Tuesday, 14 November 2017

Lawak!!!!! Menteri Besar Selangor Cuma Berani Haram Akhbar, Tapi Pesta Arak Dihalalkan???? @AzminAli #JRKN


Lawak!!!!! Memang lawak!!!!! Sama ada ini cuba balas dendam kerana politik, tiada bajet atau sekat kebebasan media, Kerajaan Selangor kini mulai ‘kongkong’ penjawat awam negeri itu termasuk hak baca akhbar harian. Terbaru, pentadbiraan negeri termaju itu mula arah semua jabatan, agensi, badan berkanun dan anak syarikat kerajaan Selangor untuk berhenti langgan atau iklan menerusi akhbar terbitan Kumpulan Utusan dan NSTP Group. Arahan pelik itu ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya selepas pihaknya mendapati larangan dikuatkuasakan sejak 12 Jun 2008 tidak pernah dipatuhi kakitangan awam Selangor selama ini.

Menerusi pekeliling terkini bertarikh 9 November 2017, beliau sekali lagi mengingatkan agar tidak membeli akhbar keluaran Kumpulan Utusan dan dengan tambahan baharu iaitu Berita Harian pula. Ironi, dalam memo tersebut memaklumkan penjawat awam terbabit hanya boleh melanggan akhbar Selangor Kini terbitan kerajaan negeri selain Sinar Harian keluaran Karangkraf dan The Star milik parti MCA. Ini bermakna kakitangan kerajaan negeri itu tidak boleh lagi membaca akhbar Harian Metro, Metro Ahad, New Straits Times dan New Sunday Times yang sama penerbitan dengan Berita Harian dan BH Ahad sejak sekian lama. Umum sedia maklum enam surat khabar itu adalah keluaran NSTP Group di bawah Media Prima Berhad, manakala Kumpulan Utusan menerbitkan akhbar popular Kosmo!, Kosmo! Ahad, Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia. Dua syarikat persuratkhabaran terkemuka tanah air ini diketahui pro-Barisan Nasional diterajui UMNO yang sering mengkritik kepimpinan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Harapan (sebelum itu Pakatan Rakyat) sejak 2008 lagi.



Anehnya, arahan langganan The Star mencetuskan tanda tanya kerana akhbar berbahasa Inggeris No.1 itu diketahui lebih cenderung kepada kepentingan masyarakat Cina termasuk isu kontroversi pesta arak Oktoberfest bulan lepas. The Star juga pernah dikutuk umat Islam kerana laporan biadab muka depan pada 1 Ramadan lalu menerusi tajuk ‘Malaysia pemimpin pengganas’ dengan gambar jemaah bersolat sunat tarawih di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya. Akhbar ini turut dikritik pelbagai badan hal ehwal Islam ekoran laporannya didakwa agak ‘bias’ termasuk isu RUU 355 mengenai pemerkasaan kuasa mahkamah syariah dan kemelut anak tidak sah taraf dinasabkan kepada bapa. Begitu juga Sinar Harian yang diketahui ‘condong’ laporan pemberitaan terhadap blok pembangkang serta tidak pernah diketahui tahap edaran bersihnya kerana bukan anggota firma bertauliah Audit Bureau of Circulations. Terdahulu, kerajaan Selangor konon mendakwa amal kebebasan bersuara, pernah bertindak ‘lucu’ usir stesen Selangor FM milik Jabatan Penyiaran Malaysia dari Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada 2008. Setakat ini, belum ada lagi sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) atau komen dua syarikat media cetak terbabit berhubung isu larangan agak ‘berat sebelah’ itu.

Tindakan kerajaan Selangor mengharamkan langganan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian jelas memaparkan sifat tidak matang dan kebudak-budakan kepimpinan negeri itu dan keputusan itu sekali gus memberi gambaran buruk terhadap pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali yang terus tunduk di bawah pengaruh DAP. Parti cauvinis itu terkenal anti-Melayu dan anti-Islam. Justeru Azmin hanya hebat dalam mengharamkan akhbar Melayu, tetapi ‘menikus’ dalam kes pesta arak dan penolakan usul memperkasa mahkamah syariah di negeri itu.

