Saturday, 21 January 2012

@ZambryAbdKadir Nak Bertanding Kerusi Parlimen Parit Buntar????... Lebih Baik Kekal Jadi MB Perak Lagi Baik...


Ate, sedang teman syok-syok melayari alam maya hari nie, melihat perkembangan negara dan dunia tetiba teman terbukok satu blog dengan tajuk "Apa Dah Jadi Ngan Zambry?" (cerita lanjut Klik Sini)... Ape hei nyer citer nie?.. ape pasei dengan Menteri Besor Perak nie?... ape yang idok kene nyer?...

Lepeh satu perenggan ke satu perenggan teman baca sampei habis... ghuper nyer penulis blog nie kate lepeh PAU ada ceghiter mengaborkan Zambry bukan lagi calon Menteri Besor Perak untuk PRU13 yang akan datang nanti... pasei nyer dia mungkin dicalonkan sebagei Ahli Parlimen jer... itu pun belum tentu nyer ade kerusi lagi... deme ngabor itu pasei dia tengah mencari-cari kerusi yang sesuei sampei le Parlimen Parit Buntor...

Bior bebenor wei ceghiter kome nie... ape pasei die kena jadi Ahli Parlimen bukan Ahli Dewan Negeri (DUN)... ape teruk bebenor ke Zambry jage Perak... teman nengok semenjak die jadi Menteri Besor, banyak perubahan yang berlaku di kampung teman kalo nak dibandingkan mase Pas Nizar memerintah 11 bulan sebagei Menteri Besor Boneka DAP Nga & Nge... 

Friday, 20 January 2012

Azizan : Madrasah Salihiah Tetap Roboh Tanpa Mengira Apa Keputusan Mahkamah???...


Biar betoi kata MB Kedah, Azizan Madrasah Salihiah tetap dirobohkan tanpa mengira apa keputusan Mahkamah berkaitan writ yg dikemukakan Jawatankuasa Surau.

Dah hilang akal ker Azizan nie nak main langgar jer bila writ saman yang akan didengar 6 Februari nanti.

"Jika keputusan mahkamah mengendalakan projek ini, saya LAWAN kerana Aman Central akan memajukan Alor Setar." Katanya.

Mulut Tony Pua Dan Saifuddin Nasution Ternganga Dengar Penjelasan @zahidhamidi_my


Pelbagai pertikaian dan dakwaan penyelewengan yang dibangkitkan pihak pembangkang berkaitan pembelian aset pertahanan negara termasuk enam unit Kapal Tempur Pesisir (LCS) bernilai RM9b akhirnya terungkai.

Wakil pembangkang Tony Pua, Saifuddin Nasution, Dzulkefly ternganga apabila mendengar penjelasan dan penerangan yang dibuat oleh KSU Kementerian Pertahanan bersama Panglima Angkatan Darat, Laut dan Udara serta Menteri Pertahanan sendiri.

Akibat Terlalu Marah Pasal NFC Kak Ijat Saman RM100j???...


Kak Ijat yang sejak kebelakangan ini dihimpit dengan isu NFC terutama daripada pembangkang akhirnya sudah tidak tahan lagi dan sudah hilang kesabarannya lalu bertindak menyaman RM100j.

Sapa yang kena saman? Menurut sumber yang boleh dipercayai, Kak Ijat telah memfailkan saman fitnah menuntut ganti rugi RM100j daripada Ketua Wanita PKR, Zuraida dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi kerana mengaitkan Kak Ijat dengan isu NFC.

PKR Bunuh PAS Secara Tersusun???...


Baru sehari wakil PAS Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, parti Kita Kedah mendakwa parti Islam itu  terlalu tunduk kepada PKR.

"PKR dilihat merampas tugas EXCO Agama yang selama ini dipegang oleh PAS. Tidakkah ahli PAS nampak perkara ini," kata Ketua Penerangan Wan Rosli Omar.

