri perkilangan di Sekinchan yang tidak jauh dari masyarakat India dan perkara ini disambut dengan sangat baik.

Bagi masyarakat nelayan Cina pula, mereka memohon keprihatinan pihak kerajaan untuk membenarkan kemasuk semula pekerja asing dari Indonesia dan perkara ini mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang akan berusaha untuk menunaikan hasrat tersebut terutama dalam industri perikanan tempatan

Sepanjang tempoh berkempen ini, jelas dilihat calon BN, Budiman yang juga merupakan anak jati Sungai Besar bersungguh-sungguh mendekati rakyat dalam sesi walk-aboutnya dan menzakirkan usaha beliau dan Barisan Nasional dalam menjaga kebajikan rakyat melalui ikrarnya.

Kewibawaannya dan rekod cemerlang sebagai wakil rakyat jelas terlihat apabila penduduk Sungai Besar, baik di Sekinchan dan Sungai Panjang menerima baik kehadiran beliau yang juga mempamerkan personaliti yang mudah mesra, memahami jiwa penduduk setermpat dan juga merendah diri dalam pergaulan.

Dalam tempoh seminggu akan datang, PAN dilihat akan meneruskan agenda tuduhan-tuduhan liar dan palsu mengenai kerajaan Barisan Nasional terutamanya dalam mempengaruhi penduduk Cina Sekinchan untuk terus bersama dengan pakatan pembangkang.

Ng Sue Lim, wakil rakyat DUN Sekinchan pula yang menjanjikan lebih kedai menjual arak akan dibuka di DUN tersebut sekiranya PAN menjuarai pilihanraya ini malah menjanjikan pesta arak sekiranya PAS dapat ditewaskan oleh PAN.

Yang jelas, pembentangan pindaan RUU 355 oleh Presiden PAS di Dewan Rakyat mengundang kemarahan memuncak DAP dan perkara ini dizahirkan melalui kempen pilihanraya PAN.

PAS pula dilihat kurang agresif dalam PRK kali ini, sebaliknya masih kekal dengan agenda Rang Undang-Undang 355, selain membuka peluang mendedahkan keburukan parti serpihannya, PAN.

Agenda kedua parti PAN dan PAS jelas hanya dikuasai nafsu politik, mahukan kuasa menunjukkan bahawa mereka tidak bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat sebaliknya ingin membalas dendam antara satu sama lain.

BN dijangka akan meneruskan agenda pembangunannya dan menjaga kebajikan rakyat, PAS pula dijangka akan terus menerangkan agenda RUU 355 mereka dan mendedahkan pengkhianatan PAN manakala PAN akan meneruskan agendanya bersama DAP yang kini mendapat sokongan Tun Mahathir dalam usaha untuk menjatuhkan kepimpinan Dato' Seri Najib Razak.

Dalam masa sama, Azmin perlu membuat keputusan samada untuk terus bersama PAS ataupun memilih untuk bersama PAN kerana kedudukan Azmin sebagai Menteri Besar adalah ditangan sejumlah wakil rakyat PAS yang kini tidak sehaluan dengan DAP dan PAN.

Kedudukan PAS sebagai exco kerajaan negeri turut dipersoalkan oleh DAP yang mahukan Azmin memecat mereka daripada jawatan tersebut dan perkara ini memerlukan strategi politik yang berkesan bagi Azmin terus kekal sebagai Menteri Besar sehingga selesai penggal ini.

Hakikatnya, BN perlu terus menumpukan agenda pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat dan tidak terjebak dengan politik dan kempen jahat yang digunapakai oleh parti lawan.

Pengundi juga harus sedar akan realiti sebenar bahawa Barisan Nasional dengan kuasa yang dipegang di peringkat persekutuan menjanjikan pembangunan kepada Parlimen Sungai Besar dan pengundi jugalah yang bakal menerima manfaat terbesar.

#InilahBudiman
#KekalBN
#PRKSgBesar

Sumber: Raziz Rashid

No comments:

Post a Comment