Saturday, 25 February 2012

Puaka Niring : The X-Files



koleksi gambar-gambar kononnya hantu mat saleh yang ditangkap melalui 'snapshoot' kamera... boleh jadi betul dan boleh jadi 'super impose'... korang jer la yang tentukan...

Friday, 24 February 2012

Puaka Niring : Jangan Tengok Kalo Ada Lemah Jantung!!!!...



nak percaya pun susah... tak percaya pun susah... sebab video mat salleh yang buat... biasa ler... depa punya penipuan nie kuat... apa pun terpulang kepada penonton menentukannya...

Quikie : Silat vs Tomoi... Sapa Yang Lebih Hebat???...



Macam best jugak layan klip ni. Lagi best bila silat yang menang.

Namun, kedua-dua seni sama hebat dan sama menarik.

Rasanya kalau tidak silap ini adalah satu pertandingan yang diadakan di kota Bangkok pada tahun lalu.

Apa pun, kepada pembaca jangan bagi komen-komen berbau perkauman di sini. Terima kasih

MWL Putrajaya 2012 : Kepada Paintballez... Datang Beramai-ramai Ke Putrajaya...


Tarikh : 25-25 Februari 2012
Tempat : Hutan Sekunder berhadapan Alamanda Shopping Complex Putrajaya, Presint 1


sebahagian daripada peserta MWL Putrajaya 2012


peta ke lokasi event...

"Bai'ah" Pas : Ciri Bukan Demokrasi Dalam Pas...


Dewan Pemuda PAS Perak (DPP Perak) meminta orang ramai melihat perkara Bai’ah calon yang mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sebagai menjaga hak dan keputusan pengundi.
Setiausahanya, Salman Saleh mendakwa, Bai’ah atau sumpah taat setia tersebut juga sebagai langkah menangani kebimbangan senario lompat parti menjadi amalan di Malaysia seperti yang pernah berlaku di Perak.
Justeru, kata beliau, DPP Perak menyokong setiap calon PAS melakukan proses Bai’ah demi `mengikat’ mereka agar tidak khianat kepada parti itu dan rakyat yang mengundi.

Thursday, 23 February 2012

Tahap Pendidikan Antara VC IPT Dengan Blogger Yang Cuma Ada SPM... @NajibRazak @khalednordin @saifuddinabd @datosahol


Semalam Kulaan ada bincangkan skit pasal isu suam-suam kuku cerita blogger "so called" blogger pro BN yang cuba menghentam peribadi seorang VC IPT dengan kes BPR. Cerita yang dah sejuk 5 tahun, dah BASI tu tiba-tiba meletup kembali siap dengan dokumen sulit siasatan.

Banyak persoalan yang timbul dalam benak fikiran Kulaan pasal isu ni.

1. Kenapa selepas 5 tahun baru isu ini timbul dan ditimbulkan oleh blogger tersohor dengan tujuan apakah isu ini ditimbulkan...

Tuesday, 21 February 2012

Kenapa VC IPTA Diserang Oleh Blogger Pro BN Bukan Diserang Oleh Blogger Pembangkang???... @KhaledNordin @Saifuddinabd @datosahol @rahiman80


Sehari dua ni agak kecoh sedikit dunia blogosfera bila nama seorang VC sebuah IPTA terkemuka di negara ini diserang oleh beberapa blogger dari 'clan' yang sama dengan menggunakan 'modus operandi' yang sama dilakukan ke atas pemimpin politik terutama dari kerajaan.

Artikel permulaan Kulaan ini sekadar ingi mengupas mengenai senario yang hampir serupa 'MO'nya. Cuma bezanya individu yang terlibat bukanlah seorang ahli politik atau menteri kerajaan, cuma seorang tenaga pendidik di dunia pendidikan bertaraf VC sebuah IPTA tempatan.

Kenapa VC pula yang dijadikan mangsa kali ini bukan pemimpin politik atau menteri kerajaan juga menjadi tanda tanya. Apa 'hidden agenda' yang cuba dilakukan oleh "clan" ini.

