Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 28 September 2013

Puaka Niring : Mayat Tinggal Rangka Dimakan Anjing Peliharaan


DI KENTUCKY, polis menemui rangka seorang wanita warga emas di kediamannya, dipercayai meninggal dunia selepas jatuh sakit dan mayatnya dimakan oleh anjing serigala peliharaannya.

Kehilangan Patricia Ritz, 67, dilaporkan oleh jirannya selepas hampir seminggu tidak melihat kelibatnya.

Wanita itu dilaporkan pernah memiliki beberapa rekod kesalahan menzalimi anjing peliharaannya bermula pada tahun 1986 hingga tahun 2003.

Salah satu kesnya ialah pada tahun 1999 apabila pihak berkuasa menemui 184 anjing di kediamannya dalam keadaan tidak terurus sekaligus menyebabkan 159 daripadanya terpaksa dibunuh kerana dijangkiti penyakit.

Bagaimanapun, Patricia dibenarkan memelihara baki anjing tersebut yang telah dirawat dan dikasi.

Kematian wanita itu menemukan lebih 50 ekor anjing dalam keadaan tidak terurus dan lapar di kediamannya di Fordsville di mana 27 daripadanya sudah ditempatkan di hospital veterinar di Owensboro.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Aaron Aziz Masuk Hospital, Leher Senget??? @AaronDwiAziz


KASIHAN pula mendengar nasib yang menimpa pelakon terkenal, Aaron Aziz.

Melalui laporan Berita Harian hari ini, beliau telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, kelmarin selepas mengadu sakit pada bahagian lehernya.

Aaron dilaporkan telah mengalami kesakitan sejak seminggu lalu, namun bertekad menahannya kerana mahu menyelesaikan penggambaran sebuah telefilem.

Menurut isterinya, Diyana, dia membawa pelakon itu ke hospital untuk menjalani pemeriksaan apabila kesakitan itu menular sehingga ke bahagian tangan dan menyebabkan jari sebelah kirinya menjadi kebas.

"Hasil pemeriksaan, Aaron didapati mengidap penyakit 'Cervical Facet Arthritis' pada bahagian leher menyebabkan ia senget sebelah serta tidak boleh banyak bergerak pada bahagian terbabit," jelas Diyana.

Gua doakan semoga Aaron cepat sembuh dan dapat memulakan aktiviti lakonannya seperti biasa.

Nasihat gua, walau sesibuk mana kita bekerja, kesihatan harus jadi perkara utama yang dititikberatkan dalam hidup.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 27 September 2013

Steady la!!! Wah Pak Man Makin ‘Glamour’ Sekarang…





Azman Mohd. Nayan atau Pak Man hanyalah seorang pengawal keselamatan biasa di Lapangan Terbang Subang Skypark, Subang, Selangor.

Namun sejak video kontroversi dia dimaki dan ditendang seorang isteri pemain bolasepak terkenal baru-baru ini, nampaknya 'graf' simpati orang ramai terhadapnya dari seluruh negara semakin meningkat.

Sebab itu tidak hairanlah, kelibatnya menjadi tumpuan setiap penumpang yang menggunakan lapangan terbang itu pada setiap hari.

Buktinya, setiap hari ada saja yang ingin bergambar dengan pengawal berusia 49 tahun ini.

Inilah yang dikatakan setiap yang berlaku pasti ada 'hikmahnya'.

Ternyata di muka bumi ini, wang atau gelaran saja bukan tidak mungkin dapat membeli maruah dan kehormatan orang.

Insaflah, hari ini kita mungkin 'di atas', kita mampu memiliki apa saja dengan kedudukan dan wang ringgit yang kita ada, tetapi esok lusa belum tentu.

Allah itu maha adil, maha kaya.

Bak kata M. Nasir… hidup dan nasib ibarat 'roller-coster'…. susah dan senang bersilih ganti.

