Sunday, 12 November 2017

Restoren Jamuan Rakyat Beri Makan Percuma Mula Diterima Baik Warga KL!!!!! #JRKN



Disaat pembangkang lebih selesa ‘bising-bising’ kononnya orang Malaysia melarat lapar akibat harga makanan di restoran mahal, tidak ada satu pun usaha pembangkang apatah lagi pemimpin mereka untuk berbuat apa-apa pun demi membantu meringankan beban rakyat terutama penduduk miskin bandar.

Sebaliknya, Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengambil inisiatif menolong warga kota yang tiada wang membeli makanan tengah hari ketika waktu rehat kerja dengan membuka Restoran Gabungan NGO 1Malaysia di Jalan Pahang, Kuala Lumpur yang mula dibuka sejak bulan lalu khas hanya untuk warga Malaysia itu menghidangkan pelbagai menu menarik termasuk nasi putih dan nasi minyak. Tidak ketinggalan lauk ayam masak merah, kari ikan, jagung rebus, ikan goreng dan aneka sayur. Ramai pekerja pejabat sekitar kawasan berhampiran dilihat tidak lepaskan peluang berbaris antara jam 12 tengah hari hingga 3 petang untuk menikmati juada percuma yang dihadiri dari pelbagai lapisan kaum seperti  melayu, cin dan india. Malah ada penduduk termasuk pelajar sekolah dan gelandangan mula mengerumuni restoran itu sejak pukul 11 pagi lagi bagi menikmati makanan percuma yang diberikan hasil usaha kerjasama beberapa ahli korporat tempatan.

Satu perkara yang jarang kita lihat berlaku di premis-premis perniagaan lain adalah orang ramai yang hadir juga dilihat tidak berasa kekok atau merungut apabila selepas makan mereka ‘diwajibkan’ untuk membasuh sendiri segala pinggan, sudu, garpu dan cawan masing-masing. Lebih menarik lagi, suasana restoran itu pula ibarat majlis kenduri kendara dengan alunan muzik berkumandang dalam suasana hiruk pikuk kenderaan di sepanjang Jalan Pahang sementara menunggu beratur mengambil hidangan. 

“Menu makanan percuma ini disediakan untuk 1,000 orang pada setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Ada hari-hari tertentu, saya terpaksa menambah kuantiti juadah sebanyak 1,000 lagi kerana ada makanan sudah habis. Kita pernah terpaksa sekat sikit makanan bagi memberi peluang kepada mereka yang datang lambat dapat juga menikmati makanan itu secara percuma,” kata Datuk Seri Jamal yang turut sibuk memasak di bahagian dapur pada sebelah pagi."

Meskipun pada awal perancangan pembukaan kedai makan percuma ini mendapat pelbagai reaksi dan cemuhan serta kutukan terutama dari pihak pembangkang akhirnya sedikit demi sedikit konsep ini mula diterima oleh warga KL dan masyarakat di negara ini. Semoga usaha DS Jamal ini menjadi pelopor kepada pemnukaan kedai makan percuma oleh pihak-pihak lain yang ingin bersedekah kepada masyarakat.


No comments:

Post a Comment