Beliau mengulas pelantikan Dr Ahmad Yunus sebagai exco di Istana Kayangan, Shah Alam semalam.

Thursday, 19 January 2012

Puaka Niring : Hantu Kilang Mengamuk Mencari Mangsa!!!...


Kisah ini terjadi lebih kurang 23 tahun yang lalu. Walaupun kisah ini telah lama berlalu tetapi tetap segar dalam ingatan aku. Semasa kejadian itu berlaku, aku masih bekerja di salah sebuah kilang di kampung aku, kilang ini didirikan di kawasan kebun, tetapi kawasan ni telah dimajukan untuk kawasan perkilangan. Dahulunya tanah ini adalah milik persendirian.

Pada suatu petang, lebih kurang pukul 5 seperti biasa pekerja-pekerja akan bergegas untuk pulang. Tapi pada hari tersebut agak kelam kabut kerana mengejarkan rancangan kegemaran dekat tv iaitu cerita jepun, aku pun dah lupa tajuk cerita tu. Memang cerita tu menjadi kegemaran ramai ketika itu.

Dalam keadaan yang agak tergesa-gesa tu adalah sorang minah ni terjatuh tah mana silapnya aku pun tak tau, terlanggar batu kot. Kepala minah tu terkena dekat pagar, kepalanya berdarah dan darahnya tu pulak boleh tahan jugak banyaknya mungkin kena tang urat kot aku pun tak pasti, habis merah lantai kat situ dengan kesan darahnya. Keesokan harinya, minah yang terlanggar pagar tu pegi keje, heran jugak aku takkan tak cuti, tengok pada dia yang luka tu dah

Pada keesokkan harinya pulak, kejadian menjerit-jerit ni berlaku lagi tapi pada orang lain pulak lepas sorang reda kena pada orang lain pulak. Macam pesta pulak, ada yang mengilai, ada yang menjerit, ada yang ketawa, seram pulak aku tengok perangai masing-masing nasib baik aku tak kena. Kejadian ni pulak berlarutan hampir setengah bulan, ramai yang berhenti kerja sebab takut. Kalau nak ke tandas pulak nak kena berteman, yelah takut terkunci dengan sendiri sebab pernah terjadi kat aku sebelum ni, nasib baik tak jumpa apa-apa, melaung-laung jugak la aku kat dalam tu mujur ada orang yang dengar.
 
Setelah diselidik rupanya ada sebab apa yang telah berlaku. Cerita ini diceritakan sendiri oleh pak guard kat tempat aku bekerja tu. Dia ada melihat satu lembaga putih terbang dari pokok saga di depan kilang dan terus menjilat pada kesan darah minah yang terlanggar pagar tu. Dan pak guard tu cerita, dulu tempat ni kebun milik seorang yang kaya kat kampung ni dan dia takut hartanya di ceroboh maka dia telah menanam tengkorak di setiap penjuru kebunnya sebagai guard la tu kot. Dan bila orang tu meninggal lupa pulak dia nak halau guard dia tu, sampai la kilang tu didirikan kat situ, kira marah la penunggu tu agaknya. Konon-kononnya lembaga tu mengamukla, mengamuk kerana apa pak guard tu pun tak berapa pasti. Tapi yang pastinya semenjak dari itu lah kejadian histeria tu terjadi. Pihak atasan tidak berapa percaya dengan perkara ni. Budak-budak yang terkena histeria tu ada cerita katanya dada mereka seolah-olah dipukul dengan kepala-kepala tengkorak tanpa henti, tu yang menjerit-jerit tu.
 
Dan untuk menghalau penunggu tu kata sepakat telah dibuat, maka diadakan "samak" entah apa samak tu pun aku pun tak tau. Dipanggilnya bomoh tak mana-mana punya bomoh nak halau hantu tu. Entah apa yang bomoh tu meraban aku pun tak tau, selepas daripada itu kilang aku tu pun kembali aman. Lebih kurang tu la citenye, tapi banyak yang khurafat.... tak taulah aku setakat mana kesahihan kejadian yang sebenar. Wasallam.

