Tuesday, 15 November 2011

Blogger Pro BN Bergaduh Sesama Sendiri, Yang Jadi Mangsa Kerajaan BN La Pulak...

Kulaan perhatikan semenjak dua menjak ini di alam cyber dijadikan gelanggang pertempuran dan peperangan yang melibatkan sama ada para pemimpin dari pemimpin kerajaan atau pembangkang, sama ada pemimpin kerajaan vs pembangkang, kerajaan vs kerajaan atau pembangkang vs pembangkang malah penyakit ini juga telah mula berjangkit kepada para blogger-blogger Pro BN baik yang telah dikatogerikan picisan, pucuk muda, baru nak naik, otai hatta malah yang tersohor pun dijangkiti penyakit yang asal hanya sekadar luka kecil yang tidak diubati telah merebak menjadi nanah dan kudis sehinggalah sekarang Kulaan rasa sudah sampai ke peringkat barah tahap 4.



Semakin hampir dengan PRU13 semakin galak dan hebat peperangan sesama sendiri ini yang berlaku. Pihak di sebelah sana memerhatikan sahaja daripada jauh pergolakkan yang berlaku dengan harapan ada ruang dan peluang untuk turut masuk campur. Sudah menjadi sejarah mana-mana peperangan dan pertempuran pasti ada yang kalah dan pasti ada yang menang. Yang kalah sudah tentu tertunduk malu dan yang menang pasti akan bersorak kegembiraan. Namun, kesan yang paling besar bak kata pepatah Melayu "menang jadi abu, kalah jadi arang" sama seperti luahan blogger APA (luahan dari hati) dalam ruangannya yang melahirkan isi hati demi kemenangan kita semua.


Sumber : AkuPeduliApa

APA menyeru dari hati yang iklas kepada semua sahabat bloggers baik dari kumpulan mana sekalipun,walau berada ditahap mana sekalipun ranking kita,agar kita melupakan segala PERBALAHAN yang tercetus diantara kita kebelakangan ini dan BERSATU untuk satu MISI yang lebih penting iaitu MENGHADAPI PRU13.

Ketepikan dahulu perbezaan pendapat dan ketidakpuasan hati kita diatas apa perkara sekalipun,dan marilah kita tunjukan KESEPADUAN kita sebagai blogger PRO BN yang bernaung dibawah satu panji perjuangan.APA melihat perbalahan yang tercetus ini kalau tidak dikengkang dan dibiarkan berlarutan akan membawa kepada MALAPETAKA kepada MATLAMAT keberadaan kita dalam dunia peperangan maya ini.

Pada APA tiada mana pihak pun yang bersalah dalam perbalahan ini.Semua pihak BETUL mengikut kacamata masing masing,lantas KITA tidak perlu menunding jari kearah sesiapa pun untuk meletakan kesalahan.Lakukanlah apa jua yang kita fikir dan rasa benar pada diri kita tanpa perlu membandingkan dengan diri kita dengan orang lain.KALAU KITA RASA KITA BETUL BEERTI BETUL LAH ITU...

SOAL WANG ITU ADALAH HAK PERIBADI diri kita masing masing dan tiada siapa yang boleh MEMPERTIKAIKAN nya.Tiada siapa yang bekerja BUKAN UNTUK WANG..Soal banyak atau sedikit bukan faktor untuk dijadikan perbalahan antara kita.Buat lah yang terbaik dan rebutlah sebaik mungkin peluang yang ada dalam musim Pilihanraya ini yang datang cuma 5 tahun sekali.Selepas ini PEJUANG MAYA macam kita ini mungkin sudah tidak diperlukan lagi dan hanya akan didekati pemimpin 5 tahun akan datang pula.Jadi apa perlu kita membuang masa dan tenaga bercakaran sesama kita dan membiarkan peluang kita DIREMBAT pihak lain.

Seruan ini datang dari hati APA yang iklas dan bukan berniat untuk menyindir sesiapa pun.Kalau dan bila APA dibayar untuk kempen Pilihanraya kali ini,APA dengan bangga akan berkata,YES I'M PAID AND WAS PAID TO DO THIS AND THAT...SO WHAT???Ingat ada ke orang nak buat kerja percuma?Nak kencing pun sekarang ni kena bayar...betul tak sahabat semua?

Jadi APA mengambil kesempatan ini memohon AMPUN dan MAAF kepada siapa juga sahabat bloggers yang pernah tersinggung dengan kata kata dan tindakan APA selama ini.Segala yang BAIK itu semuanya dari Allah SWT jua..yang BURUK itu adalah kelemahan APA sendiri.Selepas ini jika para sahabat masih mahu meneruskan perbalahan ini APA tidak akan mahu terlibat dan diheret sama.APA telah menjalankan tanggung jawap sebagai sesama insan untuk menyeru kepada jalan PERDAMAIAN.Sama ada seruan APA ini diterima baik atau sebaliknya bukanlah kuasa APA untuk menentukan nya...kecuali DIA juga yang berkuasa.

APA berdoa agar kita semua akan berjaya mengharungi PEPERANGAN MAYA ini dengan jaya nya.

No comments:

Post a Comment