Thursday, 29 December 2011

@ZambryAbdKadir Tukar Kedai Buruk Jadi Kedai KR1M Untuk Rakyat Biasa...


Kulaan dalam perjalanan ke Pulau Pangkor bersama rakan blogger Keris7Lok dan Asyraf, terlihat pula sebuah kedai KR1M di Bazar Nanas Kampung Selabak, Teluk Intan, Perak. Terasa tertarik untuk membuat 'terjahan' disana.





Menurut kata penyelia merangkap pengurus kepada Kedai Rakyat 1 Malaysia Bazar Nanas Kampung Selabak, Cik Siti Aishah , kedai ini baru dibuka dua minggu yang lepas dan pengunjung yang datang untuk membeli semakin hari semakin bertambah. Penjualan juga menunjukkan peningkatan sekaligus memberi kesan didalam meringankan beban rakyat.


Kulaan Niring dan Keris7Lok sempat 'terjah' dua orang pelanggan dengan berbagai soalan. Mereka memberikan persepsi yang baik selain menyatakan terima kasih kepada kerajaan. banyak jika mahu diceritakan tentang perbualan kami. Nantikan video ekslusif yang akan disiarkan di blog kami tidak lama lagi.


Alhamdulillah, segala usaha kerajaan didalam meringankan beban rakyat terutamanya masyarakat luar bandar semakin berjaya. Kulaan Niring melihat KR1M sebagai satu kejayaan buat rakyat. Menepati slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'...

No comments:

Post a Comment