RuangBicaraFaisal (RBF) Memohon Maaf Kepada @WardinaSaffiyah... Wardina Bila Plak Nak Mohon Maaf Kat @tunfaisal???...


Sejak cerita Wardina mengamuk dengan blogger RuangBicaraFaisal atau RBF yang kononnya bercerita insiden rumah Wardina dirompak sehingga mengaitkan Tun Faisal sebagai tuan punya blog hanya kerana terdapat kesamaan nama. Klik Sini

Maka hari ini tuan punya blog sebenar RuangBicaraFaisal (identiti masih menjadi misteri) telah mengeluarkan artikel memohon maaf kepada Wardina dan keluarga berkaitan isu artikel yang diterbitkan beliau serta telah menarik balik artikel tersebut daripada blog beliau hari ini.  Klik Sini. 

Wardina Kantoi Pelanduk Dua Tak Serupa!!!... Satu Nama Dua Badan??... @WardinaSafiyyah @TunFaisal


Sejak seminggu dua nie heboh di alam Twitter dan di ceruk-ceruk surat khabar cerita malang Wardina Saffiyah rumahnya dipecah masuk dan dirompak. Kulaan ingatkan cerita artis nie dah sunyi sepi. 

Tup-tup meletup plak di alam blogosfera isu Wardina mengamuk nak jumpa penulis blogger RuangBicaraFaisal pasal blogger nie dah menulis dalam blognya artikel yang kurang menyenangkan Wardiana. 

Dalam kenyataan Wardiana, beliau berhasrat untuk berjumpa dengan penulis blog tersebut yang dinyatakan sebagai Tun Faisal Ismail Aziz, Exco Pergerakan Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Unit Media Baru (UMB), Pergerakan Pemuda UMNO. 

Perkampungan Budaya Orang Asli Sungai Raia Tarikan Terbaru Pelancongan Perak... @ZambryAbdKadir


Perkampungan Budaya Orang Asli Sungai Raia di Simpang Pulai yang dilengkapi muzium orang Asli, chalet untuk penginapan, pentas, bengkel untuk latihan dan rumah-rumah contoh akan menjadi tarikan terbaru pelancongan di negeri Perak.

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata, perkampungan ini bermatlamat untuk memelihara warisan seni budaya masyarakat orang Asli bagi memartabatkan nilai kesenian dan kebudayan masyarakat ini.


Beliau berkata, ianya akan memberikan pelbagai peluang pekerjaan kepada orang Asli yang tinggal di kawasan berkenaan.

”Perkampungan itu kelak akan menjadi pentas mempomosi dan memperkenalkan budaya dan cara hidup masyarakat orang Asli yang tinggal di negeri ini."

Wednesday, 18 January 2012

Puaka Niring : Bunyi ‘Aneh Dan Menakutkan Dari Langit’ Di Sarawak Dapat Perhatian Dunia!!!!...


Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.

Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.

Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu

The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.

Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.

Quikie : Kanak-Kanak Korea Utara Main Gitar, Gempak Habis!!!!...



Kulaan amat terkejut bila menyaksikan kehebatan sekumpulan kanak-kanak Korea Utara ini bermain gitar.

Walaupun saiz gitar itu agak besar berbanding tubuh mereka, namun mereka dengan selamba ‘goreng’ alat muzik tersebut dengan bersahaja.

Rasanya umur mereka ini baru dalam lingkungan enam ke tujuh tahun tapi skill permainan gitar yang dimiliki cukup menakjubkan!

Sehingga kini lebih sejuta orang telah menonton klip video kanak-kanak ini di laman Youtube yang telah dimuatkan sejak tahun lalu itu.

Agaknya lagi 10 tahun, mungkin mereka ini akan lebih hebat dari Malmsteen mahupun Santana, siapa tahu kan?

Gugur Exco : Hassan Ali Dakwa Ada Pihak Tidak Sabar Jadi Exco Selangor???...


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mempersoalkan keputusan kerajaan negeri menggugurkan beliau sebagai Exco Selangor yang disifatkan dibuat secara terburu-buru serta bermotif demi kepentingan pihak tertentu.

Beliau berkata penggugurannya sebagai exco yang berkuat-kuasa hari ini bercanggah dengan tarikh akhir tempoh rayuan beliau sebagai ahli Pas yang hanya akan tamat pada minggu pertama Februari depan.

Jelas beliau, secara teknikal pelucutan jawatannya sebagai exco berlaku dalam tempoh jangka hayat keahliannya dalam Pas masih sah sehingga proses rayuan berakhir.

Katanya lagi mungkin Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terlepas pandang menasihatkan Sultan Selangor mengenai perkara ini.

Pemuda BN Ingatkan Ambiga Jangan Terus Ugut Kerajaan Untuk Bersih 3.0 @Khairykj


“Saya nasihatkan Ambiga jangan terus mengugut kerajaan. Kerajaan telah banyak bertolak ansur dengan mereka. Dahulu mereka desak untuk guna dakwat kekal, kita dah setuju. Banyak yang telah kerajaan lakukan demi memastikan pilihan raya yang diadakan telus. Tak perlu nak adakan Bersih 3 sebab Pilihan Raya Umum (PRU) sudah semakin dekat. Tempoh matang pun dah nak sampai. Tunggu sahaja PRU nanti,” demikian ingatan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ambiga yang berura-ura mahu mengadakan Bersih 3 sekiranya cadangan mereka mengenai reformasi pilihan raya gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Tun M Bidas Pihak Pertikai Hak Saiful Merayu????...


Tun Dr Mahathir Mohamad membidas tindakan pihak yang mempertikaikan hak bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk memohon Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan ketua pembangkang daripada tuduhan meliwat.

“Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah lebih tinggi?,” kata bekas Perdana Menteri dalam entri terbaru di laman blognya, semalam.

Dr Mahathir berkata, apabila Anwar didapati tidak bersalah kerana tiada bukti kukuh untuk menyokong keterangan Mohd Saiful, hak mangsa untuk membuat rayuan dipertikaikan.

Tuesday, 17 January 2012

Puaka Niring : Misteri Di Sebalik Kematian Seorang Polis...


Apabila disebut sahaja perkataan ‘polis’, apakah yang terbayang di fikiran anda ? Majoriti dalam masyarakat akan lebih cenderung untuk membayangkan perkara-perkara yang negatif tentang pasukan beruniform ini. Seperti pengawas di sekolah, polis juga digambarkan sebagai komuniti yang suka mencari kesalahan orang lain. Setiap apa yang kita lakukan, akan diperhatikan oleh mereka setiap masa. Tetapi, adakah tanggapan ini benar ? Mungkin peristiwa yang benar-benar berlaku ini boleh mengungkap sedikit perkara yang anda perlu tahu tentang pasukan penguatkuasa ini.


Kisah benar yang diceritakan oleh : Ustaz Haji Zainal Abidin Abdul Karim

Sebaik sahaja selesai dimandi dan muka Arwah dilap, mata saya terpaku menatap wajahnya. Seperti tidak percaya bahawa sesuatu yang amat luar biasa berlaku di hadapan mata saya.

Dengan kekuasaan Allah Yang Maha Agung dan Maha Besar, wajah Arwah yang sudah berusia 60-an tiba-tiba bertukar menjadi seperti wajah yang berusia 30-an. Kulitnya yang seketika tadi berkedut bertukar menjadi tegang. Raut wajahnya memang memikat sementara senyumannya cukup manis seolah-olah Arwah meninggalkan dunia yang fana ini dengan hati yang seronok

Lama saya terpegun menatap wajah Arwah. Cukup hebat kekuasaan Allah swt hingga dalam waktu beberapa detik sahaja wajah yang sudah berkedut diubah-Nya menjadi kembali muda dan tampan. Saya terus menatap wajah dari hujung rambutnya hingga ke hujung dagu dengan rasa yang amat kagum di atas kebesaran Allah swt dan kemuliaan Arwah.

