Figura yang berstatus 'pendakwah selebriti' di gelanggang pentas ceramah politik ini iaitu Abby Abadi diyakini terkenal dengan pandangan kritisnya.
Bahkan rakan-rakan artis yang pernah sama-sama berjuang didalam cabangnya yang sama suatu ketika dahulu tidak terlepas dari menerima tempelan lantangnya.
Ini termasuk satu lagi dakwaanya yang mengatakan pelakon yang bersentuhan bukan muhrim dan yang tidak menutup aurat adalah haram rezeki yang diperolehinya.
Ujar Abby "Bila kita tidak menutup aurat, bila kita bersentuhan secara sengaja dengan yang bukan mahram rezeki kita itu adalah haram. Haram rezeki kepada pelakon-pelakon yang berlakon tanpa mengikut syariat Islam itu sebenarnya.