Syabas Pak Man!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu Pengguguran Nama @tunfaisal Bertanding MT Tenggelamkan Kempen Calon Lain??? @NajibRazak #TF4MT


Sehari dua ni kecoh di semua sudut media sosial isu pengguguran nama Exco Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO dari senarai yang layak bertanding bagi jawatan Majlis Tertinggi pada pemilihan yang akan datang.

Di twitter, facebook dan blog termasuk di instagram hebat isu ini diperdebat dan diperbincangkan. Masing-masing mengeluarkan dan memberi pendapat serta pandangan menyokong atau mengkritik sama ada beliau layak atau tidak layak bertanding sehingga ada yang sampai tahap macam dia pulak yang mengubal perlembagaan UMNO. Malah ada yang tak pernah pun membaca perlembagaan UMNO dan lebih teruk lagi bukan ahli UMNO pun berdebat mengalahkan peguam, dah macam loyar buruk jer.

Bukan sekadar di media sosial, isu ini juga telah berjangkit ke media arus perdana seperti radio dan stesen tv yang memberikan liputan yang agak meluas.

Namun sedar atau tidak sedar isu ini sedikit sebanyak telah menenggelami kempen promosi calon-calon lain yang juga menggunakan media sosial untuk berkempen sekalipun ada yang mengatakan secara tiba-tiba kempen calon melalui media sosial lesu akibat penguatkuasaan kod etika berkempen.

Secara tiba-tiba poster, gambar dan story tentang calon sama ada yang mempromosikan calon atau menghentam calon lain terus senyap sunyi. Penyebaran poster calon menjadi berkurangan di blog, facebook dan twitter. Kesian kepada calon yang bertanding jika perkara ini berterusan apabila kemeriahan berkempen ditarik balik.

Adalah diharapkan agar isu pengguguran Tun Faisal dari menjadi calon MT segera diselesaikan oleh pihak berkaitan agar tidak mengganggu kerancakan berkempen calon lain. Semua sedia maklum bahawa tuan punya diri pun tidak mahu perkara ini berlaku. Semoga apa yang berlaku boleh dijadikan iktibar dan pengajaran buat panduan kepada orang lain di masa hadapan.

p/s : mungkin no 60 adalah nombor keramat yang bakal membawa tuah kepada Tun Faisal atas apa yang berlaku bak kata pepatah "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak di nombor"

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Datuk Mukhriz Mahu Lebih Aktif Dalam UMNO Guna Platform Pemuda???


Anggota Jawatankuasa Unit Pidato Pemuda Umno Pusat Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad hari ini menyuarakan hasrat bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pusat pada pemilihan parti Oktober ini.
   
Ahmad Mukhriz, 34, yang juga bekas Ketua Pemuda Umno cawangan Pekan berkata beliau menawarkan diri bertanding bagi membolehkannya bergerak lebih aktif dalam pergerakan Pemuda Umno bagi membela bangsa Melayu dan agama Islam.
   
"Saya juga akan (berusaha) membawa suara orang muda ke atas agar pemimpin kita dapat dengar luahan hati mereka, sekali gus mengambil tindakan yang sewajarnya," kata anak kelahiran Pekan itu.
   
Beliau yang sudah lapan tahun bergelar anggota Umno berharap penglibatannya di peringkat pusat nanti sedikit sebanyak dapat membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalankan tugasnya sebagai Anggota Parlimen Pekan.
   
Sementara itu, Setiausaha Umno Bahagian Pekan Datuk Zainal Abidin Pa' Wan yakin dengan kewibawaan Ahmad Mukhriz untuk dipilih kelak berdasarkan pengalaman luas dan semangat perjuangan tinggi pada dirinya.  - Bernama
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 26 September 2013

Gempar!!! Siapa Lawan Kerusi Timbalan Presiden UMNO Ni???


Ini memang lain macam.

Satu salinan borang pendaftaran calon UMNO menjadi 'viral' dalam internet bila si pemohon nampaknya berhajat bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO!

