Friday, 20 September 2013

[18SX] Jangan Baca : Profesor Penganut Syiah Adakan Seks Dalam Pejabat Selepas Kahwin Mutaah????


KUALA LUMPUR – Pensyarah bergelar profesor di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang berkahwin secara mutaah dengan pasangannya yang juga seorang pensyarah dan menjadikan bilik pejabat sebagai tempat untuk melakukan hubungan seks.

Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Dr Zamihan Md Zain, berkata pasangan pensyarah berusia 40-an itu berkahwin tiga tahun lalu sebelum dikurniakan seorang anak.

Beliau berkata, pensyarah lelaki berkenaan yang bergelar profesor adalah penganut ajaran Syiah dan berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur, berjaya mempengaruhi pasangannya untuk mengikuti ajaran itu.

Kahwin sementara

"Kedua-dua pensyarah ini bergelar profesor dan berkhidmat di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang. Mereka berkahwin mutaah untuk beberapa bulan dan kemudian bercerai.


"Inilah yang kita bimbang jika tidak ada satu kawalan atau undang-undang tegas mengekang penyebaran fahaman Syiah.

"Golongan cerdik pandai bertaraf profesor pun boleh terpengaruh apatah lagi kalau mereka yang cetek pengetahuan agama.

"Sebab itu kita perlukan satu undang-undang yang tegas. Ajaran Syiah dan kahwin mutaah ini boleh menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Zamihan berkata, undang-undang yang tegas diperlukan bagi menyekat penyebaran fahaman itu kerana lebih 200,000 warga Iran berada di negara ini setiap tahun termasuk pelajar.

Berdasarkan statistik tahun lalu, seramai 17,000 pelajar Iran melanjutkan pengajian di negara ini, 38,000 bermastautin secara sementara dan 150,000 lagi masuk sebagai pelancong.

Penyebaran secara senyap

Katanya, angka itu tidak termasuk warga Iraq serta beberapa negara lain yang turut mengamalkan Syiah masuk ke negara ini dan dibimbangi ia akan menyebarkan fahaman itu secara senyap kepada rakyat tempatan.

"Mereka dikesan turut menyebarkan fahaman itu di negara ini dan empat universiti awam menjadi lokasi kepada penyebaran fahaman ini membabitkan pensyarah dan juga pelajar.

"Julai lalu ulama Syiah dari Iran turut ke negara ini untuk bertemu penganut fahaman itu dan lebih malang lagi mereka turut mendapat sokongan beberapa pemimpin politik dan ahli perniagaan bergelar Datuk," katanya. – Berita Harian

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. itulah kerja orang pejabat agama..kena siasat dan ambil tindakan, jangan cuma pandai bercakap aje..benda macam ni dah lama berlaku sebabnya majlis agama atau mana mana orang di pejabat agama cuma lebih berteori saja...memalukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku sangat bersetuju dengan pendapat kamu. pegawai pegawai di jabatan agama Islam semuanya tidur lena. aku rasa kiranya jabatan agama Islam benar benar aktif, gejala saperti ini tidak mungkin akan berlaku.. fahaman syiah telah didedahkan bukan baru sekarang tetapi sudah beberapa tahun lalu.dari kumpulan yang kecil tidak diambil perhatian, sekarang ni dah mencecah angka beribu ribu. aku pun tak tahu nak cakap, Jamil Khir buat apa agaknya. tidak keterlaluan kiranya aku mengatakan mereka mereka inilah penyebab agama Islam tercemar, dihina dan tidak langsung dihormati. kiranya mereka aktif menangani setiap kesalahan dari mula, segala galanya tidak mungkin akan berlaku. hinggaa kehari ini aku masih lagi tidak memahami penntadbiran agama Islam dinegara ini. aku melihanya saperti kalut kerana setiap negeri punyai undang undang yang berbeza dan aku amat tidak faham apa pulak fungsi JAKIM, saperti tidak ada kesefaham diantara jabatan agama Islam dinegeri negeri di Malaysia ini. orang politik sebok dengan politiknya sedangkan yang tersangat penting dibiarkan untuk dicabar. tidak penting kah agama Islam kepada pemimpin pemimpin Melayu? Kalau orang politik tak mampu untuk mentadbir agama, aku sarankan ianya di jadikan saperti SPRM dan jangan ada orang politik terlibat. sebagai orang Melayu yang beragama Islam, aku tersangat sedih dan pilu melihatkan pemimpin Melayu yang tidak langsung mengambil peduli akan kepentingan agama Islam. semoga Allah berikan petunjuk dan membuka hati mereka mereka kejalan yang benar. Insya Allah.

      Delete