Friday, 11 November 2011

Blogger Dilacurkan : Supol PM Kena Jumpa Blogger Berkenaan Kasih Settle Bro...


Tatkala gendang perang sudah dipalu, tatkala semua jentera digesa bersedia - tatkala itu juga wujud sedikit permasalahan di kalangan bloggers pro-kerajaan.

Sebelum ini beberapa bloggers otai mendakwa bahawa wujud satu sindiket 'pelacuran' nama-nama bloggers oleh pihak tertentu dengan mendakwa bloggers yang top ini berada di bawah kawalan mereka.

Walaupun kini isu ini kelihatan 'sejuk' tapi saya tahu masalah yang dibangkitkan oleh bloggers otai ini masih belum diselesaikan. Tiada sebarang perbincangan dibuat, tiada sebarang rundingan diadakan oleh pihak yang didakwa bertanggungjawab 'melacurkan' nama-nama bloggers top ranking ini.

Sebagai blogger saya dapat menyelami hati bloggers yang mendakwa nama mereka 'dilacurkan'. Percayalah mereka masih tidak berpuas-hati - dan jangan ingat mereka ini akan diam selagi tiada perbincangan diadakan dengan mereka.
Mereka merasakan hak mereka diambil, siapa boleh diam jika hak segala hasil usaha mereka orang lain pula yang mendapat merasa nikmatnya?
Justeru itu siapa yang harus menyelesaikan kemelut yang melanda bloggers pro-kerajaan yang siang malam bersengkang mata berjaga di hadapan laptop masing-masing demi menjawab dan mematahkan segala fitnah pembangkang?
Memandangkan bloggers otai ini mendakwa individu yang 'melacurkan' nama mereka adalah orang politik - maka sewajarnya saya merasakan orang politik jugalah yang harus menyelesaikan masalah mereka.
Jadi saya ingin menggesa supaya individu-individu di pejabat PM segera menyelesaikan kemelut yang melanda bloggers ini. Kenapa dibiarkan kami bertelagah sesama sendiri gara-gara tindakan bengong satu pihak yang hanya bertindak demi kepentingan diri sendiri?
Adakah orang-orang sekeliling PM menunggu bloggers otai ini bertindak melakukan tindakan 'sebotaj' sesama sendiri barulah keluh-kesah mereka akan diambil kira? Jujurnya saya merasakan masalah ini perlu diselesaikan secepat mungkin.
Jika bloggers-bloggers ini bertindak 'sebotaj' adakah pegawai-pegawai PM sanggup mengambil alih tempat kami untuk berperang di dunia siber? Jika jawapannya ya! - Usah dilayan karenah kami para bloggers ini.
Jika pegawai di pejabat PM tidak mampu mengambil alih tugas mereka, selesaikan masalah mereka!
Kerana saya bimbang dek kerana permasalahan ini segala usaha untuk mempertahankan BN akan terbantut dan terganggu kelancarannya.

Apakah kaedah yang perlu diadakan oleh pejabat PM atau pegawai-pegawai PM untuk menyelesaikan permasalahan ini?

Sebagai bloggers 'junior' saya berpendapat sudah tiba masanya bloggers otai ini mendedahkan segala bukti-bukti yang ada berhubung individu yang bertanggungjawab 'melacurkan' nama mereka untuk mendapatkan peruntukkan.

Atau pihak dari pejabat PM memanggil bloggers-bloggers ini dan orang yang dituduh 'melacurkan' nama mereka bersemuka terus dengan menteri-menteri yang dikatakan telah membayar individu itu dengan peruntukkan tetapi peruntukkan tersebut tidak sampai ke tangan bloggers.

Selesaikan secepat mungkin atau usaha murni yang dirancang bakal berbantut kerana saya menjangkakan tuduh-menuduh akan berlaku dan seterusnya akan mencetuskan....

Jadi SUPOL PM, pegawai-pegawai PM, penasihat-penasihat PM, orang di pejabat PM, sesiapa sahaja yang terlibat sila...

Selesaikan segera....
Bersemuka dengan bloggers...
Jika tidak - tiada siapa yang mampu mengawal apa yang difikirkan dalam kepala otak kami para bloggers...
Sumber : Double Y

Kulaan : siapa supol PM yang dah makan cili tuh cepat-cepat ler cari air kasi settle ini kes... bukan semua blogger pro BN dibayar...
ada yang buat blog kerana suka-suka...
ada yang buat blog kerana dia ahli parti...
ada yang buat blog kerana pendirian...
ada yang buat blog kerana kerana sayangkan negara tercinta...
ada yang buat blog kerana nak glamour...
ada yang buat blog kerana nak kejar nama...
ada yang buat blog kerana orang ada blog dia pun nak ada blog...
ada yang buat blog kerana apa pun dia sendiri tak tau...
ada yang buat blog kerana...

No comments:

Post a Comment