Jadilah Sahabat Kulaan...
SEWA
TRIP
Friday, 20 June 2014
[Video] Parody Exist Kelakar Habis Bila Abang Askar Lepas Tention...
Labels:
Sketsa
Thursday, 19 June 2014
Gempar!!! Jom Serbu Expo Makanan "Seafood" MISE 2014 Di PWTC!!! @Ismail Sabri60 #DSIS @NajibRazak
Hari ini bertempat di Dewan Tun Ismail PWTC telah berlangsung perasmian 3rd Malaysia International Seafood Exposition (MISE) 2014 yang telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.
Dikebanyakkan negara membangun, perikanan membangun sebagai salah satu sektor yang penting ketika kurun kedua kurun ke-20. Diakhir tahun 1990an, sektor perikanan telah menjadi antara sumber terpenting membekal makanan, pekerjaan dan tukaran asing dan situasi ini akan berterusan. Manakala bagi banyak negara membangun perikanan boleh dianggap sebagai faktor penting melonjak nilai tambah bagi aktiviti sesebuah negara termasuk melonjakkan ekonomi sesebuah negara.
Pada dekad yang lepas, penggunaan perkapita perikanan telah melonjak secara global seiring dengan perkembangan ekonomi dunia. Bagaimanapun, perkembangan ini tidak akan berterusan selamamya. Ada batasan terhadap sumber perikanan termasuk ikan dan makanan laut lain. Sejajar dengan perkembangan keperluan manusia terhadap makanan laut ia telah berkembang daripada hanya sekadar keperluan makanan kepada manusia kepada makanan "masakan khusus". Bagi negara-negara maju, makanan laut masih merupakan makanan utama. Ia merupakan sumbangan utama kepada banyak negara terutama ketika pertengahan tahun 1990an, sumber berasaskan makanan laut menyumbang lebih daripada 50% kepada populasi di 34 negara.
Dalam menjangkakan pengeluaran perikanan dunia terutama bagi tanggapan ikan liar dan akuakultur bakal mencecah rekod baru pada tahun 2013, secara totalnya 160 juta tan berbanding hanya 157 juta tan pada tahun 2012. Peratusan produk perikanan yang didagangkan di pasaran antarabangsa sangat siknifikan sekitar 37% pada tahun 2013 menjadikan sektor perikanan adalah salah satu sektor diperingkat globalisasi dan merupakan satu perusahaan dinamik dalam dunia pengeluaran makanan laut dan perikanan. Di Malaysia sahaja, pengeluaran perikanan pada tahun 2013 berjumlah 1.74 juta tan metrik bernilai RM10.6 billion (USD3.30 billion). Jumlah nilai perdagangan ikan dan produk berkaitan perikanan berjumlah RM5.9 billion (USD1.84 billion). Ini menyumbangkan 1.3% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Labels:
DSIS
[18SX] Panas!!! Gambar Mesra Gay Melayu Sambut ‘Anniversary’ Pertama... Astaga
Astaghfirullah… dahlah hidup dalam kesesatan dikongsikan pula kesesatan itu dengan orang lain.
Tengok muka rasanya Melayu dan sah-sah beragama Islam tapi tak tahulah di mana rasa malu dicampak. Baru setahun ‘bersama’ gambar yang diposkan lebih daripada posing pengantin baru!
Gambar Mesra Gay Melayu Sambut 'Anniversary' Pertama
Tak terfikirkah gay dua ekor ini apa perasaan ibu bapa jika terlihat gambar cumbu mereka?
Pemerhatian kami mendapati mereka yang menyertai komuniti tertutup JustAnotherGayGroup di mana ‘pasangan’ ini berkongsi gambar mereka banyak terdiri daripada budak-budak Melayu juga.
Harap ada sesuatu dapat dilakukan untuk mengharamkan sebarang perkara yang boleh memberi sokongan kepada kumpulan songsang begini.
Wednesday, 18 June 2014
Jangan Main-main "SUPER" Dah Jaga Persisir Pantai Plak!!!! @IsmailSabri60 #DSIS @NajibRazak
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani telah melakukan satu lagi usaha dan inisiatif di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam usaha membendung pemasalahan di kawasan penempatan nelayan dan perairan Negara. Lantas hari ini menterinya, Dato' Sri Ismail Sabri telah merasmikan skuad Sukarelawan Perikanan (SUPER) di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Batu Maung.
Penubuhan skuad (SUPER) adalah sebagai salah satu usaha bagi menangani masalah pelanggaran undang-undang laut atau masalah sosial di kawasan penempatan nelayan menjadi keutamaan kerajaan supaya ia dibendung daripada menjadi besar.
