Monday, 17 October 2011

Rahsia Sebenar Pegawai Imigresen Jatuh Tingkat 12???


sekadar gambar ilustrasi

Risik punya risik rupa-rupanya Pegawai Imigresen, Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, yang jatuh dari unit kediamannya di Tingkat 12, Kondominium Magnaville, Selayang jam 7.45 malam Selasa bukanlah lagi kakitangan Imigresen kerana beliau telah dipecat daripada tugasnya bermula 10 Mei 2011 dan dikenakan tindakan tatatertib kerana kesalahan gagal hadir bertugas tanpa sebab (kaki ponteng la ni).

Perkara ini disahkan sendiri Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ahmad.

"Individu terbabit bukan lagi penjawat awam dan tidak mempunyai kaitan dengan Jabatan Imegresen seperti yang dilaporkan", ujarnya.

Desas-desus kononnya beliau mati terjatuh dari rumahnya kerana melarikan diri ketika tiga pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban datang ke rumahnya.

Kulaan : itulah sikap manusia... tak tau hujung pangkal cerita, main hentam jer... penyudahnya pihak tak berkaitan macam Jabatan Imigresen yang kena... kena kutuk la, kena maki la, kena macam-macam lagi la... lain kali check dulu cerita sebenar, jangan main dengar je khabar-khabar angin ni...

1 comment:

  1. aku pun dah betulkan sebab berita utama memang tak siar cerita dia bekas pegawai imigrisen.

    nak sensasi beb.

    last sekali penjawat awam jugak tercemar.

    ReplyDelete