Saturday, 19 October 2013

Keputusan Terkini Naib Presiden UMNO Hingga Jam 11.00 Malam!!!


Breaking news... Keputusan untuk Naib Presiden selepas 179 Bahagian :

Zahid Hamidi 178 bahagian
Shafie Apdal 163 bahagian
Hishamuddin Hussein 95 bahagian
Mukhriz Mahathir 88 bahagian
Isa Samad 6 bahagian
Ali Rustam 7 bahagian

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Keputusan Terkini Naib Presiden UMNO Hingga Jam 10.00 Malam!!!


Breaking news... Keputusan untuk Naib Presiden selepas 154 Bahagian :

Zahid Hamidi 153 bahagian
Shafie Apdal 142 bahagian
Hishamuddin Hussein 84 bahagian
Mukhriz Mahathir 69 bahagian
Isa Samad 8 bahagian
Ali Rustam 7 bahagian

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Keputusan Terkini Naib Presiden UMNO!!!


Keputusan tak rasmi VP setakat 7.30 mlm...

1. Zahid Hamidi - 117 bahagian
2. Shafie Afdal - 106 bahagian
3. Hishammuddin - 65 bahagian
4. Mukhriz - 53 bahagian
5. Ali Rustam - 7 bahagian
6. Isa Samad - 7 bahagian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 17 October 2013

Puaka Niring : Mumia 300 Tahun Bertukar Jadi Hitam Dan Busuk!!!


CHINA – Pakar sejarah di China terkejut selepas mendapati mumia berusia 300 tahun, telah bertukar menjadi hitam dan mengeluarkan bau busuk selepas hanya beberapa jam kerandanya dibuka.

Mumia berkenaan dipercayai seorang pegawai kanan era dinasti Qing.

Susulan itu, mumia tersebut telah dibawa ke universiti tempatan bagi kajian untuk mengenalpasti punca ia bertukar menjadi hitam.

Ia ditemui pada 10 Oktober lalu di sebuah tapak pembinaan dan tertanam kira-kira dua meter dalam tanah di wilayah Henan.

Menurut pakar sejarah, Prof. Dong Hsiung, apa yang menakjubkan ialah bagaimana mumia itu terpelihara selama beratus tahun, namun berubah keadaan selepas kerandanya dibuka.

Beliau bagaimanapun percaya kemungkinan keluarga mumia itu menggunakan bahan khas untuk memelihara mayat berkenaan dan apabila keranda dibuka, maka proses detoks pun bermula.

"Kita kini berusaha keras untuk menyelamatkan mumia itu,'' katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 16 October 2013

Gempar!!! Calon MT Kedah Tak Masuk Cai Negeri Kedah??? @NajibRazak @MukhrizMahathir


Gua baru terbaca keluhan anak jati Kedah yang melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan segelintir "broker cari makan" di negeri Kedah yang telah mula mengedarkan senarai cai calon MT di beberapa Bahagian dalam negeri Kedah.

Apa yang membuatkan sahabat blogger gua ialah terkilan ialah dalam cai yang disebarkan di dalam Bahagian negeri Kedah tidak ada nama calon dari anak negeri Kedah iaitu Datuk Azeez. Untuk kita mengetahui apa cerita sebenarnya eloklah pembaca klik kat link ini :

PENDEDAHAN EKSKLUSIF !!! SEBARAN CAI INI BOLEH MEMBUNUH UMNO !!! KEADILAN HARUS DI TEGAK !!!


"Apj terkejut apabila mendapat satu cai Pemilihan Umno untuk Majlis Tertinggi baru-baru ini daripada satu bahagian bernama  'P' .. Cai ini telah disebarkan kepada cawangan-cawangan di kawasan tersebut juga di katakan telah di berikan ke beberapa bahagian lain. 

Kalau kita baca cai di atas ternyata ia telah di buat oleh broker-broker yang hanya mahu keuntungan semata-mata. Bayangkan dalam cai ini terdapat 6 calon untuk Johor dan ada  nama-nama dalam cai ini langsung tak membawa apa-apa perubahan kepada Umno. Di mana keadilan kepada calon-calon negeri lain !!! 

Apakah ini yang di mahukan oleh perwakilan-perwakilan UMNO ?? Ada dalam senarai ini langsung tidak membawa dasar-dasar Transformasi yang dilaungkan !! 

Di mana  orang yang boleh buat kerja seperti Datuk Azeez Rahim dari Baling dan yang lain-lain???"

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

‘Wajah Baru’ Anwar Terus Curi Tumpuan???


Pagi Khamis ramai wartawan dan jurugambar standby di luar pintu utama Dewan Rakyat. Ini setelah tersebar khabar mengenai kemunculan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Masa sidang Dewan Rakyat selama lapan hari kali ini bermula pada 23 September kelibat Ketua Pembangkang itu tidak kelihatan sejak hari pertama lagi.

Beliau terbang ke luar negara termasuk berada di New York.

Khamis ialah hari akhir sidang Dewan Rakyat.

Apa yang menjadi 'berita' bukan sangat komenter Anwar pasal isu-isu semasa termasuk pindaan Akta Pencegahan Jenayah yang hangat dibahaskan dan diluluskan Rabu malam.

Fokus mereka tentulah pada wajahnya yang 'lain macam' sejak muncul di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 18 September.

Waktu itu mukanya kelihatan bengkak jauh berbeza dari biasa.

Kelainan itu mengundang pelbagai cakap-cakap termasuk kata Anwar sudah buat 'makeover' pada wajahnya agar kelihatan lebih muda.

