Saturday, 31 December 2011

Lensa Niring 1 : Karnival Sayangi Selangor Anjuran BN





Ribuan malah mungkin puluhan ribu manusia dari segala pelusuk negara terutama penduduk sekitar Lembah Klang dan Selangor datang ke Karnival Sayangi Selangor yang dianjur oleh Barisan Nasional (BN).

Ini satu lagi bukti penerimaan rakyat Malaysia terhadap usaha yang dijalankan oleh kerajaan Barisan Nasional untuk rakyat Malaysia.

Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh PM, Datuk Seri Najib mula diterima oleh rakyat Malaysia semakin digeruni oleh pembangkang.

Malique Sedang Rapping @Karnival Sayangi Selangor

Malique bekas kumpulan TooPhat sedang rapping lagu "Biar Berpacaran" di Karnival Sayangi Selangor anjuran Barisan Nasional (BN) bertempat di i-City Shah Alam malam nie malam tahun baru 2011...

[Video] : Wanita India Curi 24 Tin Arak Dicelah Kangkang Jer????...




Kagum… Kulaan kagum dengan pencuri wanita ini.

Tapi jangan salah anggap, Kulaan bukan kagum dengan perbuatannya tetapi teruja dengan CARA atau MODUS OPERANDI yang dia lakukan.

Anda boleh lihat aksinya dalam petikan video di bawah cerita ini.

Layakkah Nurul Izzah Menjadi PM Malaysia????...


Pembangkang akan menonjolkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sebagai calon Perdana Menteri yang baru jika mereka berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Mendedahkan perkara tersebut Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, itu adalah taktik terbaru yang dirancang oleh pakatan pembangkang untuk meraih simpati rakyat.

“Perkara ini telah dipersetujui oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dan mereka juga telah menubuhkan Majlis Penasihat Perdana Menteri yang dianggotai oleh semua pemimpin tertinggi dari DAP, Pas dan PKR."

Siapa Yang Racis : @ZambryAbdKadir Atau DAP...


Kulaan berkesempatan bercuti hujung tahun setelah penat berkerja sepanjang tahun 2011. Lokasi yang dipilih adalah Pulau Pangkor yang terletak di negeri Perak, negeri kelahiran Kulaan. Agak sudah lama Kulaan tidak menjejakkan kaki ke pulau ini. Seingat Kulaan kali terakhir ketika Kulaan menuntut di universiti dulu.

Friday, 30 December 2011

Soalan Paling Merbahaya: SEX Itu Apa?


HANYA UNTUK SANTAI:

Alkisah seorang anak perempuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya..

‘Mummy, mummy? sex itu apa mi?’.. Terkedulah si ibu.. Terasalah akanarus kemodenan zaman sekarang yang berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.

Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai untuk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan sejagat.

SPR Uji Dakwat Kekal Untuk PRU13


Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) telah menguji dakwat kekal yang akan digunakan ke atas pengundi berdaftar sahaja dan susun atur tempat mengundi juga diubah terutama tempat duduk 'agen calon'.

Ini antara perubahan yang dilakukan SPR bagi menjadikan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang lebih telus melalui PSC yang ditubuhkan. Beberapa cadangan daripada Bersih telah diambil kira, kini apa pula tuntutan 'gila' mereka.

901 : PKR Adalah Parti Hanya Untuk Individu Bukan Untuk Rakyat Malaysia,,,

UMNO Online: Berita Pilihan

Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini nampak jelas perjuangannya hanya terarah kepada seorang pemimpin sahaja, bukannya berjuang untuk rakyat dan rancangan 901 merupakan bukti bahawa perjuangan mereka hanya untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hari ini, semakin ramai ahli-ahli PKR sudah sedar dan percaya, semakin ramai di kalangan ahli-ahli PKR sudah dapat melihat dengan jelas agenda perjuangan parti ini tidak lain dan tidak bukan hanya memperjuangkan Anwar Ibrahim

Lensa Niring 4 : Trip To Pangkor

sebahagian daripada pengunjung yang mandi 
di pantai Teluk Nipah... possing nampak...

sapa plak kena tanam hidup-hidup nie...

comelnya budak nie...

pengunjung mengambil kesempatan 
mandi-manda di pantai yang terdapat 
di Pulau Pangkor...

kesian... jadi tukang jaga barang kawan 
la pulak...

