Friday, 20 September 2013

Mukhriz Bakal Menguburkan Karier Politiknya Dengan Bertanding Naib Presiden??? #MM4VP


Baru-baru ni dunia pemilihan UMNO dikejutkan dengan tindakan Menteri Besar Kedah yang baru dilantik Mukhriz Mahathir mengumumkan hasratnya mahu bertanding jawatan Naib Presiden UMNO yang bakal dilihat bertanding enam penjuru.

Hasrat Mukhriz mahu bertanding kononnya atas desakan akar umbi terutama dari Negeri Jelapang Padi, Kedah. Mungkin kerana naik "sheikh" bila dijolok oleh ketua-ketua bahagian dalam negeri Kedah menyebabkan dia melompat kegirangan mahu bertanding.

Walaupun dia anak mantan Perdana Menteri, Tun M yang terkenal dengan kehandalan dalam dunia politik tapi Mukhriz ni belumlah sampai ke tahap itu. Mungkin ini percaturan politik yang dirancang oleh Tun M yang mahu melihat anaknya menjadi PM.

Seperti tajuk yang dinyatakan di atas kenapa dengan tindakan Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden UMNO bakal menguburkan karier politik beliau yang baru setahun jagung mengetuai negeri yang pernah jatuh ke tangan pembangkang. Ada banyak sebab kenapa ia bakal berlaku cuma yang mahu dihuraikan di sini hanyalah sebahagian dahulu. Yang selebihnya bakal kita kongsikan di masa akan datang.

Antara sebab kesilapan tindakan dia nia bila bertanding ialah beliau baru memegang jawatan Menteri Besar Kedah, sebuah negeri yang berjaya dirampas dari pembangkang Pas. Sudah pasti banyak perkara yang mahu diperbetulkan kembali untuk mengambil hati rakyat Kedah.

Apa yg akan berlaku jika dia menang jawatan tu nanti. Sudah tentu dia terpaksa membahagikan masa antara kerja dan tugas di negeri dengan pusat. Sudah tentu masa pun terpaksa di bahagi dua seperti terpaksa hadir ke pusat untuk menghadiri mesyuarat pengurusan. Sedangkan masa tersebut lebih elok dia gunakan untuk kerja-kerja di negeri sahaja. Lebihkan tumpuan pada Kedah sahaja dengan menguatkan bahagian serta rakyat kedah diberi perhatian.

Sebenarnya ada beberapa faktor lagi yang akan menyebabkan karier politik Mukhriz ni bakal terkubur kesan dari tindakan dangkal MB Kedah ni dan kita akan kongsikan di lain masa. Buat masa ini cukuplah yang ini saja dulu.

p/s : lepas ni sapa plak melompat kijang.... 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.





4 comments:

  1. Kami tau la. Lu hantu Khairy. Lu ingat kami tak tau apa KJ buat masa Mukhriz lawan Parlimen Jerlun dulu. Sudahlah. Dalam pemilihan KP UMNO dulu pun kami tau sapa sebenarnya menang. Tok sah dok jual auta la. Lawan la cara elok dan ikut trek rekod. Tok sah guna cara kotoq macam kat Jerlun tu. Allah maha kuasa. Kalau dia mau sapa menang, manusia tu akan menang walaupun hampa guna cara kotoq.

    ReplyDelete
  2. Kita bercakap mengenai perubahan dalam UMNO..dah kalau MM nak bertanding hang kata akan kalah, perubahan pebendanya..tang KJ hang tak tibai pulak..be fair lah man..dah MM nak masuk bertanding, open gelanggang lah..sapa kalah sapa menang belum tau..

    ReplyDelete
  3. kulaan harus profesional dan tidak bias..dakwaan bahawa kulaan adalah penyokong kuat khairy harus dijawap..jikalau benar, saya berharap anda hentikan kritikan terbuka terhadap mukhriz..

    ReplyDelete
  4. haha sebab tak masuk akal..nyesal aku baca

    ReplyDelete