Wednesday, 10 August 2011

Eksklusif : Pas Akan Tetap Membina Negara Islam Bukan Negara Berkebajikan



Inilah bukti bagaimana Pas tetap akan mewujudkan "Negara Islam" walaupun pemimpin utama Pas cuba menyembunyikan hakikat penubuhan Negara Islam ini disebalik slogam baru "Negara Berkebajikan" semata-mata untuk mengaburi mata rakan dalam Pakatan Rakyat terutama DAP yang amat tidak bersetuju dan menentang keras penubuhan Negara Islam oleh Pas. Secara tidak langsung, ini akan menggugat keharmonian kerjasama antara mereka dalam Pakatan Rakyat.



Pas telah mempunyai "Plan" yang diterjemahkan melalui dokumen bertulis yang ditulis dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan sedang dalam proses percetakan adalah dalam tulisan Jawi. Pas juga sedang mencari penterjemah dalam Bahasa Cina (Tionghua) dan India (Tamil) bagi membolehkan buku mengenai "Plan" mendirikan Negara Islam dapat juga diterbitkan dalam bahasa CIna dan India.




Ini pula kenyataan daripada Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkenaan dengan hasrat rakan seperjuangan mereka dalam Pakatan Rakyat. Secara terang-terangan DAP tidak dapat menerima konsep Negara Islam yang dicanang oleh Pas. Malahan Karpal Singh juga pernah berkata "langkah mayat saya dulu..." 

1 comment:

  1. DAP,PAS & PKR masing2 ada niat tersendiri,siapakah yg akan ditipu & tertipu,

    ReplyDelete