Dr. vs Dr. : Dr. Asri Bidas Dr Badrul Amin Isu "ANUar Imam Mahdi Yang Ditunggu-tunggu"...


Dr. Asri Zainul Abidin membidas penceramah bebas, Dr. Badrul Amin Baharon berhubung kenyataannya dalam satu ceramah yang membayangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘Imam Mahdi’ yang ditunggu-tunggu umat Islam di seluruh dunia.

Memetik kenyataan Bekas Mufti Perlis itu di laman sosial Twitter miliknya, Asri menyifatkan dakwaan Badrul Amin itu sebagai satu bentuk ‘pemujaan’ yang merbahaya dan tidak sepatutnya diungkapkan.

“Sy rasa pmujaan Dr Badrul Amin kpd DSAI mlebihi batas yg patut. Ia sdh ke-1 prgkat yg bahaya. Hrp dibtulkan,” katanya. (Saya rasa pemujaan Dr Badrul Amin kepada DSAI melebihi batas yang patut. Ia sudah ke-1 peringkat yang merbahaya. Harap dibetulkan).

Thursday, 29 December 2011

@ZambryAbdKadir Tukar Kedai Buruk Jadi Kedai KR1M Untuk Rakyat Biasa...


Kulaan dalam perjalanan ke Pulau Pangkor bersama rakan blogger Keris7Lok dan Asyraf, terlihat pula sebuah kedai KR1M di Bazar Nanas Kampung Selabak, Teluk Intan, Perak. Terasa tertarik untuk membuat 'terjahan' disana.

Zahid : Pemimpin Politik Jangan Cuba Jadi Hero Sokong Kumpulan Mahasiswa Biadap....


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada mana-mana pemimpin politik supaya tidak menyokong sekumpulan mahasiswa yang menunjukkan sikap biadab terhadap Perdana Menteri baru-baru ini.

“Kita tidak mahu mana-mana pemimpin politik cuba menjadi hero atas isu-isu tertentu untuk membela tindakan mahasiswa yang melakukan perbuatan biadab itu,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada warga emas di sini hari ini sempena perayaan Krismas.

Wednesday, 28 December 2011

Lensa Niring 3 : Trip To Pangkor

 nie feri yang baru balik dari Pangkor... 
ramai gak pelancong luar dan tempatan 
yang balik dari melawat Pangkor...

 Halamak!!! lain macam jer feri nie... 
siap boleh angkut 2 van dengan 1 lori tuh... 
dahsyat giler!!!...

 ah so yang sedang menyiang ikan hasil 
tangkapan... inilah realiti kehidupan 
seorang isteri kepada nelayan di Pangkor...

 apek tua yang telah mengabadikan diri 
dengan laut sepanjang hidupnya 
menghabiskan sisa-sisa kehidupan...

Halamak!!!... motor pun depa boleh angkut...

Orang Minyak Mengganas Di Gombak...


Gara-gara trauma akibat diganggu orang minyak, sebuah keluarga di Kampung Laksamana, gombak dekat sini terpaksa meninggalkan rumah mereka buat sementara waktu bermula Sabtu lalu.

Mangsa, Kamal Bahari Satar, 36, berkata, keputusan itu diambil selepas keluarga diganggu orang minyak selama lima hari berturut-turut.

“Adik ipar yang datang ke sini tidak tahan selepas diganggu oleh orang minyak yang muncul beberapa kali di dalam dan luar rumah,” katanya ketika ditemui semalam.

Anehnya kemunculan orang minyak itu hanya boleh dilihat oleh ahli keluarga perempuan sahaja.

KDN Longgar Syarat Pemutihan Program 6P...


Kerajaan bersetuju melonggarkan dasar serta syarat proses pemutihan Program Penyelesaian menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) berkuatkuasa serta merta.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, selari dengan keputusan itu sebanyak 10 sektor luar dasar dan 11 sub sektor di bawah sektor perkhidmatan yang sebelum ini dibekukan kini dibuka untuk menyertai proses pemutihan.

