Friday, 27 September 2013

Isu Pengguguran Nama @tunfaisal Bertanding MT Tenggelamkan Kempen Calon Lain??? @NajibRazak #TF4MT


Sehari dua ni kecoh di semua sudut media sosial isu pengguguran nama Exco Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO dari senarai yang layak bertanding bagi jawatan Majlis Tertinggi pada pemilihan yang akan datang.

Di twitter, facebook dan blog termasuk di instagram hebat isu ini diperdebat dan diperbincangkan. Masing-masing mengeluarkan dan memberi pendapat serta pandangan menyokong atau mengkritik sama ada beliau layak atau tidak layak bertanding sehingga ada yang sampai tahap macam dia pulak yang mengubal perlembagaan UMNO. Malah ada yang tak pernah pun membaca perlembagaan UMNO dan lebih teruk lagi bukan ahli UMNO pun berdebat mengalahkan peguam, dah macam loyar buruk jer.

Bukan sekadar di media sosial, isu ini juga telah berjangkit ke media arus perdana seperti radio dan stesen tv yang memberikan liputan yang agak meluas.

Namun sedar atau tidak sedar isu ini sedikit sebanyak telah menenggelami kempen promosi calon-calon lain yang juga menggunakan media sosial untuk berkempen sekalipun ada yang mengatakan secara tiba-tiba kempen calon melalui media sosial lesu akibat penguatkuasaan kod etika berkempen.

Secara tiba-tiba poster, gambar dan story tentang calon sama ada yang mempromosikan calon atau menghentam calon lain terus senyap sunyi. Penyebaran poster calon menjadi berkurangan di blog, facebook dan twitter. Kesian kepada calon yang bertanding jika perkara ini berterusan apabila kemeriahan berkempen ditarik balik.

Adalah diharapkan agar isu pengguguran Tun Faisal dari menjadi calon MT segera diselesaikan oleh pihak berkaitan agar tidak mengganggu kerancakan berkempen calon lain. Semua sedia maklum bahawa tuan punya diri pun tidak mahu perkara ini berlaku. Semoga apa yang berlaku boleh dijadikan iktibar dan pengajaran buat panduan kepada orang lain di masa hadapan.

p/s : mungkin no 60 adalah nombor keramat yang bakal membawa tuah kepada Tun Faisal atas apa yang berlaku bak kata pepatah "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak di nombor"

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment