Tuesday, 7 February 2012

DemangLebarDaun Sepatutnya Menyokong PapaGomo Menunjukkan Bukti Dan Bersumpah Supaya Anuar Reform Terbukti "Spy" Fuckatan!!!...

vs

Macam yang saya sebutkan sebelum ini, "isu pengkhianat dan musuh dalam selimut memang suatu isu yang berat. Dalam semua gerak kerja pilihan raya, termasuk gerak gempur dan memasang bendera dan poster pun kita kena berhati-hati, apa lagi dalam dunia perang siber yang penuh muslihat dan `kawan makan kawan'. Cuma macam yang saya pernah sebut, kita tidak mungkin tahu semua perkara dan semua perancangan. Ada perkara yang kita tidak perlu tahu pun. Apa yang penting, kita semua perlu fokus dengan tugas dan peranan kita dalam gerak kerja menghadapi PRU13 dan bekerja sebagai satu pasukan. Setiap sumbangan walaupun sekecil mana, tetap penting untuk UMNO dan BN."
Saya harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik kerana baik Papagomo, mahupun Anuar Mohd Nor, kedua-duanya mempunyai peranan masing-masing dalam PRU13. Ambillah pengajaran dari firman Allah swt dalam Surah al-Hujurat. ayat 9-10, yang bermaksud: "Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yang melampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah; jika mereka kembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang- orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang- orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat"

Seperti yang pernah saya sebutkan di dalam blog ini, bermubahalah adalah salah satu cara untuk membersihkan nama kedua-dua pihak dari sebarang fitnah. Mungkin majlis bermubahalah ini dapat dilaksanakan secara tertutup di hadapan rakan-rakan blogger pro-BN supaya masalah ini dapat diselesaikan tanpa berbangkit lagi di masa hadapan. Mungkin Ustaz Fathul Bari dan beberapa orang pemimpin kanan UMNO boleh menjadi saksi kepada majlis ini. Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik untuk UMNO dan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.
Sumber : TunFaisalDotCom

Kulaan rasa dalam isu PapaGomo vs Anuar Reform nie lebih kurang macam kes liwat Saiful Bukhari vs Anuar Ibrahim. Seorang menuduh seorang yang lain dan yang dituduh pula menafikannya. Tapi kes liwat Saiful Bukhari vs Anuar Ibrahim, isu pokoknya adalah pertuduhan "LIWAT". Dalam kes Papa Gomo vs Anuar Reform pula isu pokoknya ada tuduhan Anuar Reform sebagai perisik atau "spy". 

Dua isu yang jauh berbeza tapi konsepnya masih sama... "pertuduhan". Maka, ramailah blogger-blogger dalam dunia blogosfera ini mengeluarkan pendapat dan pandangan masing-masing sama ada menyokong pertuduhan atau membela yang dituduh. Bagi Kulaan, Kulaan melihat kedua-dua individu bukanlah calang-calang blogger di blogosfera nie. Seorang yang telah lama atau boleh dikatakan "otai" dan seorang lagi mungkin baru tapi "impaknya" telah menggegarkan negara dengan artikel-artikel pedas dan tepat serta paling "glamour" adalah pendedahan video seks Anuar Ibrahim yang memeningkan pembangkang sekarang nie.

Tapi pada Kulaan setelah memerhatikan isu ini semenjak dua menjak nie, Kulaan berpendapat yang menuduh telah mengeluarkan hujahnya dan yang dituduh pula telah mengeluarkan hujah pembelaannya termasuk yang dituduh mencabar yang menuduh untuk berjumpa sama ada secara terbuka atau tertutup untuk "BERSUMPAH MUBALAHAH" bahawa apa yang dituduhnya itu adalah "BENAR" dan yang dituduh juga berbesar hati untuk bersumpah yang sama bahawa segala apa yang dituduh adalah "TIDAK BENAR".

Wah! sudah besar isu nie sehingga sumpah menyumpah. Apa cara untuk isu ini diselesaikan. Kulaan rasa jawapannya mudah sahaja. Eloklah yang menuduh berjumpa yang dituduh bertentang empat mata disaksikan oleh mereka yang tidak ada kena mengena dengan tuduh menuduh sebagai saksi. "BERSUMPAH MUBAHALAH" sebagai jalan penyelesaian terbaik. Biar Allah sahaja yang "MELAKNAT" siapa yang bersalah anatara keduanya.

Kulaan yakin jika ini berlaku sudah tentu blogger tersohor Papa Gomo berani menyahutnya kerana beliau sudah tentu yakin dengan bukti yang beliau ada seperti mana beraninya beliau mengeluarkan video seks Anuar Ibrahim. Bukan mudah mencari manusia seperti Papa Gomo yang berani mahu mengeluarkan sesuatu yang sebegitu besar. Kalo Kulaan pun mesti berfikir 18 kali, itu pun belum tentu. Ini sudah tentu "kacang jer" buat Papa Gomo.

Sudah tentu juga Anuar Reform sudah bersedia untuk menyahut "sumpahan" dari pihak yang menuduh beliau sebagai"spy" fuckatan. Pastinya sudah ada bukti bagi menyokong penafian beliau yang dituduh sebagai perisik kepada Fuckatan.

Sama-samalah kita nantikan kesudahan drama bersiri ini agar dapat dijadikan sebuah filem yang bakal memecah panggung atau "box office"...

Senyap-senyap Demang memerhati pertelingkahan beberapa blogger yang mendakwa sebagai prokerajaan.
Hendak menyampuk, Demang amat sedar bahawa Demang hanyalah blogger kenit di tengah-tengah samudera maya. Apatah lagi blogger yang sedang bertelagah merupakan blogger-blogger hebat yang mempunyai pengunjung ratusan ribu sehari!
Namun sebagai salah seorang individu yang agak awal menggunakan blog sebagai medan perjuangan, Demang rasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan.
Demang mula menulis di internet sejak 1999, yakni sezaman dengan Anuar Reform. Namun ketika itu Demang menulis mengenai pendidikan manakala Anuar menulis berkenaan politik. Lebih tepat lagi, politik kiri yang menentang kerajaan.
Barangkali ramai yang masih ingat Mahafiraun dan Mahazalim. Kini webmaster tersebut dikatakan sudah berkalih arah dan dikenali sebagai Anuar Reform.
Gomo, Parpukari, GAP, dan beberapa blogger lagi Demang kenali sekitar 2008 tatkala kerajaan BN sedang teruk dibelasah blogger pembangkang.

Ketika itu, jika pokok kelapa tumbang atau penoreh getah disengat tebuan pun orang akan kata “ini semua salah UMNO!”
Berposak-posaklah kami menepis dan mengelak semua tuduhan dan serangan secara sendiri-sendiri. Padahal kebanyakan daripada kami bukannya ada apa-apa pun dalam UMNO. Demang sendiri bukan ahli UMNO bahkan pernah mendaftar sebagai ahli PAS pada 1999 sebagai protes terhadap penyingkiran Anwar Ibrahim.
Manakala orang UMNO pula masih terpinga-pinga dengan keputusan PRU-12 yang di luar jangkaan. Ada yang saling tuduh menuduh, ada yang menyalahkan orang lain, dan ramai yang berlagak seperti tidak ada kena mengena dengan musibah 2008 itu.

Read more: http://waadat.blogspot.com/2012/02/blogger-waadat-masuk-pas.html

No comments:

Post a Comment