Antara aktiviti – aktiviti yang melanggar peraturan dan undang- undang Negara di laut ialah :
1. Penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel / petrol subsidi.
2. Perlanggaran zon- zon perikanan seperti pencerobohan bot pukat tunda di Zon A.
3. Pengunaan alat- alat menangkap ikan yang boleh memusnahkan sumber- sumber perikanan yang dilarang oleh undang- undang Negara.
4. Mengawal pencemaran laut seperti pembuangan sampah sarap, minyak dan lain- lain kumbahan kedalam laut.
5. Mengawal penebangan pokok seperti kayu bakau yang menjadi penampang kepada hakisan pantai.
6. Pencerobohan nelayan asing.
7. Kehadiran pendatang tanpa izin melalui jalan laut.
8. Menjaga sumber perikanan di kawasan masing- masing.
9. Penyeludupan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah dan lain- lain barang- barang kawalan ke Negara asing dan juga ke Negara ini.
Menerusi inisiatif ini, sepertimana fungsi RELA yang lain, (SUPER) berfungsi:
a) Memastikan keselamatan setempat
b) Memastikan keamanan setempat
c) Memastikan kesejahteraan masyarakat setempat
d) Memastikan keharmonian setempat
Penubuhan (SUPER) di Pulau Pinang akan menjadi titik tolak dalam usaha menangani isu jenayah di laut mahupun pemasalahan di penempatan nelayan. Buat permulaan seramai lebih kurang 600 orang telah pun berdaftar untuk menjadi anggota (SUPER).
Mereka telah memenuhi syarat- syarat yang telah ditetapkan oleh pihak RELA seperti Warganegara Malaysia, sihat tubuh badan dan berumur 17 tahun keatas. Ia melibatkan kawasan- kawasan seperti yang berikut:
i) Kawasan perairan Pulau Pinang
ii) Kawasan perairan SeberangPerai
Labels:
DSIS
Harap Saja Tudung Labuh Tapi Hati Ahli Parlimen Rantau Panjang Busuk????
Inilah perangai sebenar pemimpin Pas tak kira la lelaki atau perempuan hanya sekadar berselindung disebalik kopiah dan tudung labuh tapi hakikatnya hati penuh dengan hasad dengki dan busuk hati.
Itulah yang berlaku terhadap Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah yang bukan main bertudung labuh tapi mempunyai hati yang busuk apabila membuat pertanyaan mengaitkan program Permata dengan isteri PM. Soalan yang beliau kemukakan kepada Dewan Rakyat jelas mempunyai "niat jahat" apa bila mengaitkan program Permata untuk menaikkan nama Rosmah semata-mata.
Soalan beliau lantas dijawab oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga Ahli Parlimen Arau. Sebelum memberi jawapan dan penjelasan berkaitan soalan yang dikemukakan oleh wakil rakyat Pas itu, Datuk Seri Shahidan sempat mendoakan semoga Allah membuka hati Ahli Parlimen Rantau Panjang agar dibukakan hatinya supaya lebih mulia.
Dan jawapan yang diberikan oleh Datuk Seri Shahidan adalah "Tidak. Program Permata tidak menaikkan nama Rosmah, Permata menaikkan nama negara". Di akhir ucapan beliau berkata "tidak baik kita buruk sangka kepada orang yang mengabadikan diri kepada negara".
Labels:
RAT
Harapan Pesawah Kedah Yang Terlibat Bencana Termakbul??? @IsmailSabri60 #DSIS @NajibRazak
Dato' Sri Ismail Sabri selaku Menteri Pertanian & Industri Asas Tani hari ini telah menunaikan janji beliau empat bulan lepas kepada pesawah Kedah apabila kembali semula ke negeri Kedah untuk menyampaikan sendiri Bantuan Bencana Bagi Tanaman Padi kepada pesawah-pesawah yang terlibat dengan bencana di Dewan Kolej Universiti Insaniah Alor Setar.
Langkah pemulihan selepas bencana perlu dilaksanakan iaitu program pemulihan dan pembangunan semula hendaklah dilaksanakan dengan segera selepas sesuatu kejadian bencana berlaku. Setiap agensi kerajaan, badan berkanun, pihak swasta dan badan-badan sukarela yang terlibat bertanggungjawab dalam melaksanakan penilaian kerosakan serta pemulihan dan pembangunan semula infrastruktur awam di bawah bidang kuasa masing-masing.