Dua akhbar itu merupakan media arus perdana yang sejak sebelum merdeka lagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu begitu gigih dalam konteks negara majmuk berbilang kaum dan agama. Namun kini dilihat sebagai musuh kepada dasar pentadbiran kerajaan Selangor sejak 2008 yang nyata sudah dikuasai oleh DAP manakala parti-parti lain dalam blok pakatan terpaksa akur demi mengekalkan kuasa sendiri. Tindakan ini pasti tidak direstui oleh rakyat Selangor sendiri dan ia akan meningkatkan lagi penolakan majoriti rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan DAP. Kerajaan Selangor lupa bahawa di bawah rangkaian Utusan dan BH terdapat ramai anak Selangor yang mendapat peluang pekerjaan dan perniagaan malah mereka tidak pernah didiskriminasikan.

Pentadbiran kerajaan Selangor juga meminta setiap jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri supaya memberi tumpuan kepada akhbar Selangor Kini, Sinar Harian dan The Star sahaja.

Monday, 13 November 2017

Dana Banjir: DAP Terima RM6 Juta Tapi Agih RM5 Juta??? #JRKN


Tragedi banjir besar yang melanda Pulau Pinang baru-baru ini telah menampakkan betapa kerajaan pusat begitu prihatin terhadap nasib rakyat Malaysia tanpa kira apa jua fahaman politik. Menurut laporan media, sejumlah RM1 bilion diperuntukkan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang bagi menguruskan semula keadaan negeri itu pasca bencana di samping bina 13 beting penahan banjir di seluruh negeri berkenaan. Pada masa sama, DAP Pulau Pinang turut melancarkan tabung derma kilat buat kerajaan negeri berkenaan sehingga menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial tempatan sendiri kerana diragui dari segi ketelusannya!

Ini terbukti apabila Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dengan bangga mengumumkan sebanyak RM6.185 juta berjaya dipungut hasil daripada sumbangan orang ramai dan beberapa buah syarikat pro-parti itu. Namun begitu, daripada jumlah ini, menurut laporan portal berita propembangkang tersebut semalam, hanya RM5 juta sahaja kemudian diagihkan DAP kepada seluruh rakyat yang terjejas akibat banjir terburuk berkenaan. Mengikut pecahan, cuma RM500 diberikan kepada lebih 3,000 orang mangsa yang terjejas, setelah mereka dikecualikan daripada bayar bil air untuk dua bulan dan dikecualikan beberapa jenis cukai juga untuk dua bulan. Menariknya, daripada jumlah diumumkan oleh Kon Yeow ini jika dibandingkan dengan apa yang diumumkan oleh kerajaan negeri sendiri, baki sebanyak RM1.185 juta itu pula tidak diserahkan kepada rakyat Pulau Pinang. Sedangkan, jika menurut pemahaman sebelum ini, kerajaan DAP negeri itu mengumumkan, setiap hasil derma yang berjaya dipungut, akan diserah balik seratus peratus kepada seluruh rakyat Pulau Pinang terjejas sebagai mangsa.

Timbul persoalan, ke manakah hilang wang RM1.185 juta yang dikutip itu telah dibelanjakan? Kenapa pula masih terdapat baki wang sebanyak itu dan ia disimpan begitu sahaja oleh DAP? Walhal ia dikutip untuk bantu mangsa! Jika menurut perkiraan kasar, sekiranya RM6.185 juta berkenaan dibahagikan sama rata kepada 3,000 mangsa banjir, setiap seorang mendapat RM2,266 manakala jika cuma RM5 juta, setiap seorang memperoleh RM1,666. Bukankah agak pelik jika diperhatikan kepada jumlah yang diumumkan sendiri oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng kepada mangsa banjir di Pulau Pinang? Mudah cakapnya kutip banyak tapi agih sikit sahaja… Mana keadilannya? Benarlah seperti yang disarankan oleh salah seorang pemimpin UMNO di Pulau Pinang yang berkata, sepatutnya, setiap seorang rakyat Pulau Pinang terjejas akibat banjir dahsyat ini wajar menerima RM2,000 setiap seorang.

