Pagi Khamis ramai wartawan dan jurugambar standby di luar pintu utama Dewan Rakyat. Ini setelah tersebar khabar mengenai kemunculan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Masa sidang Dewan Rakyat selama lapan hari kali ini bermula pada 23 September kelibat Ketua Pembangkang itu tidak kelihatan sejak hari pertama lagi.
Beliau terbang ke luar negara termasuk berada di New York.
Khamis ialah hari akhir sidang Dewan Rakyat.
Apa yang menjadi 'berita' bukan sangat komenter Anwar pasal isu-isu semasa termasuk pindaan Akta Pencegahan Jenayah yang hangat dibahaskan dan diluluskan Rabu malam.
Fokus mereka tentulah pada wajahnya yang 'lain macam' sejak muncul di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 18 September.
Waktu itu mukanya kelihatan bengkak jauh berbeza dari biasa.
Kelainan itu mengundang pelbagai cakap-cakap termasuk kata Anwar sudah buat 'makeover' pada wajahnya agar kelihatan lebih muda.
Wajah Anwar semasa di Mahkamah Rayuan Putrajaya 18 September
Setelah dua minggu tentu ramai yang hendak tengok kalau-kalau wajah itu sudah kembali normal.
Namun jelas kesan pada perubahan wajahnya masih ada.
Ini yang menjadi bahan gosip hangat dikalangan mereka yang berada di Parlimen Khamis.
Apa yang sudah jadi pada wajahnya?
" Siapa tahu… mungkin dia nak nampak lebih bertenaga siap hadapi PRU14," bisik seorang wartawan secara berjenaka pada rakannya selepas sidang akhbar Anwar di lobi Parlimen.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.