Kemarau dan banjir yang melanda negeri Kedah khususnya bagi kawasan-kawasan tanaman padi dalam kawasan pengendalian PPK-PPK telah mengakibatkan kerugian ekonomi kepada petani-petani adalah dianggap sebagai bencana. Oleh itu, kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan jabatan / agensi di bawahnya mengambil tanggungjawab dan tindakan yang sepatutnya untuk membantu petani-petani yang terlibat. Pada hari ini sejumlah RM 2,136,216.74 peruntukan bantuan akan diagihkan kepada seramai 1,165 orang petani (1,525.8691 hek.) di kawasan PPK LPP yang terlibat dengan bencana kemarau tersebut.
Hari ini bantuan juga akan turut diberikan kepada petani-petani dalam kawasan PPK MADA yang terjejas akibat banjir sebelum ini melibatkan peruntukan sebanyak RM 1,750,778.832 dengan keluasan 1,134.397 hektar (1,037 orang petani) juga bantuan kepada yang terlibat dengan masalah tanah jerlus seluas 1,029.773 hektar (715 orang petani) dengan peruntukan sebanyak RM 2,724,264.50. Bantuan yang diberikan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban sara hidup petani yang terjejas akibat kekurangan atau kehilangan pendapatan di sebabkan bencana kemarau dan banjir juga masalah tanah jerlus yang dihadapi.
Labels:
DSIS
Tuesday, 17 June 2014
Puaka Niring : Pontianak Lepak Dekat Pondok Tol LEKAS???
Kalau nak kata betul, sekarang ni budak-budak pun dah pandai edit gambar.
Tapi gambar makhluk memakai baju putih dan berambut mengurai atau lebih dikenali sebagai pontianak berdekatan pondok tol ini giat dikongsikan di laman sosial.
Ada yang kata kejadian dirakam di Tol LEKAS namun kesahihannya tidak dapat dipastikan.
Satu yang pasti, selain manusia memang ada makhluk lain di dunia ini yang kalau boleh kita tak nak nampak dia.
Labels:
Mynewshub,
Paranormal
Tips 10 Cara Berhenti Merokok, Selamba Tapi Berkesan...
Rokok sudah difatwakan haram. Jadi, bagi perokok di luar sana haruslah berusaha untuk berhenti.
Sudah pasti, suatu masa dahulu, anda bukanlah seorang perokok. Namun, atas pengaruh rakan-rakan, anda akhirnya terjebak dan menjadi seorang perokok tegar.
Beribu-ribu wang telah dihabiskan untuk membeli rokok selama beberapa tahun kebelakangan ini. Prestasi kesihatan anda pula, semakin menurun.
Jika dulu anda boleh berlari dan bermain bola tanpa rasa penat, kini, baru naik tangga rumah contohnya sudah pun termengah-mengah.
Tidak perlulah diceritakan secara terperinci akan keburukan merokok kerana sudah pasti anda pun sudah sedia maklum.
Malah anda mungkin lebih arif lagi mengenainya. Masakan tidak, setiap hari anda membaca notis amaran serta melihat gambar yang mengerikan yang terdapat pada kotak rokok tersebut. Sudah tentunya anda sudah begitu faham dan tahu mengenainya.
Namun begitu, walaupun betapa nikmatnya anda menghisap asap pahit itu, kami pasti, ada sekelumit niat serta keinginan di dalam diri anda untuk berhenti merokok.
Niat untuk berhenti merokok ini sememangnya ada di setiap benak fikiran dan sanubari semua perokok.
Tetapi, ramai yang gagal. Jika berjaya pun, hanya untuk sementara waktu sahaja.
Dua atau tiga hari selepas itu mereka akan menghisap rokok semula. Akhirnya, mereka pasrah dan berfikir, “Tidak mengapalah, lama-lama nanti aku akan berhenti sendiri bila sampai waktunya”.
Mungkin 10 amalan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mengurangkan dan seterusnya berhenti :-
Labels:
Mynewshub,
Pendidikan
Monday, 16 June 2014
Panas!!! Umat Islam Tak Perlu Ragu Makan Daging Lembu Macam Cadburry??? @IsmailSabri #DSIS @NajibRazak
Hari ini bertempat di Rumah Sembelihan Shah Alam Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ismail Sabri telah melancarkan "Penandaan Tag" bagi daging sembelihan yang disembelih di rumah Jabatan Perkhidmatan Veterinar mahu pun di rumah sembelihan berlesen lain.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) adalah jabatan yang bertanggungjawab dalam memastikan setiap ternakan yang disembelih di Rumah Sembelih Jabatan atau pun di pusat penyembelihan yang dilesenkan mengeluarkan karkas yang berkualiti, bersih dan mematuhi peraturan Kesihatan Awam Veterinar dalam keselamatan makanan.
