Wednesday, 29 February 2012

Khalwat Badrulamin: Dipukul 20 Orang Dan Masih Selamba Dan Sihat???...


DAKWA sang tersangka dalam kasus khalwat dengan isteri orang di Kuantan, dirinya dipukul 20 orang lelaki, dipercayai samseng dibawa suami wanita di mana dia tertangkap berkhalwat dengannya. Pelik dan hairan kepada kita bila selepas dipukul 20 orang, Ustaz ini kelihatan selamba, tidak cedera, tidak dimasukkan ke hospital dan boleh pula berbalas sms dengan rakan-rakan sePKRnya pada malam kejadian.

Gamaknya kalau dibelasah 20 orang lelaki, mahu terus ke hospital, kalau tidak langsung ke kubur. Apatah lagi dalam hal ini tertangkap dengan isteri orang, tak payah 20 oranglah, suami perempuan tu saja dah cukup dah. Ini kita cakap dari sudut fakta dan logik, tidak ada persepsi atau andaian. Cerita dipukul 20 orang lelaki inipun bukan keluar dari mulut sesiapa yang lain, dari mulut Badrulamin juga, sebelum tu sapa yang tahu pun?

Bukan setakat dipukul, Badrulamin turut dakwa dikurung sehinggalah pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sampai. Maksudnya di situ, sudah ada 2 kesalahan ‘kumpulan 20’ yang didakwa wujud oleh Badrulamin, peliknya dia masih enggan buat laporan polis (walaupun ada saksi).

Tapi itulah dia resmi pembohong dari PKR. Mana pernahnya nak mengaku salah bila tertangkap basah semacam ini. Ikut resmi Ketua Umumnya juga yang pernah diangkatnya menjadi Imam Mahadi oleh dia sendiri, nafi dan nafi selagi boleh, dan paling penting letakkan kesalahan kepada UMNO.


Dia yang sedap main lendir, UMNO juga yang dituduhnya jadi dalang, senang betul hidup ya.

Kulaan sedikit hairan, sampai bila orang PKR ni nak membodohkan rakyat dengan cereka-cereka yang macam ini? Kalau ikut video bila Badrulamin berjumpa dengan media sebaik selesai beri keterangan di JAIP yang penulis perolehi, peguam Badrulamin memberikan alasan yang Badrulamin tidak membuat laporan polis kerana sifatnya sebagai Ustaz yang suka memaafkan orang (walaupun katanya ada saksi yang melihat dia dipukul).

Nak muntah pun ada, nak nangis pun ada, nak gelak pun ada.

Apa dia ingat kita bodoh ke? Walaupun Kulaan tidak ada di tempat kejadian, melihat cara Badrulamin dan peguamnya menjawab pun dah tahu penipu. Pemaaf taraf Nabi sangat ke Badrulamin sampai kena pukul dek 20 orang masih tak buat laporan polis (walaupun dakwa ada saksi)? Kalau alim, macam mana sempat pulak dia menuduh UMNO sebagai dalang? Mana saksi dia?

Itu satu hal, satu hal lagi seperti yang disebutkan di ataslah, dipukul 20 orang lelaki tapi satu calar dan lebam pun tak nampak, ini saja pun nampak sangat tidak ada logiknya.

Budak-budak yang baru belajar politik mungkin Badrulamin boleh temberangkan. Tapi pada yang dah lama hidup, sama-sama belajar makan garam dengan dia, sudah tentu tahu perlakuan penipu ni macam mana. Badrulamin mungkin ada gelaran Doktor pada pangkal namanya, tapi itu bukan jaminan apa yang keluar dari mulut dia semuanya boleh dipakai.

Sementara persoalan khalwat itu sendiri masih lagi menjadi buah mulut orang ramai, soal dia enggan buat laporan polis setelah dipukul 20 orang ini menjadi bukti dan tanda bahawa sememangnya Badrulamin ini adalah orang yang bersalah. Yang hakimkan ini ialah Mahkamah rakyat yang dibangga sangat oleh Anwar dan Pakatan Rakyat itulah. Sekarang apa dia nak kata bila kita guna pendekatan sama untuk menghukum dia bersalah pulak?

Jangan Badrulamin sangka ‘Mahkamah Rakyat’ ini hanya wujud dalam kes membabitkan liwat Anwar sahaja, dalam soal khalwat dia ini pun rakyat berhak menghakiminya. Apa dia nak kata sekarang? Senjata sudah makan tuan.

Apa pun nasihat Kulaan kepada Badrulamin dan penyokongnya, gunakanlah masa rehat 1 bulan ini untuk muhasabah diri. Ini pada Kulaan petanda yang Tuhan mahu Badrulamin kembali ke pangkal jalan, dah jauh sangat terpesong nampaknya tu.

1 comment: