Saturday, 13 April 2013

Gempar!!! Chua Soi Lek Video Malap Pun Mengaku, Ustaz Kaki Kencing Tuding Jari???...


Semasa video seks Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek timbul, beliau cukup gentleman dengan mengaku itu dirinya.

Beliau tidak langsung menipu saiz perut, warna video, saiz seluar dalam atau apa-apa alasan yang tidak masuk akal.

Seorang yang bukan Islam seperti itu memperlihatkan sikap berani kerana benar… walaupun ia melibatkan satu perilaku yang tidak elok.

Namun, yang paling best sekarang… yang beragama Islam dan mengaku kawan baik ulamak…. Chinadoll main…mahasiswa main… semua yang jambu main… video macam-macam warna, macam-macam suasana dan segala bukti saintifik dah keluar… tak mahu mengaku.

Lagi best, yang duduk dalam parti Islam… duduk berdamping dengan orang-orang tua yang macam alim (macam alim… akan diterangkan di bawah nanti…)… tak mahu mengaku.

Panas!!! Penyokong Husam Mula Cari Gaduh Dengan Penduduk Putrajaya????... @TengkuAdnanReal @TanSriAseh @AliHamsa55


Macam yang KN jangkakan Putrajaya bakal berlakunya pertumpahan darah antara penyokong tegar BN yang memang merupakan kubu kuat BN dengan penyokong totok membuta-tuli Pas. Semua ini mula berlaku bila saja Pakatan Rakyat mencalonkanHusam bertanding di Putrajaya.

Malam tadi sekumpulan 30 cai-cai Pas menyerang markas BN di Putra Harmoni dengan alasan kononnya bendera mereka dicabut petugas BN. Cai-cai Pas mula membuat bising dan mengganggu ketenteraman awam penduduk setempat disamping melanggar peraturan lalulintas.

Bila diminta menunjukkan bukti terdiam pula. Dah takda bukti nak bagi kata petugas BN yang cabut bendera mereka. Itulah stail cai-cai PR tuduh orang macam-macam tapi bukti takda.

Beberapa orang geng huru-hara ini dikesan adalah penduduk Putrajaya sendiri yang bekerja di Audit Negara dan Mahkamah Putrajaya disamping orang luar yang dikenal pasti penyokong Pas dari kawasan berhampiran Putrajaya.

Lagi cerita penuh boleh KLIK SINI

“Hujah Kita Gagal Bunuh Manifesto BN”???...


Setakat yang KN lihat di media-media sosial, blog dan sebagainya, tidak banyak atau tidak ada hujah dari Pakatan Rakyat yang membincangkan tentang Manifesto BN, melainkan dakwaan bahawa Manifesto itu meniru Manifesto yang dikeluarkan Pakatan Rakyat dengan lebih awal.

Rafizi Ramli sendiri selaku orang yang bertanggungjawab menyediakan manifesto tersebut ketika dalam sidang media semalam, tidak pula menjelaskan bagaimana Manifesto BN itu perlu ditolak oleh rakyat. Yang disebut hanyalah dakwaan bahawa 14% sahaja dari manifesto BN yang tulen, sementara bakinya diceduk bulat-bulat dari Manifesto Pakatan Rakyat.

Mungkinkah sebab terlalu banyak persamaan maka itu tidak ada perbincangan langsung mengenainya?

Tapi yang KN lihat hanya 3 sahaja persamaan yang selalu diketengahkan, berbanding 150 perkara (maklumat dari Internet) yang dibentangkan Najib semasa pelancaran Manifesto tersebut pada Sabtu lepas iaitu penurunan harga kereta, pembinaan lebuhraya Pan Borneo Sabah & Sarawak serta permit teksi individu.

Mana baki yang lain?

Friday, 12 April 2013

Puaka Niring : Maut Tersusuk Buluh Bendera Parti Bertanding PRU13???...


ROMPIN – Belum pun sempat melelapkan mata, Nor Fatihah Abdul Khalid, 25, tergamam apabila melihat suaminya yang baru pulang berlumuran darah selepas dikatakan tertusuk buluh bendera parti politik sebaik saja tiba di rumahnya di Kampung Salang, Pulau Tioman, awal pagi, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa, Sofian Iskandar Suharto, 27, dikatakan tertusuk buluh bendera di bahagian leher sewaktu menunggang motosikal untuk pulang ke rumah selepas memeriksa botnya di Jeti Kampung Salang.

Bagaimanapun, Sofian Iskandar yang mengalami pendarahan teruk di bahagian leher terpaksa dikejarkan ke Hospital Mersing menaiki bot ambulans dan disahkan meninggal dunia di hospital itu pada jam 1.40 tengah hari.

Nor Fatihah berkata, sebaik saja suaminya itu sampai di rumah, dia terkejut apabila pakaian Sofian berlumuran darah sambil kedua-dua tangannya menutupi leher akibat kesakitan dialami.

Bayangkan Kalau Ada Video Mirip Najib Dengan Altantuya… @NajibRazak


Bila-bila sahaja muncul klip perlakuan sumbang pemimpin pembangkang, jalan mudah untuk menyelamatkan diri di kalangan mereka dan menyakinkan kembali kepercayaan masyarakat adalah dengan menuduh UMNO serta Barisan Nasional (BN) sebagai dalang.

Kononnya, UMNO dan BN yang akan mendapat faedah dengan penyebaran klip berkenaan.

Dan, ia akan disusuli dengan dakwaan bagi tujuan mendapatkan faedah itu, video berkenaan sebenarnya adalah rekaan dan superimpose.

Bagi memperkukuhkan lagi penafian, maka ayat Al-Qur'an dan hadis akan mula digunakan.

Dan penamat kepada usaha penafian itu… keluarlah ayat-ayat standard seperti …. UMNOporna takda kerja, bukak aib orang, tunggulah balasan… ini semua fitnah… yang menyokong kerajaan akan dilabel pula pencacai dan sebagainya untuk merendahkan kredibiliti penyokong berkenaan.

Gambar!!! : Beribu Penduduk Putrajaya Hadir Ke Ceramah Husam Di Putrajaya???... @NajibRazak @TengkuAdnanreal


Malam tadi bertempat di rumah Datuk Salleh, No 19, Jalan P18H1/6, Presint 18, Putrajaya telah berlangsung ceramah Husam yang pertama dan Pelancaran Gerakerja Pas di P125 Putrajaya dengan dihadiri hanya sekitar 100 org sahaja yang kebanyakkannya jentera import dari luar Putrajaya.

Ini sebahagian daripada gambar yang menunjukkan tidak ramai penduduk Putrajaya hadir ke majlis anjuran Husam seterus memperlihatkan penolakkan penduduk terhadap calon pilihan Pas ini walaupun berjawatan tinggi dalam parti.

p/s : kalo Nik Aziz bertanding kat Putrajaya pun confirm bungkus...

Thursday, 11 April 2013

Puaka Niring : Misteri Belut Dalam Perut Cari Jalan Keluar...


Guangdong – Seorang penagih porno yang menyumbatkan seekor belut ke dalam duburnya terpaksa menjalani pembedahan sepanjang malam selepas binatang itu tersekat.

Lelaki dari selatan China itu melakukan perbuatan ganjil itu untuk meniru babak dalam satu filem porno.

Bagaimanapun, lelaki yang belum berkahwin itu terpaksa bergegas ke hospital di wilayah Guangdong dan memberitahu petugas perubatan: "Tolong saya, tolong saya. Belut itu bergerak di dalam tubuh saya." Pakar bedah akhirnya berjaya mengeluarkan belut lumpur Asia sepanjang satu setengah meter dan berat lebih setengah kilo pada awal pagi semalam selepas menjalankan pembedahan.

"Belut itu hanya cuba mencari jalan keluar. Ia masih hidup ketika kami keluarkannya tetapi mati tidak lama selepas itu.

"Lelaki itu bertindak bodoh dan dia bernasib baik kerana tindakannya itu boleh menyebabkan dia cedera parah. Belut mempunyai gigi kecil tetapi tajam," kata anggota pasukan perubatan itu.

"Kami tahu apa yang berlaku dan lelaki berusia 39 tahun itu akan disoalsiasat berkait dengan kes kekejaman terhadap haiwan," kata jurucakap polis.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas Nak Lawan PKR Di Pulau Pinang, Apa Sudah Jadi Dengan Pakatan Rakyat?


APABILA Mynewshub.my mendedahkan betapa 'peritnya' senario yang berlaku dalam Pakatan Rakyat dalam isu pembahagian kerusi, ramai yang menganggap ia cuma satu propaganda murahan.

Namun bak kata pepatah Melayu, tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata!

Betul, isu pembahagian kerusi merupakan satu masalah besar yang menghantui mana-mana parti komponen tak terkecuali Barisan Nasional (BN).