Maknanya nak lawan Tan Sri Muhyiddin Yassin tu!

Nak gelak pun ada juga, nampaknya mamat ni lain macam punya 'confident' sampai Muhyiddin pun dia nak lawan.

Mungkin juga ada yang nak 'kenakan' abang ni kot  hehehhe

Apapun sejak 'tempoh bertenang' berakhir semalam, jawatan Presiden dan Timbalannya sah tidak mendapat tentangan mana-mana pihak.

Maknanya brader ni tak hantar borang le tu, sekadar isi saja.

Buat Muhyiddin, relaks Tan Sri…percubaan 'acah-acah' je tu ahaks!

(Gambar blogserius)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jangan Baca Nanti Naik Angin!!! Ron 95 Bakal Naik Harga Lagi???


Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 pada jangka masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.

Langkah itu juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.

"Penyeludupan petrol dan diesel berlaku kerana bahan api ini lebih murah di Malaysia," kata beliau kepada Bernama.

Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.

Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.

Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.

Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.

Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina. – BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 25 September 2013

Untung La!!! Penguatkuasa Imigresen ‘Digomol’ Tukang Urut???


Kuala Lumpur – Anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIWPKL) terpaksa 'bergomol' dengan empat tukang urut wanita warga Vietnam yang bertindak agresif dalam usaha melepaskan diri daripada kepungan selepas premis tempat mereka bekerja di sebuah pusat urut refleksologi di Taman Miharja, Cheras, di sini, diserbu kelmarin.

Bagaimanapun, cubaan empat wanita terbabit gagal, malah pemeriksaan lanjut mendapati semua mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai tukang urut.

Ketua Bahagian Penguat kuasa JIWPKL, Penolong Pengarah Imigresen James Musa Singa berkata, keempat-empat tukang urut terbabit bukan saja menjalankan perkhidmatan urut badan ke badan (B2B), tetapi turut menawarkan khidmat seks.

"Dua anggota penguat kuasa yang menjalankan serbuan terlebih dulu menyamar sebagai pelanggan dengan memerhati operasi premis itu dan aktiviti pelanggan lain.

"Selepas diyakini premis itu mengupah pekerja wanita warga asing, barulah serbuan dibuat," katanya.

Giler!!! Agih Ganja Kepada Mangsa Banjir Buat Lepas Tekanan???


Selepas banjir melanda dan meragut 10 nyawa, penduduk di bandar Boulder, Colorado ini berusaha kembali menjalankan kegiatan harian seperti biasa, termasuk menghisap ganja.

Penganjur merancang untuk mengagihkan ganja secara percuma kepada penduduk terbabit.

Meskipun sebahagian besar usaha tertumpu kepada pembinaan semula, pemberian ganja itu adalah sebahagian usaha membantu penduduk yang memang menggunakan dadah berkenaan untuk tujuan rekreasi sebelum ini mengatasi tekanan selepas simpanan ganja mereka musnah dalam banjir.

Ia juga sebagai tanda bantahan terhadap rancangan mengadakan pungutan suara mengenakan cukai jualan ganja yang dirancang diadakan pada November depan.

"Penduduk Boulder menjadi mangsa banjir. Kami merancang membantu meringankan beban mereka,", termasuk dengan mengagihkan ganja secara percuma kata seorang penganjur rancangan berkenaan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Eksklusif!!! Pengakuan Pengawal Keselamatan Yang Dimaki, Ditendang Isteri Mat Yo???

Kejadian seorang isteri pemain bola sepak kebangsaan memaki hamun seorang pengawal keselamatan menjadi viral apabila video yang dimuat naik oleh wanita tersebut mendapat perhatian ramai hari ini.

Pelbagai kata biadap yang dilemparkan oleh isteri Nor Shahrul Idlan Tallaha atau dikenali sebagai Mat Yo terhadap pengawal di Lapangan Terbang Subang Skypark.

