Monday, 14 November 2011

Panas!!! Kak Ijat Bayar Blogger Tersohor Untuk Jadi Jurucakap Dan Tangkis Fitnah NFC...


Hari ini isu National Feedlot Centre (NFC) semakin heboh diperkatakan. PKR telah menjadikan isu ini sebagai senjata untuk menyerang kepimpinan UMNO apatah isu ini melibatkan keluarga kepada Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Daripada maklumat yang kami perolehi, "wanita pertama" negara, Datin "Hajjah" Rosmah Mansor memberi "blessing" kepada Shahrizat dalam isu National Feedlot Center (NFC). Benarkah Datuk Seri Najib juga tahu tentang ini akan tetapi mendiamkan diri kerana ini adalah "habuan" kepada Shahrizat sebagai Ketua Wanita UMNO dan kesetiaannya kepada beliau dan isterinya?
Di dalam usaha untuk menyelamatkan Shahrizat, berberapa laman web dan blogger telah mendapat arahan "berbayar" untuk memastikan serangan terhadap Ketua Wanita UMNO itu dapat ditangkis. Di antara blogger yang mendapat arahan ini adalah Papagomo dan Parpukari. Lihatlah bagaimana mereka bermati-matian menyelamatkan Shahrizat dalam blog mereka.
Sementara itu, kami juga menerima maklumat tentang pergerakan menentang Najib di dalam UMNO. Habuan telah mula turun agar blogger-blogger elit dalam UMNO mula menyerang Najib. Blogger-blogger seperti Another Brick In The Wall dan Bigdogdotcom bakal menyerang Najib dengan lebih dahsyat tidak lama lagi.
Apakah yang bakal berlaku kepada UMNO sebagai parti Melayu terbesar di Malaysia?
Sumber : AnakSungaiDerhaka

Kulaan : berapa agaknya Kak Ijat kita nie bayar kat blogger-blogger yang kononnya kata "dilacurkan"... dilacurkan atau melacurkan diri... kenyang-kenyang... masyuk-masyuk... kata blogger Pro BN sokong Lillahita'Ala... sapa bapak ayam dia? jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...

1 comment:

  1. nmpaknya pakatan muhyiddin mmg mhu mnyerang najib! ini lgi satu tindakan bodoh muhyiddin! dia x tau ka prbuatan dia ni da kantoi? haha ini membuatkan rkyat malaysia trutama gologngan muda smakin memebenci umno? mmg benar kata p. ramlee umno ini adalah parti sarkas!

    ReplyDelete