Namun cantiknya BN ialah mereka mampu bersatu hati dan menyelesaikan masalah tersebut dengan penuh 'tertib dan bergaya' sekali tanpa perlu masing-masing menjunjung ego yang keterlaluan.

Benar, ada orang UMNO marah bila kawasan putih mereka diberi pada MCA dan sebaliknya sebagai contoh.

Namun di akhirnya, semua akan menyokong dan bekerja untuk wakil yang telah dipilih oleh pucuk pimpinan tanpa perlu meroyan tak tentu pasal.

Ini berbeza dengan Pakatan Rakyat.

Pakar Feng Shui Kata BN Rampas Semula Selangor & Kedah, Ramalan Yang Bakal Menitiskan Airmata PR???...


Seorang pakar Feng Shui meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di peringkat kerajaan pusat serta merampas semula Selangor dan Kedah.

David Koh, 67, turut meramalkan BN akan meraih lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang berbanding semasa pilihan raya umum lepas.

Bagaimanapun, BN dijangka menghadapi persaingan sengit di Negeri Sembilan dan Perlis.

Sebelum ini, Koh pernah memberitahu Bernama TV beliau meramalkan pengundian PRU13 akan jatuh pada 5 Mei depan dan nyata tekaan beliau tepat apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh tersebut.

Mesti Baca!!! Lim Guan Eng Hina 28 Juta Rakyat Malaysia Termasuk Orang Melayu???...


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng seolah-olah memandang rendah terhadap status kehidupan rakyat Malaysia apabila menyifatkan mereka sebagai rakyat ekonomi kelas ketiga.

Meskipun kenyataan pemimpin DAP itu merujuk kepada kesan akibat gejala rasuah yang berlaku, tetapi kenyataan berbaur penghinaan itu sudah cukup mengambarkan pemikiran singkat Guan Eng dalam merumuskan sesuatu isu.

Ia apabila Guan Eng dalam satu kenyataan media mendakwa gejala rasuah telah mengubah 28 juta rakyat Malaysia pada hari ini menjadi rakyat ekonomi kelas ketiga.

"Orang Melayu menjadi warga ekonomi kelas ketiga berikutan skandal saham bumiputera. Orang Cina menjadi warga ekonomi kelas ketiga skandal Port Klang Free Trade Zone (PKFZ).

"Orang India pula menjadi warga ekonomi kelas ketiga dengan keadaan skandal Maika," dakwanya.

Guan Eng turut menghina penyokong dan pengikut Barisan Nasional (BN) apabila mendakwa mereka rakyat ekonomi kelas kedua di bawah rakyat ekonomi kelas pertama iaitu pemimpin BN.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 10 April 2013

Puaka Niring : Subhanallah... Jambatan Hidup Di India...



In "The Land of Clouds" of India, Meghalaya, is the land of living bridges. People here find Ingenious natural solutions for fighting the forces of Nature.

JAMBATAN HIDUP DI MEGHALAYA INDIA? | Inilah Jambatan hidup yang menakjubkan di Meghalaya, Utara India. Pembinaan jambatan ini diberi pengiktirafan dunia sebagai jambatan yang hidup.

Bagaimana cara untuk membinanya?
Berapa lama jambatan ini dapat bertahan?
Dan siapa yang bertanggungjawab untuk menguasai ilmu membina jambatan ini?

Sketsa : Nama DUN Yang Pelik-pelik Kat Malaysia Nie!!!...


DUN yg paling sejuk : DUN Batu Berendam

DUN yg paling tak de rasa : DUN Air Tawar

DUN yg paling panas : DUN Pedas

DUN yg paling miskin : DUN Sekupang

DUN yg paling muda : DUN Sri Muda

Terkini!!! : Teka Teki Sapa Calon BN Untuk PRU13 Akhirnya Terjawab Hari Ini???... @NajibRazak


Tengahari ini bertempat di Dewan Merdeka PWTC, teka-teki yang sekian lama menyelubungi dunia politik akhirnya akan terjawab bila mana PM sampai sebentar lagi.

Seiring dengan mesyuarat SPR hari ini yang akan menentukan tarikh Penamaan Calon dan tarikh Mengundi, PM juga bakal mengumumkan senarai calon-calon BN diperingkat Parlimen untuk PRU13. Seluruh wakil dalam komponen BN termasuk wakil-wakil rakyat sedia ada juga kelihatan mundar-mandir di sekitar PWTC. Masing-masing kelihatan resah memikirkan sama ada masih dikekalkan sebagai calon atau bakal digantikan dengan muka baru.