Bagi mendapatkan kisah sebenar bagaimana isu ini boleh tercetus, wartawan Mynewshub.my berjaya menjejaki pengawal keselamatan yang dimaki hamun menerusi video berdurasi selama 55 saat itu.

Menurut Azman Mohd Nayan, 49, kejadian berlaku pada jam 12 tengahari pada 12 September lalu.

Katanya, dia menegur tindakan pasangan tersebut yang meletakkan kereta mereka di kawasan yang tidak sepatutnya.

Jelasnya, pada mulanya pasangan tersebut dilihat berborak hampir 10 minit.

Tuesday, 24 September 2013

Panas!!! Ismail Sabri Takut Rahsia Dibongkar??? Rahsia Apa Agaknya???


Kenyataan Dato Azizan Che Omar, Calon Ketua UMNO Bahagian Bera.

1. Kalau kita berpolitik, biar kita lawan cara politik…

2. Kalau kawan (saya) hendak kejar jawatan setiausaha politik tu.. buat apa kawan nak gaduh dengan dia.

3. Dari dulu kawan banyak tegur dia sebab banyak dia buat tak betul.. Dia tak suka sebab itu dia buang kawan..

4. Sebenarnya bagi tau (cakap dengan) kengkawan, kawan dah nak berenti Setiausaha Politik dari 2011 lagi… tapi dia tak bagi (tak benarkan, minta stay), hancur UMNO Bera ni kerana dia..

5. Pecah perintah orang sini (Bera)…kalau dia kata kawan nak pecah belah orang UMNO sini, tak betul.. kawan satukan kem Mustafa dengan sebahagian orang Mail Sabri.. dia tak boleh terima, itu saja..

6. Persoalannya pasal apa dia takut sangat kawan lawan dia.. takut banyak rahsia bocor ke???

7. Kita gentlemen politik lawan politik..

p/s : hhmmmm… apakah rahsia Ismail Sabri ni kan… kalau ada yang terlepas nanti mesti best kan…., apa pun… penulis yakin Azizan Che Omar pastinya satu pilihan yang lebih baik untuk UMNO Bera dan contoh transformasi yang diperlukan parti itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kantoi!!! Obama Terlepas Cakap Dalam Mikrofon Yang Dia Takut Isteri!!!


WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama berkata, beliau berhenti merokok kerana takut kepada isterinya.

Pengakuan itu dibuat setelah perbualan beliau dengan seorang lelaki tertangkap secara tidak sengaja pada mikrofon di Perhimpunan Agung Tahunan PBB.

Pemimpin AS itu mengambil bahagian dalam satu Perhimpunan Agung PBB yang diadakan setiap tahun bagi membincangkan kepentingan masyarakat umum.

Dalam satu rakaman oleh CNN, Obama berdiri di sebelah seorang lelaki dan bertanya kepada lelaki itu sama ada dia sudah berhenti merokok atau sebaliknya.

Namun setelah soalan sama diajukan oleh lelaki berkenaan kepada beliau, secara spontan beliau menjawab sambil tersenyum, "saya sudah enam tahun tidak merokok kerana takut kepada isteri saya".

Perbualan itu pula secara tidak sengaja tertangkap pada mikrofon yang ada berhampiran tempat beliau dan lelaki itu berdiri.

Obama digambarkan sebagai seorang perokok semasa di zaman remajanya dalam satu memoir zaman remajanya berjudul "Dreams From My Father".

Namun tabiat merokok dan usaha beliau berhenti merokok menjadi salah satu topik hangat dalam media di AS ketika beliau memulakan kempen pilihan raya untuk White House pada tahun 2008.

Pada tahun pertamanya di White House, beliau mengakui telah berjaya mengurangkan tabiat merokok sebanyak 95 peratus, namun beliau mengakui adakalanya 'terbabas' juga dalam usahanya untuk menghentikan tabiat buruk itu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 23 September 2013

Puaka Niring : Rumah Seram Seksyen 2 Dijadikan Telefilem...