Adidas Malaysia Pamer Kasut Bola Sepak Pintar Pertama...


Adidas Malaysia Sdn Bhd mempertontonkan kasut bola sepak pintar pertama di dunia, 'adizero F50' yang dilengkapi peranti pintar dikenali sebagai 'miCoach Speed Cell', yang membolehkan pemain bola sepak merekodkan kepantasan, jarak yang diliputi dan kadar kerja dalam perlawanan atau sesi latihan.

Pelancaran kasut itu, yang diberi jolokan 'kasut dilengkapi minda' peringkat global diadakan di United Kingdom pada November lalu oleh pemain terkemuka dari Argentina, Lionel Messi.

Pengurus Pemasaran Jenama dan Sukan Adidas Malaysia, Bryan Gee berkata, kasut itu adalah yang paling ringan dalam kelasnya, dengan berat hanya 165g, namun paling pintar yang pernah dihasilkan oleh syarikat pengeluar kelengkapan sukan itu.

"miCoach menjadikan kasut ini sebagai alat latihan digital paling maju yang membolehkan pemain bola sepak mengesan dan memuat naik data prestasi mereka termasuk kepantasan, jumlah pecutan, jarak dan jarak pada tahap intensiti tinggi," katanya selepas majlis pelancaran kasut berkenaan di Pusat Sukan NPNG di Damansara Damai.

Kerana Sambutan Hangat Rakyat Perak Semasa Hari Peladang Sebab Tu Gambar @ZambryAbdKadir Dibakar????...


Isu panas di Perak sehari dua ini adalah cerita poster MB Perak, Zambry dibakar di Masjid Tinggi, Bagan Serai yang sedikit mengejutkan rakyat Perak khasnya dan negara amnya. Selidik punya selidik dengan info daripada rakan-rakan sekampung, antara faktor utama kenapa poster Zambry dibakar adalah kerana "ketakutan yang amat sangat" pembangkang dengan reputasi baik Zambry di mata rakyat sejak kebelakangan ni.


Dengan pelbagai usaha Zambry dan Kerajaan Negeri Perak dalam membangunkan Perak serta menangani permasalahan penduduk setempat dan rakyat negeri membuatkan pembangkang melihat sokongan rakyat mula berkurangan terhadap mereka terutama pengundi atas pagar.

@ZambryAbdKadir Ucap Terima Kasih Kepada Orang Yang Bakar Poster Beliau????...



dengan wajah yang tenang diselang-seli dengan senyuman MB Perak, Dr. Zambry masih mampu mengukir senyuman sambil mengucapkan terima kasih kepada individu yang sudi membakar gambar beliau...

tiada terpacul daripada mulut beliau maki hamun dihamburkan pada "insan istimewa" yang bakar gambar beliau... tiada sumpah seranah macam pemimpin pembangkang dok biasa buat... tiada tuduhan dan fitnah melulu seperti pembangkang yang fitnah dulu mintak maaf pun tak buat kemudiannya bila fitnah itu tidak benar...

kalo kena kat batang hidung pemimpin pembangkang terutama tok-tok guru depa... Kulaan yakin dah tentu keluar fatwa "masuk neraka" dah... masuk UMNO pun masuk neraka... inikan kalo bakar gambar tok-tok guru... apa tok-tok guru tuh maksum ka...

Khoo Kay Kim Dakwa Hang Tuah Bersaudara Dan Hang Li Po Tak Pernah Wujud!


Masyarakat Malaysia secara amnya mengetahui tentang sejarah negeri Melaka biar pun ada yang bukan berasal dari negeri tersebut.

Antara yang paling kerap diperkatakan ialah mengenai Hang Tuah lima bersaudara, Puteri Gunung Ledang dan Puteri hang Li Po semestinya.

