Terkejut Kulaan semalam bila belek punya belek ruang maya blogosfera terbaca satu artikel yang menarik perhatian Kulaan. Artikel yang ditulis oleh yuseriyusoff.blogspot.com mendedahkan bagaimana tindakan bodoh seorang blogger tersohor pro BN akhirnya menghancurkan karier seorang panglima yang berkaliber dan berpotensi hanya kerana kebongkakkan blogger tersebut yang mahu menunjukkan kepada satu Malaya dialah manusia (civillian) paling bertuah boleh masuk kapal selam KD Tun Razak.
Dalam artikel tersebut dinyatakan betapa akibat kedangkalan dan kecetekan ilmu seorang blogger yang kononnya tersohor tetapi hanya sekadar menamatkan pendidikan setakat SPM yang tidak diketahui pangkat berapa, pangkat 1, pangkat 2, pangkat 3 atau sekadar S.A.P menyebabkan pak menteri dan orang-orang pak menteri terduduk termenung sekejap.
Kalau tak kena gaya pak menteri pun boleh hilang kerusi empuk sekarang kerana ini bukan hal remeh-temeh, ini soal isu keselamatan negara. Sepatutnya mereka yang terlibat haruslah di bawa ke muka pengadilan.
Dek kerana akal pendek blogger tersohor bertaraf SPM tersebut yang menyebar gambar dan video anak kapal dan peralatan ketenteraan di alam maya tapi yang kelakarnya gambar dia pulak dihitamkan. Apa blogger tersohor ni tak pernah baca ker majalah perajurit atau melihat dokumentari ketenteraan yang mana gambar anggota tentera akan dihitamkan demi untuk menjaga kerahsiaan individu.
Cuba korang bayangkan kalo ada puak pelampau atau 'terrorist' yang dengki dengan keamanan yang dikecapi oleh Malaysia, menculik ahli keluarga tukang masak misalnya dan mengugut bunuh ahli keluarga tukang masak KD Tun Razak jika beliau tidak meletakkan racun dalam makanan yang dihidangkan kepada krew.
Dah tak pasal-pasal kapal selam terus menyelam tak timbul-timbul. Sebelum ni pembangkang heboh pasal kononnya kapal selam yang dibeli tak boleh menyelam. Lepas ni timbul plak isu kapal selam tak timbul-timbul.
Yang menjadi persoalan Kulaan hanyalah apa kesudahan karier seorang yang komited dalam tugas yang diminatinya hanya kerana terpaksa menjadi "kambing hitam" sedangkan orang yang sepatutnya bertanggungjawab hidup senang lenang.
Jadi, Kulaan harap agar PM dan pak menteri yang berkaitan agar jangan ambil mudah soal keselamatan negara. Jangan kerana tindakan bodoh pegawai pak menteri dan pegawai TLDM menyebabkan negara kehilangan mutiara berharga dalam bidang ketenteraan.
Cuma satu Kulaan nak bagi tau kat blogger tersohor 'numuro uno' ngan budak-budak dia yang sekadar bertaraf SPM... Bukan niat mahu membangga diri tapi memandangkan pernah dihina sebagai insan yang hanya bekerja sebagai "DRIVER"...
Sebodoh-bodoh "DRIVER" ini sekurang-kurangnya pernah menjejakkan kaki ke "MENARA GADING" dan menggenggam segulung "IJAZAH"....
p/s : don't you ever think to mess around with "The Transporter"...
Hehehe... tu la hina lagi kerjaya org. Steady saudara Kulaan anda berani.
ReplyDelete2 x 5 = 10. kau hina dia dia hina kau, sama padanlah tu
ReplyDeletesy pun spm jugak,,nak bt mcm mane,keluarga tak mampu..
ReplyDelete