Jika anda pernah belajar atau bekerja di Shah Alam, pastinya kisah seram sebuah rumah teres yang terletak di Seksyen 2 ini tidak janggal pada pendengaran anda.

Sebelum ini heboh mengatakan dua orang pelajar institut pengajian tinggi awam berdekatan meninggal dunia disebabkan kejadian aneh dan mistik yang berlaku di rumah berhantu tersebut.

Apa yang menariknya sebuah syarikat penerbitan berminat mengabadikan kisah seram yang tidak diketahui kesahihannya itu menerusi sebuah telefilem yang diarahkan oleh Amor Rizan.

Antara barisan pelakon yang membintangi kisah ini ialah Hairul Azreen dan Alif Hadi yang popular menerusi rancangan realiti Fear Factor.

Adakah ianya akan menjadi hits seperti kisah rumah berhantu itu?

Kita tunggu dan lihat sebaik sahaja ianya ditayangkan di Astro Ria nanti.

Panas!!! Calon MT Kena Pukul Dengan Ketua Bahagian???


SHAH ALAM - Seorang calon Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini mendedahkan kisah sebenar berhubung dakwaan beliau dipukul seorang lelaki ketika menghantar borang pencalonan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Mohd Ariff Abdul Aziz, 57, yang merupakan calon ke-24 MT itu berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 2 petang ketika beliau berjalan kaki menuju ke PWTC untuk menghantar borang pencalonan Ketua Bahagian Titiwangsa.
Menurutnya, borang pencalonan MT berjaya diserahkan pada sebelah pagi, manakala borang ketua bahagian mahu diserahkan di sebelah petang.

"Saya dicekik, ditendang dan pukul di dada, ketika itu saya sedang berjalan dari Wisma Perkim menuju ke Dewan Tun Razak, PWTC untuk hantar borang calon Ketua Bahagian Titiwangsa.

"Lelaki tersebut mengugut saya supaya tidak bertanding di kawasan tersebut bagi memastikan calon di kawasan itu menang tanpa bertanding. Keadaan ini berlaku di hadapan ramai ahli Umno yang ingin menghantar borang," katanya kepada Sinar Harian.

Ketua Umno Cawangan Kompleks Pejabat Jalan Gurney itu berkata, selepas kejadian itu beliau terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Selepas membuat laporan dan mendapatkan rawatan, saya kembali untuk meneruskan hasrat menghantar borang tetapi dihalang oleh empat orang," katanya.

Sementara itu, Datuk Johari Abdul Ghani menafikan dakwaan pihaknya terlibat dalam usaha untuk menghalang seseorang daripada bertanding jawatan Ketua Bahagian Titiwangsa yang dimenanginya tanpa bertanding semalam.

"Bila tiada orang nak lawan saya, jadi mereka reka cerita ada orang kena pukul. Saya rasa ini satu usaha untuk jatuhkan saya.

"Saya bukan orang seperti itu, siapa lakukan perkara seperti ini, kita akan pastikan mereka kena pecat daripada Umno," katanya.

Sumber : Sinar Harian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 22 September 2013

Puaka Niring : "IC" Misteri Tanpa Nama Dan Gambar???



Seorang pemuda terkejut apabila menjumpai kad pengenalan (IC) misteri tanpa nama dan gambar di sebuah taman rekreasi di Gelugor.

Dia yang tidak ingin namanya didedahkan memberitahu bahawa kad pengenalan berkenaan dijumpainya di dalam dompet.

Menurutnya, keadaannya sama seperti kad pengenalan yang digunakan warganegara Malaysia namun bezanya tidak bernama.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa, namun terkejut kerana keadaan kad sebegini rupa pun ada.

“Dalam dompet berkenaan tidak ada duit dan sebagainya, namun hanya kad pengenalan tersebut sahaja yang ditemui,” katanya.

Dia yang pada mulanya memuatnaik gambar kad pengenalan itu di laman facebook kemudiannya memadamkannya kembali gara-gara bimbang disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers