Wednesday, 18 June 2014

Jangan Main-main "SUPER" Dah Jaga Persisir Pantai Plak!!!! @IsmailSabri60 #DSIS @NajibRazak



Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani telah melakukan satu lagi usaha dan inisiatif di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam usaha membendung pemasalahan di kawasan penempatan nelayan dan perairan Negara. Lantas hari ini menterinya, Dato' Sri Ismail Sabri telah merasmikan skuad Sukarelawan Perikanan (SUPER) di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Batu Maung.

Penubuhan skuad (SUPER) adalah sebagai salah satu usaha bagi menangani masalah pelanggaran undang-undang laut atau masalah sosial di kawasan penempatan nelayan menjadi keutamaan kerajaan supaya ia dibendung daripada menjadi besar.

Antara aktiviti – aktiviti yang melanggar peraturan dan undang- undang Negara di laut ialah :

1. Penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel / petrol subsidi.
2. Perlanggaran zon- zon perikanan seperti pencerobohan bot pukat tunda di Zon A.
 3. Pengunaan alat- alat menangkap ikan yang boleh memusnahkan sumber- sumber perikanan yang dilarang oleh undang- undang Negara.
 4. Mengawal pencemaran laut seperti pembuangan sampah sarap, minyak dan lain- lain kumbahan kedalam laut.
 5. Mengawal penebangan pokok seperti kayu bakau yang menjadi penampang kepada hakisan pantai.
 6. Pencerobohan nelayan asing.
 7. Kehadiran pendatang tanpa izin melalui jalan laut.
 8. Menjaga sumber perikanan di kawasan masing- masing.
9. Penyeludupan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah dan lain- lain barang- barang kawalan ke Negara asing dan juga ke Negara ini.


Menerusi inisiatif ini, sepertimana fungsi RELA yang lain, (SUPER) berfungsi:

a) Memastikan keselamatan setempat
b) Memastikan keamanan setempat
c) Memastikan kesejahteraan masyarakat setempat
d) Memastikan keharmonian setempat

Penubuhan (SUPER) di Pulau Pinang akan menjadi titik tolak dalam usaha menangani isu jenayah di laut mahupun pemasalahan di penempatan nelayan. Buat permulaan seramai lebih kurang 600 orang telah pun berdaftar untuk menjadi anggota (SUPER).

Mereka telah memenuhi syarat- syarat yang telah ditetapkan oleh pihak RELA seperti Warganegara Malaysia, sihat tubuh badan dan berumur 17 tahun keatas. Ia melibatkan kawasan- kawasan seperti yang berikut:

i) Kawasan perairan Pulau Pinang
ii) Kawasan perairan SeberangPerai


No comments:

Post a comment