Pemimpin-pemimpin parti komponen BN kelihatan bersama penyokong masing-masing kelihatan ke hulu ke hilir mungkin resah menantikan pengumuman PM yang masih belum tiba.

Siapa yang terpilih menjadi calon masing belum diketahui kerana hanya Allah dan PM saja mengetahuinya. Kepada calon-calon yang berjaya menjadi pilihan PM untuk bertanding atas tiket BN, berusahalah dengan bersungguh-sungguh mengambil hati pengundi dan rakyat menyokong kerajaan.

Kepada yang tidak tersenarai walaupun jika sebelum ini sudah ada ura-ura bakal menjadi calon, bantulah calon yang terpilih sebagaimana anda dibantu ketika menjadi calon dulu. Janganlah ada rasa kecewa lantas menimbulkan rasa dengki hingga membawa kepada pengkhianatan dan sabotaj kepada calon. Masa dan peluang anda telah diberikan selama sepenggal. Muhasabah diri kenapa tidak lagi menjadi calon.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Terkini!!! Penamaan Calon 20 April / Pengundian 5 Mei???


HARI ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bersidang bagi menentukan tarikh penamaan calon, tempoh berkempen dan hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Daripada maklumat dan pengiraan yang diterima, penamaan calon dijangka akan dibuat pada hari Sabtu, 20 April.

Ia akan diikuti dengan tempoh berkempen selama 15 hari.

Jika ramalan itu tepat, maka PRU-13 dijangka akan berlangsung hari Ahad, 5 Mei.

Jangkaan tarikh di atas hanya ramalan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan berkata, pengundian tidak semestinya akan diadakan pada hari cuti hujung minggu seperti kelaziman.

Kata beliau, ia boleh diadakan pada hari berkerja.

Antara faktor yang menurutnya akan dipertimbangkan oleh SPR ialah tarikh pengundian adalah pada hari yang tidak ada aktiviti kebudayaan atau upacara keagamaan mana-mana kaum.

Faktor cuaca juga akan diberikan perhatian kata beliau.

PRU-13 katanya akan mempunyai 35 pemerhati dari lima negara anggota Asean iaitu Kemboja, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Thailand.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 9 April 2013

Puaka Niring : Mayat Berulat, Isi Daging Terlerai Pengganas Sulu...


Bau busuk dan keadaan mayat yang berulat dengan isi daging yang sudah terlerai menjadi cabaran utama sepasukan unit forensik ketika menggali tiga kubur mengandungi mayat pengganas dipercayai ditanam rakan mereka selepas bertempur dengan pasukan keselamatan ketika Op Daulat di Kampung Tanduo, awal bulan lalu.

Selepas hampir lima jam menggali, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah itu akhirnya berjaya mengeluarkan semua 15 mayat berulat termasuk satu mayat dipercayai pengganas wanita sebelum dihantar ke Hospital Besar Lahad Datu untuk proses bedah siasat.


Difahamkan, kerja menggali 'pusara' pengganas itu bermula seawal jam 1 tengah hari diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Senior Asisten Komisioner Omar Mammah dan dibantu penduduk tempatan.

Haram Sokong Dan Undi Pembangkang Masa PRU13...


GURUN – Golongan ulama pondok hari ini membuat satu deklarasi bahawa mengundi Pas dan PKR yang menentang Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini adalah haram di sisi Islam.

Pas dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama.

Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka.

"Ini adalah agenda dan strategi Yahudi untuk menghancurkan Islam paling besar berlaku dalam sejarah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/ Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang berakhir di sini.

Gempak!!! Bila Abby Kena Tibai Balik – Tak Dapet Den Nak Nolong Eh!!!... @Abby_Abadi112



Kelakar bila tengok Abby Abadi mengutuk orang lain bercakap tanpa fakta.

Abby… selama ni kau cakap guna otak sangat ke?

Dalam satu kenyataan di akaun twitter milik artis berkenaan, dia sudah belasah Suhaimi Baba (lihat gambar di atas).

Hasilnya, ramai yang belasah Abby balik sebab yang kita tahu, Abby yang selama ini selalu main lepas cakap aje, tetiba hendak tegur orang lain.

