Friday, 11 November 2011

Wardina Oh Wardina!!! Nak Jadi MP Titiwangsa Rupanya...


Wardina... seorang ikon persenoliti TV yang terkenal dan pelakon sitkon popular suatu masa dulu "Spanar Jaya" sejak akhir-akhir ini penuh dengan kontroversi politik. Kenyataan-kenyataan beliau terutama dilaman Twitter banyak di pick-up oleh blogger-blogger apabila kenyataan beliau yang berat ke arah menghentam dan mengkritik kerajaan sekarang rupa-rupanya "ada udang disebalik batu", ada hasrat dan agen tersembunyi.

Berdasarkan kepada khabar-khabar angin yang bertiup kencang semenjak dua menjak ini, Wardina dikatakan berminat untuk mengisi kerusi parlimen Titiwangsa yang ditinggalkan oleh arwah Dr. Lo' Lo yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini. Ini selari dengan hasrat dan keinginan pihak pembangkang terutama Pas yang terdesak bagi mencari pengganti Dr. lo' Lo, calon wanita yang mempunyai perwatakan dan bercirikan keIslaman kononnya.


Kisah si Wardina ni Kulaan dah pernah keluarkan artikelnya berkaitan betapa dangkalnya pemikiran beliau berkaitan isu yuran sekolah bila si Wardina ni "Spanar" kerajaan sekarang selepas pembentangan Bajet 2011 (kisah penuh klik sini) tapi masih masih macam tu jugak tak berubah.


Ni artikel daripada Duke of Umno yang juga berkaitan dengan si Wardina ni yang Kulaan dapat info tapi isunya lain skit.


Ish..ish..ish...!!! Betul ke apa yang aku dengar ni? Setahu aku, Wardina sendiri dah buat sidang media sebelum ni, kononnya dia tak ada kena mengena dengan mana-mana parti politik dan tak mahu dikaitkan dengan mana-mana parti politik jugak pun!
Namun, apa yang aku baca di sini agak berbeza dengan kenyataan media yang dia buat sebelum ni. Betul ke Wardina nak ganti tempat Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' dan ambil alih kawasan Titiwangsa?
Pada aku, Wardina tak layak pun nak ganti tempat Dr. Lo' Lo'. Beza antara Wardina dan Dr. Lo' Lo' macam langit dengan bumi. Jauh bezanya. Dr. Lo' Lo' jauh lebih bagus dari selebriti TV3 tu.
Dr. Lo' Lo' penuh berilmu dan zuhud orangnya, manakala Wardina penuh arrogant, berlagak pandai, selalu cari pasal dengan rakan-rakan selebritinya, berilmu taqlid ala-ala Bob Lokman dan boleh dikatakan tak layak jadi pemimpin pun. Kalau sekadar tayang muka boleh laaaa...ada kormersial value.
Untuk artikel penuh baca Di Sini


4 comments:

  1. brooo..berapa kali aku nak link laaa...aku dah link dah blog ko nihhhh....ishhh...pegi check betul2...heheheh...

    ReplyDelete
  2. Kalau berani tanya la dia sendiri. Spekulasi sampah, takde modal.

    ReplyDelete
  3. apa dasar2 kerajaan yg wardina kata tak adil pada dia??? aku pun rasa adil yg adil pada aku dan ada yg x adil pada aku tapi kita sebagai manusia tak akan mendapat semua sekali dlm satu masa... dia ingat dia boleh ubah dasar dlm satu mlm ke?? ini bukan spanar jaya !!! selalu artis mmg bagus!!! bagus dalam emosi dlm tuntutan lakonan mengikut skrip..

    ReplyDelete