“Sebanyak 10 sektor luar dasar yang dibuka untuk proses pemutihan ialah croupier, perlombongan/kuari, kayu bakau, gerai/kafe/kantin/katering, restoran makanan segera, pemotong rumput, vendor akhbar, pencuci rumah ke rumah, pencuci kenderaan dan bengkel kereta."

“Manakala 11 subsektor yang dibuka untuk proses pemutihan adalah barangan logam/lusuh/terpakai, pengendalian kargo, rumah kebajikan, spa/refleksologi, perhotelan, kedi/padang golf, dobi, tukang gunting, tukang emas, perniagaan runcit/borong dan perniagaan tekstil,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mahmood berkata, bagaimanapun kerajaan memutuskan bahawa tempoh penggajian pekerja dan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi dua kelulusan tersebut dihadkan untuk dua tahun sahaja.

Lensa Niring 2 : Trip To Pangkor

 ketibaan Kulaan bersama rakan-rakan ke 
Jeti Lumut untuk mengambil feri ke pulau...

 beberapa penduduk setempat mengambil 
kesempatan berehat di taman yang dibina 
oleh Kerajaan Negeri Perak...

 pelancong Jepun pun datang ke Pangkor... 
katanya mereka Pulau Pangkor nie cantik dan 
indah... entah ler... Kulaan pun dah lama tak 
datang sini... kita lihat nanti...

 ramainya pelancong dan pengunjung 
tempatan yang berpusu-pusu ke Pangkor 
nie... nak beli tiket pun beratur panjang...

 ini pelancong China yang dah nak balik 
ke Tongsan katanya... tapi bukan 
'ChinaDoll' tau...

Bubar Parlimen 17 Februari, Undi 11 Mac 2011???...


PEMERHATIAN penulis ke atas beberapa akhbar berbahasa cina kebelakangan ini menyaksikan wujudnya persaingan hebat dalam meramal tarikh sebenar pembubaran parlimen dan Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan.

Akhbar Sin Chew Jit Poh dan China Press sebagai contoh meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada bulan Februari untuk membolehkan pilihanraya umum ke-13 diadakan pada bila-bila masa dari 1 Mac hingga 20 Mac 2012. Ramalan ini adalah berdasarkan maklumat dalaman masing-masing mengenai pembekuan cuti anggota polis pada tempoh tersebut yang dikatakan ada kaitan dengan persiapan menghadapi pilihanraya umum.

Lebih menarik, akhbar Sin Chew dan Nan Yang Siang Pau juga meramalkan parlimen akan dibubarkan pada 15 Februari (Rabu) manakala proses pengundian pula pada 11 Mac 2012 (Sabtu).

Namu berdasarkan trend semasa tarikh yang lebih logik ialah pada 17 Februari 2012 iaitu pada hari Jumaat kerana Jumaat dianggap hari yang lebih afdal selain menjadi trend semua Perdana Menteri Malaysia yang menganggap Jumaat adalah hari bertuah untuk mengumumkan sebarang acara besar.

Lensa Niring 1 : Trip To Pangkor

kawasan sawah padi di Changkat Lada, 
Kg. Gajah Parlimen Pasir Salak... 
indahnya ciptaan Allah...

kesempatan cuti hujung tahun, Kulaan 
sempat Cuti-cuti Malaysia ke Pulau Pangkor, 
Perak... saja nak 'Rest' lepas penat bekerja 
tahun nie...

bangau berterbangan di sawah yang indah... 
walau membangun macam mana sekali pun... 

Perak tetap mengekalkan keindahan alam...
alhamdullillah... dah nak sampai ke 
destinasi yang di tuju...

dah dekat dah nie... tak sabar-sabar rasanya... 
dah lama tak melawat ke Pangkor nie 
walau pun Kulaan anak Perak... bangga 
rasanya jadi "Anak Perak"....

Barat Iktiraf Cara Tun M Menangani Krisis Kewangan 1997 Bukan ANUar Ibrahim....


KESATUAN Eropah (EU) yang kini berdepan krisis kewangan terburuknya, mengiktiraf penyelesaian dan pendekatan yang dilaksanakan Malaysia ketika mengharungi krisis kewangan Asia pada 1997/1998.

