Friday, 20 September 2013

Mukhriz Bakal Menguburkan Karier Politiknya Dengan Bertanding Naib Presiden??? #MM4VP


Baru-baru ni dunia pemilihan UMNO dikejutkan dengan tindakan Menteri Besar Kedah yang baru dilantik Mukhriz Mahathir mengumumkan hasratnya mahu bertanding jawatan Naib Presiden UMNO yang bakal dilihat bertanding enam penjuru.

Hasrat Mukhriz mahu bertanding kononnya atas desakan akar umbi terutama dari Negeri Jelapang Padi, Kedah. Mungkin kerana naik "sheikh" bila dijolok oleh ketua-ketua bahagian dalam negeri Kedah menyebabkan dia melompat kegirangan mahu bertanding.

Walaupun dia anak mantan Perdana Menteri, Tun M yang terkenal dengan kehandalan dalam dunia politik tapi Mukhriz ni belumlah sampai ke tahap itu. Mungkin ini percaturan politik yang dirancang oleh Tun M yang mahu melihat anaknya menjadi PM.

Seperti tajuk yang dinyatakan di atas kenapa dengan tindakan Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden UMNO bakal menguburkan karier politik beliau yang baru setahun jagung mengetuai negeri yang pernah jatuh ke tangan pembangkang. Ada banyak sebab kenapa ia bakal berlaku cuma yang mahu dihuraikan di sini hanyalah sebahagian dahulu. Yang selebihnya bakal kita kongsikan di masa akan datang.

Antara sebab kesilapan tindakan dia nia bila bertanding ialah beliau baru memegang jawatan Menteri Besar Kedah, sebuah negeri yang berjaya dirampas dari pembangkang Pas. Sudah pasti banyak perkara yang mahu diperbetulkan kembali untuk mengambil hati rakyat Kedah.


Apa yg akan berlaku jika dia menang jawatan tu nanti. Sudah tentu dia terpaksa membahagikan masa antara kerja dan tugas di negeri dengan pusat. Sudah tentu masa pun terpaksa di bahagi dua seperti terpaksa hadir ke pusat untuk menghadiri mesyuarat pengurusan. Sedangkan masa tersebut lebih elok dia gunakan untuk kerja-kerja di negeri sahaja. Lebihkan tumpuan pada Kedah sahaja dengan menguatkan bahagian serta rakyat kedah diberi perhatian.

Sebenarnya ada beberapa faktor lagi yang akan menyebabkan karier politik Mukhriz ni bakal terkubur kesan dari tindakan dangkal MB Kedah ni dan kita akan kongsikan di lain masa. Buat masa ini cukuplah yang ini saja dulu.


p/s : lepas ni sapa plak melompat kijang.... 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.





7 comments:

  1. Dalam ratusan blog.. blog ni yang tegur.. tahniah la Kulaan, kerana berani.. berani apa? #BeraniBerubah jangan lupa #MM4VP he he he..

    ReplyDelete
  2. Assalam Bro

    Takanlah setakat masuk bertanding semua orang dah sediakan kubur sendiri... kalau macam tu bila masanya UMNO ni berubah... Kita asyik bercakap tentang integritilah... menang kerana rasuahlah dan sebagainya... Tapi pemimpin yang korup juga yang kita pilih... yang dah sampai hujung senja juga yang kita pilih... yang tabur duit merata juga yang kita sanjung... yang tak ada telur dan tnuduk dengan bangsa pendatang juga yang kita kekalkan... Kalau macam tu UMNO tak payah adakan pemilihanlah... senang semua bole pegang jawatan samapi mati... Sebenarnya semua yang bertanding ni tak tahu untung nasib mereka... sama ada batu yang akan tengelam atau sabut yang akan timbul... Tapi satu aje... menang kalah dalam pertandingan semuanya dengan IZIN ALLAH swt... kena ingat tu semua ada Hikmah dan nikmatnya....

    ReplyDelete
  3. umno tak akan berubah kalau pemimpin sama yg pegang. demokrasi.sesiapa pun boleh bertanding. lebih baik mukhriz dr menteri amaran.

    ReplyDelete
  4. tindakan mukhriz bertanding naib presiden umno akan memberikan lebih banyak pilihan kepada perwakilan..rekod cemerlang beliau semasa pru 13 akan menjadi taruhan pada pau nanti...desakan dan sokongan akar umni untuk mukhriz agak besar dan tindakan beliau menawarkan diri telah pun mengembirakan mereka...

    ReplyDelete
  5. Biar la... Dia menang bagus.... Dia Kalah apa masaalah kita? pejuang mesti berani ambik risiko,

    ReplyDelete
  6. Ada kebenaran nya juga. Cari experience jadi MB dulu,

    ReplyDelete
  7. ramalan cuaca belum tentu lagi hujan?,betul tak.lihat bang nuar kita satu langkah lagi dak ok,tetapi atas kebesaraan Allah SWT maka kencundang bang nuar.serah saja atas kententuan Allah SWT jangan main kotor sudahlah.

    ReplyDelete