Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 13 July 2013

Pas Penakut Sampai Paksa Calon #N01KualaBesut Sumpah Bai'ah!!!


Pas mula takut dengan bayang-bayang sendiri sampai memaksa calonnya, Che Long membuat sumpah baiah bertujuan untuk mengelakkan Che Long lompat parti. Dalam sumpah baiah tu pulak macam biasa la Pas akan guna Islam sebagai alat

Kenapa sampai kena sumpah menyumpah hanya kerana menjadi calon wakil rakyat untuk satu kawasan dan sampai kena laknat melaknat oleh Allah sebagai jaminan untuk parti. Subhanallah!!!

Wahai penyokong totok Pas yang buta mata hati!!! Tolong la bukak skit hati dan akal yang Allah berikan. Kenapa sumpah baiah Che Long nie korang terima bulat-bulat sambil bersorak gembira sedangkan sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful Bukhari korang tolak bulat-bulat dan kononnya sumpah itu tidak sah dan tidak akan diterima Allah.

Panas!!! Siapa Zaharin Mat Yasin Yang Dok Meroyan Kat Facebook??? @NajibRazak @ahmadmaslan


Sapa Zaharin Mat Yasin nie? Lawyer? Majistret? Doktor? Apa?????? Kaki pau??? Belum ada keturunan ku perangai macam Zaharin Kaki Pau... (Dipetik dari filem "Bapak Mertua Dia")

Siapa dia tetiba jer melompat macam berok makyeh pasal kononnya ada pengamal media dan blogger bergaduh selepas meeting. Khabar di bawa angin dari mana yang dia ambik nie. Si Zaharin Kaki Pau nie ada ker kat tempat kejadian or sekadar mendapat pengkhabaran tidak tepat sambil meneguk kopibin di The Mall.

Kalo setakat takda pun kat tempat kejadian pastu mengebang satu malaya baik tak payah ler. Selesaikan dulu masalah peribadi yang dok melekat penuh kat badan tu. Dok bercerita kononnya takda "boss" sebab dah takda sapa sanggup jadi bos dia maka jadilah dia polong tak bertuan. Patut la ramai pemimpin UMNO tak sanggup nak jadi tuan kepada polong tak bertuan ni.

Betul apa yang dikatakan Sangkakala pasal perangai si Zaharin Kaki Pau nie

p/s : lain kali kalo tak tau hujung pangkal jangan menyampuk...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 12 July 2013

Gempar!!! Penyokong Calon Frust Takda Gaduh2 Di Hari Penamaan Calon #N01KualaBesut??? @ahmadmaslan



Gua rasa elok sungguh kalo lain kali SPR nak buat PRU elok buat masa bulan puasa. Kalau pilihanraya dilakukan semasa bulan ramadan, perangai sekor-sekor penyokong calon yang buruk mengalahkan perangai beruk terutama penyokong Pakatan Rakyat terus automatik jadi baik semasa penamaan calon DUN Kuala Besut pagi tadi.

Kalau kita turun ke lokasi, kita dapat lihat suasana yang jauh berbeza dengan hari penamaan calon yang gua pernah hadiri seperti di Hulu Selangor, Tenang, Kerdau, Putrajaya, Muar. Boleh dikatakan disetiap lokasi penamaan calon ada saja provokasi berlaku, ada saja pergaduhan terjadi.

Tapi hari ini, semuanya berbeza. Suasana penamaan calon cukup tenang dan aman. Mungkin kerana mengambil berkat atau pun menghormati bulan Ramadan. BN mempertaruhkan Tengku Zaihan manakala Pakatan Rakyat menghantar calon Pas, Azlan @Endut di mana pertandingan sengit satu lawan satu bakal berlaku setelah tamat waktu pencalonan.

@ahmadmaslan Ambil Tindakan Bijak Bawak Blogger Pro-BN Pelbagai Kumpulan Ke #N01KualaBesut... @NajibRazak @kualabesut_


Kali ini Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua Penerangan UMNO, Tok Mat Maslan akhirnya membuat satu tindakan bijak dengan mula menjemput beberapa kumpulan blogger Pro-BN turut sama berjuang di Pilihanraya Kecil Kuala Besut.

Maklumat terkini yang gua dengar beberapa kumpulan blogger Pro-BN mula bergerak ke Kuala Besut bagi membantu jentera fizikal dan jentera siber berjuang sama bagi menumbangkan calon Pakatan Rakyat dari Pas seterusnya mempertahankan kerusi yang dipegang BN semasa PRU13 lepas.

Tahniah buat Tok Mat Maslan!!!

Walaupun tindakan Tok Mat ini dibuat diminit-minit terakhir namun ia masih boleh dianggap sebagai "belum terlambat". Apa yang menyebabkan Tok Mat Maslan mengambil tindakan drastik sedemikian masih menjadi pertanyaan dalam kotak pemikiran gua. Adakah keputusan ini diambil hanya selepas Tok Mat Maslan KENA BALUN dengan beberapa blogger atau keputusan ini sudah pun dibuat tetapi cuma masa atau "TIMING" jer yang tidak kena hingga menyaksikan banyak blog memainkan isu ini seperti tulisan gua sebelum ini.