Menurut sejarah Melayu negeri Melaka, Puteri Hang Li Po yang berasal dari negara China merupakan isteri yang kelima bagi Sultan Mansur Shah, Sultan Melaka yang telah memerintah dari tahun 1456 hingga tahun 1477.

Diselitkan juga dalam sejarah negeri itu, terdapat cerita legenda pahlawan Melaka yang terdiri daripada lima sahabat iaitu, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Kisah lima sahabat yang sarat dengan nilai-nilai persahabatan dan kesetiaan kepada raja dan negeri mereka itu menjadi terkenal dan sering diceritakan semula oleh rakyat Malaysia.

Semua Kena Tutup Mulut, Ikut Nasihat Nik Aziz... Mana Demokrasi Kebebasan Bersuara Dalam Pakatan...


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali hormati nasihat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memintanya supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu pemecatannya.

Namun, Hasan juga menegaskan, nasihat tersebut perlu diikuti oleh semua pihak termasuk pimpinan tertinggi Pas.

Beliau dipecat sebagai ahli Pas Ahad lalu.

Hasan berkata, walaupun keahliannya dipecat serta-merta, namun beliau masih lagi menganggap Menteri Besar Kelantan itu sebagai guru beliau.

Monday, 16 January 2012

Edisi Khas Buat Mereka Yang Bakar Gambar MB Perak Di Masjid Tinggi, Bagan Serai @ZambryAbdKadir @Azwanbro


Sedang Kulaan syok-syok belek-belek twitter tengok apa info yang terkini berlaku di dalam dan luar negara, tiba-tiba Kulaan terbaca tweet artikel di sebuah portal pasal poster, banner atau banting gambar MB Perak, Datuk Seri Dr. Zambry dibakar.

Terbakar hati Kulaan bila insiden ini boleh berlaku di Perak. Yang Kulaan paling "terbakar" bila insiden ni berlaku di kampung halaman Kulaan tempat Kulaan membesar Jalan Banjar, Kg. Masjid Tinggi, Bagan Serai.

Sepanjang Kulaan membesar di kampung tu selama berpuluh tahun sampai la Kulaan menetap di Putrajaya, belum pernah Kulaan dengar insiden bakar membakar poster Menteri Besar apatah lagi Sultan Perak.

Berapa puluh tahun bekas Menteri Besar Perak, Ramli Ngah Talib jadi MB tak pernah ada insiden bakar ni sekali pun kat area Masjid Tinggi, Jalan Banjar, Kg. Kedah, Parit Gabis, Parit Hj Ali, Parit Hj Taib, Teluk Seribu dan kawasan sewaktu dengannya memang terkenal sebagai kubu kuat pembangkang terutama Pas.

Anwar Bebas Liwat : Segala “Baggage” UMNO Lupus Dengan Sendiri...


PENULIS pun ingin tumpang komen juga berkaitan pembebasan Anwar dari pertuduhan liwat.

Berikut antara komen penulis;

Sebahagian besar (mungkin 80%) bebanan persepsi buruk yang ditanggung selama ini oleh BN dan pemimpin utamanya telah musnah secara otomatik sebaik sahaja Hakim membuat keputusan membebaskan Anwar.

Persepsi buruk ini timbul dan ditimbulkan dengan begitu mudah disebabkan kes dan tabiat peribadi yang datang dari Anwar.

Jika kes dan tabiat ini tidak wujud maka amat sukar untuk Anwar dan sekutunya melabel BN dan para pemimpinnya dengan pelbagai label buruk dan hodoh.

Majlis Penyampaian Geran "Dana Pembangunan Industri Kreatif SKMM"

Bertempat di Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Cyberjaya tengahari ini berlangsung Majlis Penyampaian Geran "Dana Pembangunan Industri Kreatif SKMM"m

Geran ini diberikan kepada syarikat-syarikat di bawah Konsortium Cartoon at Work (CAW) melalui "Dana Pembangunan Industri Kreatif" yang turut dihadiri Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Lagi Pembangkang Cemuh KR1M... Lagi Tinggikan Jualan KR1M... @ZambryAbdKadir


Cemuhan dan kritikan yang dilemparkan pembangkang terhadap kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) membantu meningkatkan penjualan di kedai berkenaan.