Duta dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia, Vincent Piket, berkata negara Eropah yang sepatutnya menjadi model kepada negara lain, perlu mengesan banyak isu berkaitan struktur ekonominya yang tidak pernah disedari sebelum ini bagi menyelesaikan krisis kewangan terbabit.

Kelemahan struktur ekonomi dan struktur yang tidak fleksibel adalah antara perkara penting yang dipelajari dalam krisis zon euro ketika ini apabila ia dengan mudah menjejaskan kekuatan ekonomi negara ahli. 

- Vincent Piket, Duta dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia Sambil menyifatkan cara penyelesaian Malaysia untuk keluar daripada krisis kewangan 1997/1998 sebagai pendekatan terkenal, beliau berkata, itulah yang seharusnya dilakukan negara EU untuk mengiktiraf negara seperti Malaysia yang berjaya keluar dan memperoleh lonjakan dalam pertumbuhan ekonominya dengan pantas.

Tuesday, 27 December 2011

Sketsa Niring : Perangai Huduh Penyokong Pembangkang Kalo Korang Nak Tau!!!!....


Individu yang layak:


(iii) Warganegara Malaysia;
(iv) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan
kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah merangkumi ;
a. Berkahwin;
b. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
c. Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
d. Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.


[ TIDAK MENGIRA AGAMA, BANGSA, MAHUPUN PEGANGAN POLITIK ]


Sumber : PistolNakal


Kulaan : penyokong pembangkang la yang paling banyak dengan muka tak malu nak jugak benda ni tapi dok mengata kerajaan macam-macam...

Lisa Surihani & Yusry Dedah Tarikh Mereka Bakal Bersatu...

posting istimewa bakal penganting baru

Spekulasi perkahwinan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim, 38, dengan pelakon jelita, Lisa Surihani Mohamed, 25, akhirnya terjawab apabila pasangan berkenaan mengumumkan tarikh pernikahan dan majlis resepsi mereka.

Pasangan itu akan disatukan sebagai suami isteri di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya pada Jumaat, 23 Februari depan selepas solat Asar. Manakala majlis resepsi kedua-dua bakal pengantin baru itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya pada 26 Februari ini.

Jumaat lalu, Yusry menghantar rombongan keluarganya untuk merisik Lisa di kediamannya, malah cincin yang tersarung di jari manis Lisa menandakan mereka sudah bersedia melangkah ke fasa lain dalam kehidupan.

[Video] : Pandangan Tun Faisal Mengenai "Winnable Candidates" & "Orang UMNO"...




Pandangan Tun Faisal, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga merangkap Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ketika ditemuramah wartawan Malaysian Digest.

Sumber Rujukan : http://www.malaysiandigest.com/videos.html?v=Q8QdY0823TMPZ

Kerajaan Pas Kedah Tetap Roboh Madrasah Salihiah Atas Desakan DAP???...


Kerajaan Pas Kedah tetap dengan keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah di Alor Setar meskipun terdapat cadangan agar dilakukan pengubahsuaian terhadap pelan pembinaan kompleks membeli belah yang akan menjejaskan madrasah berusia lebih 100 tahun itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selaku graduan lulusan Universiti Al-Azhar, beliau tahu mengenai hukum hakam dan keputusan untuk membenarkan pengambilan tapak serta bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan dibuat hanya selepas mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri.

Menurutnya, pihak luar termasuk Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tidak perlu campur tangan dalam perkara tersebut kerana soal mengubah pelan projek pembinaan kompleks membeli belah berkenaan adalah urusan kerajaan negeri.

“Mukhriz nak kacau apa, kita tengah bincang dah sekarang. Tunggu dia jadi menteri besar esok, dia cakap. Sekarang biar saya selesaikan masalah itu,” katanya.

Sunday, 25 December 2011

Merry Christmas & Happy New Year...


 Kulaan ingin mengucapkan "Selamat Hari Natal" or "Merry Christmas" kepada semua pembaca blog Kulaan Niring yang beragama Kristian...


Kulaan ingin mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2012" or "Happy New Year 2012" kepada semua pembaca blog Kulaan Niring...