Malah, amaun ini mungkin akan menjadi lebih tinggi sekiranya kediaman mereka terjejas teruk dan tidak lagi boleh didiami. Kini, terserah kepada Guan Eng untuk menerangkan misteri ke mana hilangnya RM1,185 juta lagi. Ia kini telah tular dan menimbulkan tanda tanya ramai pihak khususnya di Pulau Pinang kerana pentadbiran negeri itu konon bangga melaungkan konsep ketelusan dan akauntabiliti. – Mynewshub.cc



Sunday, 12 November 2017

Restoren Jamuan Rakyat Beri Makan Percuma Mula Diterima Baik Warga KL!!!!! #JRKN



Disaat pembangkang lebih selesa ‘bising-bising’ kononnya orang Malaysia melarat lapar akibat harga makanan di restoran mahal, tidak ada satu pun usaha pembangkang apatah lagi pemimpin mereka untuk berbuat apa-apa pun demi membantu meringankan beban rakyat terutama penduduk miskin bandar.

Sebaliknya, Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengambil inisiatif menolong warga kota yang tiada wang membeli makanan tengah hari ketika waktu rehat kerja dengan membuka Restoran Gabungan NGO 1Malaysia di Jalan Pahang, Kuala Lumpur yang mula dibuka sejak bulan lalu khas hanya untuk warga Malaysia itu menghidangkan pelbagai menu menarik termasuk nasi putih dan nasi minyak. Tidak ketinggalan lauk ayam masak merah, kari ikan, jagung rebus, ikan goreng dan aneka sayur. Ramai pekerja pejabat sekitar kawasan berhampiran dilihat tidak lepaskan peluang berbaris antara jam 12 tengah hari hingga 3 petang untuk menikmati juada percuma yang dihadiri dari pelbagai lapisan kaum seperti  melayu, cin dan india. Malah ada penduduk termasuk pelajar sekolah dan gelandangan mula mengerumuni restoran itu sejak pukul 11 pagi lagi bagi menikmati makanan percuma yang diberikan hasil usaha kerjasama beberapa ahli korporat tempatan.

Satu perkara yang jarang kita lihat berlaku di premis-premis perniagaan lain adalah orang ramai yang hadir juga dilihat tidak berasa kekok atau merungut apabila selepas makan mereka ‘diwajibkan’ untuk membasuh sendiri segala pinggan, sudu, garpu dan cawan masing-masing. Lebih menarik lagi, suasana restoran itu pula ibarat majlis kenduri kendara dengan alunan muzik berkumandang dalam suasana hiruk pikuk kenderaan di sepanjang Jalan Pahang sementara menunggu beratur mengambil hidangan. 

“Menu makanan percuma ini disediakan untuk 1,000 orang pada setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Ada hari-hari tertentu, saya terpaksa menambah kuantiti juadah sebanyak 1,000 lagi kerana ada makanan sudah habis. Kita pernah terpaksa sekat sikit makanan bagi memberi peluang kepada mereka yang datang lambat dapat juga menikmati makanan itu secara percuma,” kata Datuk Seri Jamal yang turut sibuk memasak di bahagian dapur pada sebelah pagi."

Meskipun pada awal perancangan pembukaan kedai makan percuma ini mendapat pelbagai reaksi dan cemuhan serta kutukan terutama dari pihak pembangkang akhirnya sedikit demi sedikit konsep ini mula diterima oleh warga KL dan masyarakat di negara ini. Semoga usaha DS Jamal ini menjadi pelopor kepada pemnukaan kedai makan percuma oleh pihak-pihak lain yang ingin bersedekah kepada masyarakat.