Sudah la Abby…. Awak pun cakap tak pakai otak ngan fakta... Cakap main sedap mulut jer...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 8 April 2013

Panas!!! Skirt Panjang Di Belakang, Pendek Di Depan… Rozita Dikritik Peminatnya...



Sejak kebelakangan ini, penampilan pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta semakin menjadi-jadi seksinya.

Sebelum ini penampilannya yang mengenakan skirt pendek yang dimuat naik oleh kekasihnya, Zain Saidin di akaun Instagramnya mendapat kritikan hebat peminat malah cara pemakaiannya itu turut menerima teguran daripada Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, Dr Harlina Halizah Siraj.

Kali ini Che Ta tampil lebih berani mengayakan gaun pink yang singkat di bahagian depan dan meleret di belakang ketika bergandingan dengan penyampai trofi Shah Iskandar di ABPBH.

Penampilannya itu turut menjadi bualan ramai apabila dia dikatakan tidak peka dengan sensitiviti masyarakat Islam serta pakaian yang dikenakannya itu tidak sesuai dengan dirinya yang hampir mencecah usia 40-an.

Mungkin Che Ta boleh muhasabah diri dan terima serba sedikit nasihat yang diberikan kepadanya supaya imejnya tidak lagi menjadi bualan hangat industri hiburan tempatan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gempar!!! PR Bengang Dengan Akur Janji BN???... #manifestoBN #PRU13


Selepas manifesto Pakatan Rakyat (PR) gagal menyentuh jiwa dan perasaan rakyat, maka untuk survival politik pada pilihan raya umum kali ini, terpaksalah serangan ditujukan kepada Aku Janji yang dibuat Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakikatnya, kedua-dua pihak mahu undi rakyat melalui manifesto, jadi sudah tentu ada skop atau bidang serta perkara yang sama antara kedua-dua pihak.

Rumah sebagai contohnya, salah satu keperluan asas, sesiapa yang boleh manjanjikan yang terbaik untuk memilikinya sudah pasti akan dipilih rakyat. Kedua pihak menyedari hakikat itu.

Sunday, 7 April 2013

Puaka Niring : Baju Pengganas Sulu Berlubang Kesan Tembakan, Tapi Tiada Darah???...


Dakwaan ramai pihak yang mengatakan pengganas Kiram mengamalkan ilmu kebal ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara mungkin tidak boleh dipercayai kerana merasakan ia mustahil berlaku.

Kemungkinan besar dalam kalangan kita juga tidak mempercayainya kerana tidak melihat sendiri di hadapan mata dan juga menganggap ia perbuatan syirik.

Tetapi itulah yang terjadi dan diceritakan sendiri oleh beberapa anggota polis dan tentera yang terlibat dalam Op Daulat.

Ramai antara mereka berkata, pengganas Kiram masih boleh melarikan diri walaupun ratusan peluru mengenai badan mereka sehingga pakaian tertanggal dan tubuh berasap.

Namun, kekebalan pengganas Kiram sedikit pun tidak menggentarkan pasukan keselamatan negara, malah ia memberi semangat yang lebih untuk menghapuskan musuh ini dari bumi Sabah.

"Kami berperang dengan syaitan. Seperti filem zombie, kami mesti tembak di kepala barulah pengganas ini rebah," mengaku salah seorang anggota polis.

Mesti Baca!!! : Intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) AkurJanji...


Berikut intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam Sabtu.

Manifesto bertajuk 'Menepati Janji Membawa Harapan' itu, mengandungi janjiBN untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi sekiranya diberikan mandat baharu dalam pilihan raya umum ke-13 nanti:

1. Menangani Kos Sara Hidup :

* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan.
* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150.
* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.
* Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia.
* Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar.
* Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk.
* Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibubapa bekerja.
* Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus dengan jaminan bandwidth internet.
* Melaksanakan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas.
* Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta.



2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar :


* Menstruktur semula kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar.
* Menambah perwakilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan.
* Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar.
* Mengambil alih penyelenggaraan prasarana perumahan awam.
* Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja.
* Membina kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar.
* Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan.
* Menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan.
* Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan.


3. Menyediakan Rumah Mampu Milik:


* Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik - digerakkan oleh sektor awam dan swasta - termasuk 500,000 buah rumah PR1MA.
* Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran.
* Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk projek perumahan kerajaan.
* Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah.
* Mengambil alih penyelenggaraan semua Projek Perumahan Awam.
* Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka.
* Menggantikan kawasan setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa.
* Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet melalui perkongsian kerajaan-estet.
* Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000.