Tuesday, 3 January 2012

Salah Siapa??? : Isu Pertembungan 'Geng Adam Adli 901' vs Polis...


Tahniah! Tahniah buat siapa. Tahniah buat 70 orang mahasisewel bangang yang mengamuk di depan UPSI Tanjung Malim. Dengan hanya 70 orang sahaja, bukan 700 atau 7000 jauh sekali 70,000 mahasiswa, mereka berjaya menunjukkan kepada masyarakat Malaysia bahawa polis itu kejam, bahawa polis itu bertindak di luar batasan kemanusiaan, bahawa polis itu tidak berhati perut, polis itu dan polis ini.

Pembangkang melalui proksinya mahasewel yang sudah di'brainwash' oleh ANUwar sejak kebelakangan ini mula menunjukkan 'taring tidak bertempat'. Apa tujuan mereka yang sebenarnya? Apa muslihat mereka disebalik insiden-insiden yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Umum sudah maklum kes liwat ANUwar bakal keluar keputusan penghakiman pada 9 Januari yang tak berapa hari lagi. Jadi sudah tentu untuk mengalih perhatian rakyat dan paling penting adalah untuk mendapat 'simpati' rakyat dengan keputusan penghakiman itu nanti. 


Insiden malam tahun baru lepas bukanlah dilakukan oleh mahasiswa UPSI sebenarnya. Cuma hanya dua orang pelajar UPSI termasuk Adam Adli dan seorang bekar pelajar wanita yang telah dibuang UPSI kerana masalah disiplin. Kulaan berkesempatan berjumpa dengan beberapa pelajar UPSI semasa bercuti di Pulau Pangkor minggu lepas. Mereka mengatakan bahawa Adam Adli bukanlah mewakili majoriti pelajar sebenarnya, hanya sekelompok kecil sahaja yang otaknya 'sewel' untuk berfikir.

Menurut mereka kali, kesan tindakan Adam Adli yang merupakan pelajar semester lima ini bukan sahaja menyusahkan rakan sekuliah tapi juga kepada pelajar senior semester lapan yang akan 'posting' selepas tamat pengajian. Ini kerana UPSI menggantung sementara 'posting' pelajar kerana insiden yang berlaku melibatkan pelajar UPSI.

Adam Adli mengaku dia adalah mahasiswa bukan ahli politik. Ini bukti kata-kata Adam Adli yang dia bukan ahli politik, Klik Sini. 

No comments:

Post a Comment