Monday, 14 November 2011

Jawapan Kepada Persoalan Betul Ker Datuk Husni Bagi Blogger RM300K "SEBULAN" ???



Husni Hanazlah pada tahun 2008 bertanding di Tambun. Tambun merupakan tempat dan kubu yang paling selamat untuk UMNO. Ramai yang sedang mengintai kerusi Tambun untuk dijolok nama mereka sebagai calon. Dan salah seorang daripada penjolok tersebut adalah salah seorang Exco Pemuda yang sudah tamat tempohnya selaku Pemuda dan sekarang sedang bergelut dan kelam-kabut untuk menempatkan dirinya dengan melabelkan semua orang yang dilihat boleh menghalangnya sebagai Trojan Horse.

Persoalan : betul ka RM300K sebulan???? mana buktinya????

Tidak dapat dipastikan, apakah proposal yang dibuat dan kertas-kerja apa yang dibentang sehinggakan RM300,000 boleh dijanjikan setiap bulan untuk kumpulan berkenaan. Bagaimanapun, perlu diingatkan, itulah yang membezakan kumpulan tersebut dengan kumpulan blogger yang kerapkali dilabelkan sebagai kumpulan penyemak dan penghalang.

Persoalan : atas platform apa kumpulan ini bergerak???? parti atau individu????

Kumpulan blogger kebanyakannya tidak pandai menyua kertas projek dan berjanji bulan bintang. Malah, hampir kesemua blogger yang bukan dari dalam kumpulan tersebut, tidak berani mengaku blogger ini, blogger itu sebagai sebahagian daripada kumpulan mereka selain tanpa segan silu mendabik dada tentang kerja orang lain yang dikatakan kerja mereka.

Persoalan : betul ker blogger tak pandai cari makan dengan pak menteri???? ada blogger yang dibayar pak menteri dan mak menteri. (kalo nak tau cerita sebenarnya klik sini)

Kumpulan tersebut dikatakan mengandungi tersangat ramai blogger dan facebooker, sehinggakan ada yang berkata, kalaulah blogger-blogger naungan kumpulan tersebut diketahui, nescaya ramailah yang menepuk dahi. Bagaimanapun, sehingga kini, sehingga ke hari ini, kumpulan tersebut hanya memperkenalkan empat atau lima orang blogger PICISAN yang melalak mereka kuat, dan jalan mereka terkengkang-kengkang!

Persoalan : siapakah blogger picisan yang dimaksudkan.... kalo benar sila dedahkan....

Kepada rakan-rakan blogger yang berasa senak perut mendengar RM300,000 itu, sila tetapkan fikiran anda dan sedar diri, anda semua hanyalah blogger nyamuk yang bodoh, bebal, tidak pandai buat kertas proposal dan kertas kerja. Dan yang paling penting, anda sangat bahlol kerana tidak pernah berusaha untuk mengaku segala macam blogger dan facebooker yang hebat-hebat sehinggakan kalau diketahui, boleh menyebabkan anda mati terkejut tujuh lapan kali sebagai geng anda.

Kepada ketua kumpulan tersebut yang semakin hebat kebelakangan ini, tahniah diucapkan. Tak sia-sia ilmu penyamun yang anda pelajari sepanjang anda menjadi Exco Pemuda UMNO!!!

Sumber cerita daripada The Flying Kick tapi jawapan tuh daripada Kulaan sendiri sebagai analisa sendiri ... tiada kaitan sama ada dengan hidup atau mati...

No comments:

Post a Comment