Anggota Jawatankuasa Unit Pidato Pemuda Umno Pusat Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad hari ini menyuarakan hasrat bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pusat pada pemilihan parti Oktober ini.
Ahmad Mukhriz, 34, yang juga bekas Ketua Pemuda Umno cawangan Pekan berkata beliau menawarkan diri bertanding bagi membolehkannya bergerak lebih aktif dalam pergerakan Pemuda Umno bagi membela bangsa Melayu dan agama Islam.
"Saya juga akan (berusaha) membawa suara orang muda ke atas agar pemimpin kita dapat dengar luahan hati mereka, sekali gus mengambil tindakan yang sewajarnya," kata anak kelahiran Pekan itu.
Beliau yang sudah lapan tahun bergelar anggota Umno berharap penglibatannya di peringkat pusat nanti sedikit sebanyak dapat membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalankan tugasnya sebagai Anggota Parlimen Pekan.
Sementara itu, Setiausaha Umno Bahagian Pekan Datuk Zainal Abidin Pa' Wan yakin dengan kewibawaan Ahmad Mukhriz untuk dipilih kelak berdasarkan pengalaman luas dan semangat perjuangan tinggi pada dirinya. - Bernama
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment