Monday, 2 January 2012

Betul Ka ANUar Akan Sumpah Laknat Pada 8-01????...


Kempen Bebas Anwar 901 yang dirancang oleh sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat tidak lebih daripada usaha memperjuangkan kepentingan peribadi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Dijadual berlangsung 9 Januari ini pada hari penghakiman kes liwat membabitkan Anwar sebagai tertuduh, dan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan selaku pengadu, dilihat sebagai satu helah PKR bagi mempengaruhi masyarakat kononnya kesemuanya hanyalah konspirasi untuk menjatuhkan Anwar yang merupakan ketua umum parti itu. 


Namun, rata-rata pemerhati menganggap tindakan tersebut seolah-olah membuatkan Anwar dan pengikutnya begitu yakin bahawa beliau sudah didapati bersalah, sehingga memaksa mereka mengadakan kempen sedemikian rupa untuk terus mencetuskan huru-hara, serupa dengan apa yang berlaku pada tahun 1998 ketika Anwar berdepan kes serupa. 

Sudah terang lagi bersuluh bahawa PKR bukanlah berjuang untuk kepentingan rakyat, hanya bertujuan memastikan kedudukan ketua umum mereka terjamin. 

Di mana ketelusan mereka? 

Kalau mereka memperjuangkan hak Anwar dalam pengadilan ini, di mana pula mereka letakkan hak Saiful yang juga berhak diadili sebagai rakyat Malaysia. 

Sentimen harus difahami iaitu keserataan dalam hak perundangan, tak kira ketua pembangkang atau rakyat biasa, keserataan ini perlu difahami dan dipegang teguh oleh masyarakat.

No comments:

Post a Comment