@KhairyKJ Jumpa Exco Pemuda UMNO Di Parit Menguatkan Pemuda UMNO Perak... @NajibRazak @RazaliIbrahim @ZambryAbdKadir @Azwanbro @promelayu


Kulaan sempat turun ke pekan Parit hari ini bagi membuat liputan Mesyuarat Exco Pemuda Umno yang diadakan di Pejabat Bahagian UMNO Malaysia Parit.

Ketua Pemuda Parit, Khairul Sharil selaku tuan rumah bagi pertemuan Exco ini turut sama membuat program lawatan Pemuda UMNO ke UiTM Seri Iskandar untuk menyertai Jamuan Tengahari bersama pemimpin pelajar di sana.

Monday, 20 February 2012

Eksklusif : Kerana Kakitangan Awam Ambil Mudah Masalah IC Rakyat, Kerajaan Disalahkan???... @NajibRazak @HishammuddinH2O

Kulaan sempat singgah menjengah ke PWTC bagi melihat apa yang berlaku di Perhimpunan Ulama', Candekiawan Islam & Penulis Maya Kebangsaan 2012 bersama PM, DS Najib.

Memandangkan Kulaan tak mendaftar dan tidak mempunyai pas peserta sudah tentu Kulaan tidak dibenarkan masuk. Kulaan faham akan situasi itu dan bukan isu yang Kulaan ingin utarakan.

Sedang Kulaan lepak di luar dewan, Kulaan disapa oleh seorang pakcik tua berumur 59 tahun yang datang sendiri dari Melaka dengan menaiki bas. Pakcik tua bernama Jaafar bin Abu datang dari jauh semata-mata untuk berjumpa sendiri dengan PM.

Pakcik ini mengadu masalah kad pengenalan isterinya Zariah binti Omar yang tidak boleh ditukar ke Mykad sedangkan isterinya ada IC lama. Alasan yang diberikan oleh pegawai Jabatan Pendaftaran kepada pakcik ini isterinya dibesarkan dan tinggal Singapura bersama neneknya daripada tahun 1955 sehingga 1986.

ALiS Tangani Isu Pengundi Hantu... @HishammuddinH2O


Pelaksanaan Sistem Perkongsian Maklumat Antara Agensi (ALiS) membuktikan bahawa kerajaan serius, komited dan telus dalam menyediakan kemudahan terbaik kepada rakyat negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, selain memudahkan urusan mendapatkan permit mengubur dan sijil kematian, sistem itu turut diyakini dapat menyelesaikan isu pengundi hantu.

“Sistem ini berkongsi maklumat antara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan lapan agensi kerajaan lain termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)."

Masyarakat Cina Sedar Sumbangan MCA???... @TengAdnanReal


Debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam, ternyata menyedarkan masyarakat Cina mengenai sumbangan dan keprihatinan MCA terhadap masyarakat kedua terbesar di negara ini.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata penampilan dan hujah Dr Chua jauh lebih meyakinkan masyarakat Cina dengan peranan MCA dengan BN terhadap pembangunan masyarakat Cina tanpa mengkritik atau menyalahkan pembangkang seperti yang dilakukan Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Amy Search Sindir Guan Eng Dan DAP???...


Mungkin rasa tidak puas hati dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkenaan ketuanan Melayu yang tidak diiktiraf DAP dan Pakatan Rakyat, penyanyi rock terkenal tanahair, Amy Search menyindir parti itu dengan menyuruh mereka menaiki keretapi “Tanah Melayu”.

Mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu di laman sosial Twitter miliknya, Amy menyuruh DAP menaiki perkhidmatan keretapi yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Sunday, 19 February 2012

MAZA Nasihat Blogger Jangan Menulis Hingga Lupa Dosa Pahala...


Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menggesa agar para penulis maya di internet, khususnya para blogger supaya memikirkan tentang dosa dan pahala apabila menulis mengenai padangan mereka di blog masing-masing.

Menurut beliau, matlamat tidak menghalalkan cara di dalam memenangi hati para pembaca untuk menerima pendapat dan segala hujah mestilah berpandukan kepada sumber ilmiah serta berfakta supaya mengelak dari sebarang unsur fitnah atau tohmahan.