Bagi menjamin hanya ternakan yang sihat sahaja disembelih, kawalan pergerakan ternakan ke rumah sembelih perlu dilaksanakan dengan memastikan ternakan tersebut mempunyai 'Sijil Kesihatan Veterinar" dan "Permit Pemindahan Ternakan" yang dikeluarkan oleh DVS negeri.
Dalam memastikan ternakan sihat dan bebas dari penyakit, pemeriksaan ante-mortem dilakukan sebelum ternakan disembelih di rumah sembelih. Setiap karkas yang dikeluarkan akan diperiksa oleh pemeriksa veterinar dan hanya karkas yang lulus pemeriksaan veterinar sahaja akan ditanda dengan lagenda pada karkas tersebut. Sistem penandaan karkas dengan lagenda ini mempunyai kelemahan yang mana ia sukar dibaca dan mudah ditiru.
DVS telah membuat penambahbaikan dengan menyediakan tag penandaan karkas yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan sistem dayajejak. Penandaan karkas ini berupaya memberi maklumatmenhenai karkas dari segi tarikh dan tempat ternakan disembelih, nama pemeriksa daging yang telahmenjalankan pemeriksaan terhadap karkas berkenaan. Tag Penandaan karkas ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu K1 berwarna ungg, K2 berwarna kuning dan K3 yang berwarna merah.
Ucapan Selamat Hari Bapa Dari PM @NajibRazak Yang Menyentuh Perasaan!!!
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua rakyat Malaysia yang bergelar bapa sambil mengingatkan mereka berhubung kepentingan melakukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Dalam mesej yang sama, Najib turut memberi penghormatan kepada Almarhum bapanya, perdana menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak Hussein, dan mengakui sumbangan beliau atas kejayaannya hari ini.
“Saya tidak akan menjadi sesiapa pada hari ini jika bukan kerana bapa saya.
“Biarlah kita diingatkan bahawa sebagai bapa, melabur bagi kehidupan keluarga kita adalah suatu langkah yang amat bijak daripada menumpukan seluruh tenaga kita dalam perkara-perkara yang akan hilang selepas kita telah tiada.
“Warisan paling hebat yang boleh ditinggalkan untuk anak-anak,”
kata PM Najib dalam entri Facebook beliau semalam.
Hari Bapa adalah sambutan bagi menghormati seorang bapa, hubungan seorang bapa dan pengaruh bapa dalam masyarakat.
Di Malaysia, Hari Bapa disambut pada hari Ahad ketiga dalam bulan Jun, yang jatuh pada semalam.
Antara Soalan Hudud Atau Usul Hudud, Kerajaan Selangor Keliru Atau Buat-buat Keliru??? #dunselangor
Satu persoalan yang menarik jika kita mahu kupas dan tanyakan kepada kerajaan negeri Selangor. Adakah kerajaan negeri Selangor yang diwakili ADUN dari Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PKR dan Pas faham perbezaan antara keduanya. Kekeliruan ini timbul apabila yang dikatakan sebagai "SOALAN" atau "PERTANYAAN" kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dianggap "USUL" yang cuba di bawa oleh Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Samsudin Lias yang mewakili ADUN BN "menarik balik" "SOALAN" atau "PERTANYAAN" berkaitan perlaksanaan hukum HUDUD di Selangor.
Maka bergempak-gempitalah pencacai dan penyokong PR terutama melalui blog dan portal milik Pakatan Rakyat seperti Harakahdaily dan Malaysiakini menuduh wakil pembangkang dari BN terpaksa menarik balik "USUL" berkaitan perlaksanaan hukum HUDUD kerana kononnya menerima desakan dan tekanan dari parti komponen dalam BN yang bukan beragama Islam. Nampaknya mereka tidak faham atau buat-buat tidak faham tentang perkara yang berlaku sebenarnya beza antara membawa "SOALAN' atau "PERTANYAAN" dengan istilah membawa "USUL". Penjelasan yang boleh dikatakan agak jelas dan "clear" mengenai hal ini telah dikupas oleh Sangkakalajari9 dalam tulisannya seperti kenyataan di bawah :
Sepertimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Samsudin Lias yang mengatakan bahawa ianya boleh dibuat dalam soalan atau dalam sesi perbahasan dewan dan dengan itu ternyata bahawa apa yang disebut sebagai USUL itu sebenarnya lebih kepada soalan.
"Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama Persekutuan".
Itu namanya persoalan bukannya USUL dan kalau usul ianya akan berbunyi begini,
"Bahawa Dewan Yang Mulia ini menggesa kerajaan negeri Selangor untuk melaksanakan kajian tentang hukum hudud seperti mana yang akan dibawa oleh kerajaan Kelantan ke Dewan Parlimen selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 3 iaitu islam sebagai agama Persekutuan".
Dan jika seperti itu barulah boleh dikatakan usul, takkan itu pun tak boleh faham, maksud perkataan dan ayat yang dikeluarkan dan jelas dalam apa yang dikatakan USUL oleh macai PR termasuklah Menteri Besar Selangor yang tak berapa cerdik ada menyebut 'mengkaji KEBARANGKALIAN diulangi KEBARANGKALIAN atau dalam maksud lainnya KEMUNGKINAN pelaksanaan hukum hudud di Selangor.
Sunday, 15 June 2014
Gempar!!! Juruterbang Dakwa Insiden #MH370 Dirancang???
Teori berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac lalu kini semakin bertambah dengan pelbagai versi dan cerita apabila hari ini sudah genap 100 hari kehilangannya.
Terbaru, seorang juruterbang telah menulis secara bersama menulis sebuah buku mendakwa kehilangan pesawat itu telah disengajakan dan dirancang dengan teliti, menurut laporan The Independent.
Buku itu bertajuk “Good Night Malaysia 370 : The Truth Behing The Loss of Flight 370” ditulis oleh juruterbang Ewan Wilson dan wartawan dari New Zealand Geoff Taylor.
Menurut laporan itu, pasangan itu juga menulis bahawa pesawat MH370 secara faktanya memang berakhir di Lautan Hindi dan ia adalah untuk menghapuskan sebarang bukti salah laku dan penyelewengan.
Menurut Wilson, ia adalah kali pertama satu analisis lengkap berkaitan kehilangan pesawat itu dihasilkan termasuk laluannya juga siapa yang dipercayai mereka bertanggungjawab apabila peswat itu memasuki Lautan Hindi.
“Kehilangan pesawat MH370 menarik perhatian dunia dan juga telah mengejutkan semua orang termasuk jalan ceritanya,” katanya.
Bagi Taylor, kehilangan pesawat MH370 bukanlah suatu nahas kerana ia telah benar-benar dirancang secara teliti dan tidak sepatutnya dibiarkan berlaku.
Pada 15 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun membuat pengumuman bahawa sistem mengesan pesawat berkenaan iaitu transponder telah secara sengaja dimatikan. – MYNEWSHUB.MY
Nasib Abby Abadi Umpama "Habis Madu Sepah Dibuang"??? @Abby_Abadi112
Kes perceraian artis perempuan kesayangan Pas, Abby Abadi dengan suaminya tidak sampai setahun perkahwinan mereka menyerlahkan sikap tangkap muat yang diamalkan oleh parti itu.
Pada satu ketika dahulu Pas begitu bangga ‘memiliki’ Abby yang begitu selamba mengeluarkan ‘fatwa’nya sendiri berhubung isu agama sehinga digelar ‘ustazah mee segera’.
Memang sesuai gelaran itu diberi kerana Pas tidak pernah menegur artis-artis yang berjaya dipengaruhinya untuk menyertai parti itu walaupun dalam banyak tingkahlaku dan perbuatan mereka melanggar syarak dan peraturan agama.
Dalam kes perceraian beliau dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, suaminya itu mengadu di mahkamah syariah bahawa bekas isterinya selalu melakukan penderaan fizikal termasuk dicederakan di bahagian muka, tangan dan lengan.
Beginilah caranya Pas mentarbiyah ahli-ahlinya menjalankan kehidupan ‘secara Islam’ hinggakan mereka menghina agama dengan melakukan perkara-perkara yang ditegah.
Begitu juga dengan artis-artis lain yang pernah menyertai Pas seperti Bob Lokman, Sham Kamikaze dan Aishah yang menjadi calon parti itu atau Dayangku Intan yang bertanding pada pilihan raya umum lalu di atas tiket PKR.
Di manakah mereka sekarang yang satu ketika dahului semasa kempen rancak berjalan begitu disanjung dan dipuji melangit sebagai ayam tambatan pembangkang?
Mereka semua kalah dan setelah PRU13 berakhir mereka pun menjadi sampah dan dibuang begitu sahaja.
Labels:
Abby Abadi,
Artis PR
Subscribe to:
Posts (Atom)