Monday, 2 January 2012

Revolusi 901 Penamat Riwayat Politik DSAI????...


Ramai yang tergelak mendengar strategi terakhir Anwar untuk meraih kepercayaan rakyat iaitu untuk bersumpah atas nama Allah S.W.T di dalam masjid di hadapan Ulama tersohor dunia bagi menafikan dia telah meliwat Saiful Bukhari.

Strategi ini dilihat sebagai paling terdesak kerana sudah terlambat memandangkan mahkamah telah pun menggulung kes dan keputusan bakal diumumkan tidak lama lagi. Sedangkan Anwar telah dicabar untuk bersumpah sejurus selepas laporan polis Saiful menjadi tajuk akhbar. 

Selama dua tahun kes berjalan, cabaran untuk bersumpah tidak pernah padam tetapi Anwar telah enggan melakukannya dengan memberikan berbagai-bagai alasan termasuk tidak relevan dengan ajaran Islam.


Menyahut cabaran di saat akhir hanya menunjukkan betapa Anwar benar-benar takut kembali ke penjara dan sanggup berbuat apa saja bagi mengelaknya.

Selain bersumpah, mungkinkah Anwar juga akan memberikan sampel DNAnya secara rela di saat-saat akhir ini bagi membuktikan yang dia tidak bersalah?

Apapun, kita ingin beritahu Anwar supaya tak payahlah bergurau lagi kerana kita sudah senak perut ketawa melihat gelagatnya yang serba tak kena dan serba tak jadi. Jika masih ingin juga bergurau, sekurang-kurangnya janganlah melakukannya di dalam masjid.

Mungkin Anwar terlalu yakin bahawa Allah S.W.T tidak akan membayar tunai kepadanya sekiranya dia melakukan sumpah laknat ke atas sesuatu yang dia benar-benar bersalah. Jika dibayar secara beransur atau hutang dalam masa sepuluh tahun dari sekarang, dia pasti sempat bertaubat. Mungkin inilah yang difikirkannya.

Nampaknya Anwar masih tidak belajar dari pengalaman bahawa manusia hanya merancang, Allah S.W.T jua yang menentukan. Sehingga ke saat ini, dia masih mencari jalan untuk mengatasi undang-undang manusia dan ketentuan Allah S.W.T.

Selain bersumpah, Anwar juga merancang pembebasan dirinya melalui gerakan revolusi menggulingkan kerajaan pada 9 Januari.

Namun, Revolusi 901 yang dirancang Anwar dilihat sebagai pengakhiran perjuangan Anwar. Ini kerana jika revolusi yang dirancang ini tidak berjaya, maka tamatlah riwayat politik Anwar Ibrahim kerana dia akan tetap ke penjara kalau pun tidak kerana meliwat, pasti kerana mencetuskan huru-hara dan menghasut rakyat menentang pemerintah.

Lebih dari itu, apabila Revolusi ini tidak berjaya, Barat tidak akan percaya lagi yang Anwar mempunyai sokongan ramai dan akan melihatnya sebagai boneka yang gagal atau alat yang perlu dilupuskan sahaja. Maka, akan lenyaplah nama Anwar Ibrahim dari arena politik dunia.

Mengikut pemerhatian dan maklumat dalaman, kita dapati Anwar tidak akan berjaya ‘mengDataran Tahrirkan’ Kuala Lumpur pada 9 Januari ini.

Realitinya rata-rata rakyat Malaysia berfikiran rasional. Malah penyokong-penyokong Anwar sendiri majoritinya tidak sanggup menggadaikan masa depan dengan berdemonstrasi. Hanya budak-budak hingusan di Universiti sahaja yang mungkin berjaya dipujuk untuk memperjudikan hidup mereka semata-mata untuk memastikan Anwar bebas meliwat sesiapa yang dia suka. Itupun budak-budak ini tidak seramai mana, sebenarnya.

Untuk mengharapkan ahli-ahli PKR pula adalah sukar kerana parti ini diketahui sebagai parti yang hidup segan mati tak mahu. Ahli PKR terlalu sedikit sehinggakan untuk memenuhkan satu dewan yang memuatkan 3,000 orang juga amat sukar sekali dalam satu-satu majlis anjuran parti.

Parti PAS pula sedang menghadapi krisis dalaman di mana sebahagian ahli-ahlinya sedang melalui proses kematangan dan kesedaran setelah disentak oleh Hassan Ali. Oleh itu, PAS mungkin tidak dapat membekalkan pencacai yang cukup untuk berdemonstrasi demi Anwar pada 9 Januari ini.

DAP pula selamanya tidak akan mempertaruhkan apa-apa jua demi sesiapa jua selain diri mereka sendiri. Bukan Anwar dan PAS tidak tahu bahawa DAP tidak mungkin akan menyertai mereka membodohkan diri berdemonstrasi tanpa sebab yang kukuh.

Justeru, harapan Anwar pada 9 Januari ini terletak kepada sekumpulan kecil mahasiswa yang pendek akal serta Majlis Peguam dan pejuang-pejuang hak asasi LGBT untuk ‘memeriahkan’ revolusi liwat 901.

Kita pasti, pihak berkuasa kita tidak akan menghadapi masalah membersihkan budak-budak hingusan yang bergelar mahasiswa serta para mak-nyah, pondan, gay dan lesbian dari memusnahkan negara pada 9 Januari ini.

No comments:

Post a Comment