Tuesday, 9 August 2011

[Video] Kekasaran Polis Barat Jauh Lebih Teruk Dari Polis Malaysia

Pemimpin pembangkang dan pengikut perhimpunan Bersih dengan angkuhnya mengkritik bagaimana Polis Malaysia menangani peserta perhimpunan Bersih 2.0 pada 9/7 yang lepas sebagai tidak profesional dan mendakwa telah melanggari hak asasi manusia. Rupa-rupanya kerajaan barat dan polis barat jauh lebih teruk daripada Malaysia dalam menangani perusuh-perusuh perhimpunan ibarat pembangkang "meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri".


Tidak sampai sebulan selepas peristiwa Bersih berlaku, perkara yang sama juga berlaku di kota London terutama di Birmingham dan Tottenham.


Cubalah kita lihat dengan hati yang terbuka dan lihatlah apa bezanya Polis Malaysia dengan mereka dalam menangani perusuh dan pendemonstrasi. Dengan kecekapan pihak polis Malaysia, perhimpunan dapat dikawal dan ia hanya berlaku selama beberapa jam sahaja.


Sedangkan rusuhan dan demontrasi yang berlaku di Kota London sudah berlarutan selama beberapa hari. lihatlah kesannya kepada infrustruktur, bangunan, kemudahan awan dan yang lebih penting premis-premis perniagaan. Bayangkanlah jika perkara yang sama berlaku di Malaysia ketika perhimpunan Bersih jika tidak dikekang dan dikawal dengan baik oleh pihak berkuasa.


Apakah alasan kerajaan barat ketika perkara yang sama juga berlaku di negara mereka sendiri. Kita akan saksikan satu lagi sandiwara dan lakonan yang hampir sama berlaku di Malaysia apabila pihak polis mereka menangani perusuh mengikut prosedur tetapi mereka mendakwa polis Malaysia telah melanggari hak asasi manusia.

Kita boleh menilai bagaimana Polis UK juga bertindak di luar batasan dan melanggari hak asasi manusia ketika menangani perusuh.

No comments:

Post a Comment