Saturday, 21 September 2013

@AzwanBro Daftar 14 Ribu Pengundi Muda Baru!!! Orang Lain Ada!!! #OneBro4NKP @KhairyKJ



Pada siri yang lalu, YPS menceritakan langkah pertama Azwan setelah dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak (klik). Seterusnya YPS ingin menceritakan langkah kedua Azwan setelah berjaya mendaftarkan lebih dari 14,000.00 pengundi muda di Negeri Perak.

Selaku Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Negeri Perak, Azwan sedar tugas berat yang beliau galas. Mengambil kira hakikat yang Perak pernah tewas pada Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008, beliau memulakan langkah mempersiapkan Jentera Pemuda Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang ke 13.

Untuk itu, beliau bersama pimpinan pemuda BN Negeri Perak mengadakan program kajian sikap pengundi muda. Kajian yang mengambil kira pelbagai aspek melibatkan kehendak dan aspirasi anak-anak muda masa kini. Ianya merupakan satu lagi tugas mencabar kerana mengikut rekod PRU ke 12 yang lalu, saluran undi golongan muda berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Yang pasti, demi mengembalikan undi anak-anak muda yang juga dikenali dengan Generasi Y (Gen-Y), UMNO dan Barisan Nasional harus menepati kehendak golongan ini. Ianya melibatkan aspek ekonomi, masa depan dan agama. Apabila kesemua elemen ini dipenuhi, sokongan anak muda pasti kembali kepada BN.

Umumnya begitulah tugas-tugas kajian sikap pengundi dan menjadi standard operating procedure (SOP) setiap kali pilihan raya. Kedinamikan perkembangan maklumat mengakibatkan pendekatan dahulu yang mungkin berkesan dengan sekelip mata telah menjadi lapuk pada hari ini.

Pendekatan kajian sikap seharusnya berjalan berterusan dan kajiannya harus mendalam. Parti pembangkang telah mengimport pendekatan-pendekatan liberalisasi, hak kemanusiaan dan menanam berbagai-bagai persepsi untuk mencorak sikap pengundi.

Mereka cuba mewujudkan 'branding' atau penjenamaan terhadap BN dan UMNO. Pengundi khususnya pengundi muda diasak dengan persepsi UMNO adalah parti elitis, kerakusan kuasa dan penuh birokrasi. Sebagai contoh, pengikut-pengikut Pas telah diwayangkan dengan momokan takut kepada UMNO melebihi takutnya kepada DAP.

Baca selanjutnya di sini : Yob Pasir Salak

No comments:

Post a Comment