Itulah kebenaran yang didedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila mendapati semakin banyak cemuhan yang dilemparkan mereka, KR1M semakin mendapat tempat di hati rakyat.

“Lebih banyak dia (pembangkang) kritik, lagi tinggi jualan yang dicatat di KR1M jadi saya galakkan dia cemuh lagi,” katanya.

Perhimpunan 901: Apakah Permulaan Politik Matang????...


Tidak seperti perhimpunan haram Bersih 2.0 di Kuala Lumpur Julai lalu yang dicemari pelbagai insiden memalukan negara, perhimpunan awam pada 9 Januari lalu betul-betul aman.

Tiada provokasi antara peserta perhimpunan dan polis bertugas, seperti yang berlaku dalam perhimpunan sebelum ini.

Mungkin ada yang skeptikal dengan perkembangan baru ini dan menganggapnya bersifat sementara.

[Video] : Tegur Sikit Pecat... Tegur Sikit Pecat... Itulah Budaya Pas Sekarang!!!... Pantang Ditegur...



Itulah budaya Pas sekarang... kalo ulama' Pas tegur parti atau pemimpin parti mesti kena pecat... yang tak boleh kena pecat Nik Aziz jer... yang tak boleh kena pecat Hadi Awang jer...yang tak boleh kena pecat Mak Sabu jer... maksum kot depa tuh... apa nak jadi dengan parti yang kononnya memperjuangkan Islam... puak-puak nie faham sangat ker Islam tuh... 

Sunday, 15 January 2012

Kitar Semula: Putrajaya Kekal Tempat Teratas


Putrajaya terus kekal tempat teratas berbanding negeri lain dari segi amalan kitar semula, sekaligus menjadikan matlamat bandar itu sebagai peneraju amalan kitar semula tercapai.

Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Samsudin Osman berkata, kejayaan itu berdasarkan peningkatan penyertaan penduduk sebanyak 22 peratus tahun lepas berbanding 10.4 peratus tahun sebelumnya.

"Jumlah kutipan 2011 itu menunjukkan purata kutipan sebanyak 4.2 tan sehari iaitu lebih kurang sepuluh peratus daripada berat sisa pepejal yang dikutip setiap hari," katanya.

Betul Ka Ong Tee Keat Nafi Nak Sertai Pembangkang????...


Bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat menyangkal khabar angin beliau berhasrat menyertai sebuah parti yang menganggotai pakatan PKR-DAP-PAS.

Walaupun Ong tidak menolak khabar angin bahawa beliau telah mengadakan perjumpaan dengan para pemimpin pembangkang, tetapi Anggota Parlimen Pandan ini menafikan perjumpaan itu bertujuan membincangkan penyertaannya dalam mana-mana parti pembangkang.

"Sebelum ini, mereka (khabar angin) kata saya akan menganggotai PKR. Selepas perkara ini terbukti tidak benar, mereka kata pula saya akan menganggotai DAP pada 20 Jan. Apa pula selepas ni? PAS?" katanya.

Modul Baru Bagi Rumah Mampu Milik Di Perak... @ZambryAbdKadir



Kerajaan negeri sedang mengenal pasti modul baru sebagai usaha membantu golongan yang layak mendapatkan bantuan menerusi program Rumah Mampu Milik (RMM) yang diperkenalkan kerajaan persekutuan.


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata dalam memastikan kejayaan program berkenaan, kerajaan negeri sedia bekerjasama dan mengadakan perbincangan dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

"Kita sedia bekerjasama dan berbincang dengan kerajaan Pusat melalui agensinya iaitu SPNB untuk menjayakan dasar RMM sebagai membantu rakyat negeri Perak," katanya.