Wajah Anwar semasa di Mahkamah Rayuan Putrajaya 18 September

Setelah dua minggu tentu ramai yang hendak tengok kalau-kalau wajah itu sudah kembali normal.

Namun jelas kesan pada perubahan wajahnya masih ada.

Ini yang menjadi bahan gosip hangat dikalangan mereka yang berada di Parlimen Khamis.

Apa yang sudah jadi pada wajahnya?

" Siapa tahu… mungkin dia nak nampak lebih bertenaga siap hadapi PRU14," bisik seorang wartawan secara berjenaka pada rakannya selepas sidang akhbar Anwar di lobi Parlimen.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[Video]: Kenapa Hudud Tidak Sesuai Dilaksanakan!!!





Syaikhona Syaikh Ali Goma'ah - Penjelasan mengapa di Zaman ini tidak dapat Laksanakan Hudud
(dan sedikit sedutan wawancara bersama Syaikh Yusuf Al-Qordhowi)

Lihat video di atas bagaimana di Mesir juga rakyat menuduh Hosni Mubarak dan pihak kerajaan ketika itu dengan menolak ISLAM atas alasan tidak melaksanakan Hudud. Siap bagi amaran kepada pihak Masyaikh Al-Azhar As-Syarif supaya bertanggungjawab di hadapan ALLOH akhirat kelak.Lalu Syaikh Ali Goma'ah menerangkan dengan penuh Ilmiah.

Dan anda perlu tahu bahawa Syaikh Ali Goma'ah dan pihak Masyaikh Al-Azhar dan Darul Ifta' Mesir sudah biasa di tuduh "Syaiton Bisu" "Mufti Mubarok" Al-Fadhihatul Munafiq" dan pelbagai lagi gelaran dan cemuhan yang di lempar terhadap para Masyaikh terutama Sayyidina Syaikh DR Ali Goma'ah apabila fatwa, penerangan dan pendapat yg di berikan tidak bertepatan dengan Nafsu puak-puak mereka. Suasana nya sama sahaja di Malaysia. ALLOHuakbar!!!!

Anda Tidak percaya???????!!!! Taip sahaja : " فضحة المنافق علي جمعة" di Youtube . mesti anda akan lihat puak-puak pelampau ini mengUplod video2 Jahat seperti ini :

Monday, 14 October 2013

Syukur!!! Keputusan #KalimahAllah Telah Diumumkan Mahkamah Putrajaya...



14/10 Court of Appeal rules that Catholic weekly The Herald cannot use the word Allah in its Malay edition/STAR

Mereka pihak Gereja masih berpeluang merayu dlm masa 14 hari, kita jangan mudah merasa selesa lg, ada usaha 52 NGO Kristian membawa usul kpd PBB di Geneva pd 24 Okt 2013

Sunday, 13 October 2013

Info Terkini!!! Shahrizat & KJ Kekal Jawatan, Mas Ermieyati Ketua Puteri

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar masing-masing mengekalkan jawatan Ketua Pergerakan Wanita dan Pemuda Umno susulan pemilihan sayap-sayap Umno yang berlangsung Sabtu.

Kemenangan mereka diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli Ghazali di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, pada 3.30 pagi Ahad.

Beliau turut mengisytiharkan Mas Ermieyati Samsudin sebagai Ketua Puteri Umno yang baharu.

Ketika pengumuman itu dibuat, Shahrizat telah memperoleh 100 undi, Khairy 97 undi dan Mas Ermieyati 96 undi, daripada 191 bahagian sayap masing-masing.

Shahrizat mengetepikan cabaran Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Suleiman Palestin manakala Khairy mengungguli saingan lima penjuru.

Khairy dicabar Syed Rosli Syed Harman, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali.

Mas Ermieyati pula menewaskan Jamilah Hanim Othman.

Mampukah Gabungan Pemuda Putrajaya Mengharungi 3 Tahun Mendatang??? @KhairyKJ


Hari ini perwakilan Pemuda Bahagian Putrajaya telah menunaikan kewajipan mereka dengan membuang undi bagi memilih Ahli Jawatankuasa peringkat Bahagian dan juga peringkat nasional.

Beberapa keputusan mungkin sudah diketahui terutama keputusan yang dinanti-nantikan iaitu keputusan siapakan yang menjadi Naib Ketua Pemuda Putrajaya kerana jawatan ini dipertandingkan antara 2 penjuru iaitu Nasru Syazwan dan Mohd Syarel yang melihatkan kemenangan berpihak kepada Nasru Syazwan.

Manakala jawatan Ketua Pemuda Putrajaya telah secara rasminya dimenangi oleh Ahmad Faisal atau Tom apabila tiada pertandingan berlaku walaupun pada awalnya ada desas-desus jawatan ini juga menarik minat seorang lagi pemuda Putrajaya berpangkat Datuk untuk mengisinya. Mungkin kerana kehebatan Tom ini membuatkan calon tersebut berfikir untuk tidak meneruskan hasratnya.

Persoalan di sini adakah gabungan ini boleh dikatakan mantap dan dapat bertahan serta mengharungi tempoh sepenggal sehingga pemilihan yang akan datang. Jawapan ini tergantung kepada keputusan yang mereka berdua lakukan sama ada diterima Pemuda Putrajaya atau sebaliknya.

Hanya masa sahaja yang akan menentukannya tetapi tempoh 7 hari yang getir bakal dilalui...

p/s : saja gua tak habiskan artikel nie sama ada mahu meyambungnya atau tamat di sini saja...

Apa pun tahniah buat Ketua Pemuda Putrajaya dan Naib Ketua Pemuda Putrajaya dari anak muda marhaen Putrajaya...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.