Sunday, 21 August 2011

Gerakan Murtad Disebalik Kerja Amal...

Sejak kebelakangan ini berita arus perdana dan juga di alam siber sibuk membincangkan isu murtad rentetan serbuan atau lebih tepat lagi hanyalah pemeriksaan oleh JAIS ke atas DUMC baru-baru ini (Klik Sini). Antara cubaan terbaru pihak pihak tertentu cuba untuk memesongkan akidah dan menyebarkan dakyah ajaran ini adalah melalui kanak-kanak seawal tujuh tahun daripada kalangan keluarga miskin di bandaraya Kuala Lumpur. 

Gerakan memesong akidah umat Islam ini berselindung disebalik kelas tuisyen Matematik dan Bahsa Inggeris percuma ini didedahkan oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii seperti yang pernah disiarkan oleh akhbar Berita Harian baru-baru ini. Ibubapa yang menghantar anak-anak untuk belajar di kelas tambahan ini terkejut apabila mendapati anak-anak mereka fasih menyanyikan lagu berunsur Kristian dengan memuji tuhan Jesus yang dinyanyikan dalam bahasa Inggeris walaupun maknanya masih belum diketahui oleh anak-anak kecil ini (Klik Sini).

Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM), Amidi Abd Rahman juga mengingatkan ibubapa agar berhati-hati jika menghantar anak belajar kelas tambahan di sekolah bukan Islam agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran belajar secara percuma kerana itu mungkin hanya untuk mengaburi mata ibubapa pelajar. Saranan yang sama juga diutarakan oleh Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kebangsaan yang mahukan tadika swasta yang dikendalikan oleh bukan Islam dipantau kerana dibimbangi melakukan perkara yang sama untuk memesong akidah anak orang Islam (Klik Sini).

Persoalannya, apakah umat Islam khasnya di Malaysia sedar dan insaf dengan perkembangan yang berlaku dalam negara terutama yang membabitkan agama mereka mutakhir ini. Jika dikaji, gerakan penyebaran dan pengembangan agama lain kepada umat Islam semakin rancak, hebat dan tersusun terutama selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12). Jawapan amat mudah dan jelas, semuanya adalah akibat perpecahan umat melayu itu sendiri walaupun sebagai bangsa majoriti dalam negara ini yang telah terpecah kepada tiga kumpulan iaitu UMNO, Pas dan PKR. Justeru, mudah bagi bukan Islam mengganggu gugat umat Islam yang tidak bersatu kerana taksub dengan politik masing-masing (Klik Sini).

No comments:

Post a Comment