Thursday, 11 July 2013

Video Artis Malaysia Yang Kantoi Tak Puasa????... Betul Ker????...



Rileks la bro... Recording nie buat sebelum puasa... Dua bulan and sebulan awal puasa dah recording dah...
Hehehehehehehe tapi memang kelakar giler nie.. hahahahahahahahaha

Artis terkantoi adalah:
1 ) Ezany
2 ) Tauke Jambu
3) Emelda Rosmila
4) Amanda Misbun
5) Faezah Elai
6) Catrionna Ross
7 ) Irma Hasmie
8 ) Sharnaaz Ahmad

Panas!!! 30 Blogger @ahmadmaslan vs #MuteKualaBesut Blogger Pro-BN??? @NajibRazak


Pilihanraya Kecil Kuala Besut memang panas!!!

Sebelum penamaan calon pun dah panas. Bukannya panas kerana soal siapa calon BN atau siapa calon Pembangkang, tapi panas tentang siapakah 30 blogger Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan yang disusun "baek punyer" oleh pegawai dalam pejabat PM dikenali sebagai Datuk A.

30 blogger ini dengar citernya dah berkampung lebih seminggu lepas dan ditempatkan di sebuah resort yang mahal. Tak mungkin 30 blogger nie sanggup datang turun ke Terengganu dengan duit poket sendiri kalo tanpa dibiayai oleh UMNO. Dan tak mungkin juga 30 blogger ni nak buat liputan secara fissabillillah tanpa dibayar apa-apa habuan.

Tapi apa pun, 30 blogger Tok Mat inilah yang akan memenangkan BN di Kuala Besut. Percayalah! Merekalah yang akan menjadi penerangan maklumat serta pendinding BN di alam siber dari serangan cybertroopers PR. Sudah seminggu berlalu sejak kumpulan ini berkampung di Terengganu tetapi dunia siber lesu seolah-olah tiada pun pilihanraya kecil berlaku di Kuala Besut.

Wednesday, 10 July 2013

Biar Betul!!! Siapa Kata GASTRIK Tak Boleh Berpuasa???

GASTRIK selalu digunakan sebagai alasan utama untuk meninggalkan puasa. Namun, tahukah anda gastrik sebenarnya bukan penyakit tetapi gangguan dalam perut, terutama apabila bahagian perut atas (berhampiran hulu hati) berasa sakit dan tidak selesa.
Perut kita merangkumi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, di bawah rusuk. Panjang perut orang dewasa lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) dan boleh mengembang bagi menampung satu gelen makanan dan minuman.
Sewaktu perut kosong, tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang serta dalam perut jugalah makanan diproses selain disimpan sebelum dibuang melalui usus.
Pakar Perunding Surgeri Am Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Peh Kiam Heng, berkata radang perut atau gastritis berlaku apabila keseimbangan ini terganggu. Ia berpunca daripada tindakan bakteria Helicobacter pylori yang hidup dalam perut.
"Jika radang ini dibiarkan tanpa rawatan, lama-kelamaan ia boleh menyebabkan ulser. Sesetengah ubat, jika diambil dalam tempoh lama, juga boleh menyebabkan radang perut, khususnya ubat tahan sakit atau antiperadangan bukan steroid (NSAIDs) seperti aspirin, ibuprofen dan naprofen.
"Bagaimanapun, kesan ubat ini berbeza antara individu kerana bagi yang sensitif, satu pil boleh menyebabkan sakit perut, malah kemujarabannya terjejas seandainya mengambil alkohol berlebihan atau mengambil dadah (kokain) yang mengganggu proses penghasilan mukus bikarbonat, menyebabkan dinding perut terdedah pada tindakan asid hidroklorik,' katanya.
Berikut beberapa langkah untuk mengelak dan mengawal gejala gastrik.
Elak pengambilan makanan pedas dan masam
Makan secara bijak. Jika kerap sakit perut selepas makan, buat perubahan pada jadual makan dengan makan lebih kerap tetapi dalam kuantiti sedikit
Elak makanan yang merengsa perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak
Kurangkan minuman beralkohol
Berhenti merokok
Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan
Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan
Kekalkan berat badan seimbang. Ia membantu mengawal dan mengelak simptom gastrik
Banyakkan bersenam
Belajar mengendalikan tekanan

Gejala gastrik
Hilang berat badan
Tiada selera makan
Muntah
Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan
Bahagian atas perut terasa 'penuh' dan senak selepas makan sedikit
Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol
Mual
Pedih hulu hati
Kesimpulan
Gastrik tidak bermakna tidak boleh berpuasa. Malah, berpuasa (atau mengosongkan perut) adalah baik untuk kesihatan. Pesakit gastrik dinasihatkan mengambil ubat setiap hari, sama ada selepas berbuka atau sewaktu bersahur.
Justeru, dengan pengambilan ubat, pesakit boleh menjalankan ibadat puasa tanpa masalah. Namun jika terlupa mengambil ubat, ibadat puasa masih boleh diteruskan dan ia tidak mendatangkan kemudaratan.
Pesakit juga tidak sepatutnya menderita disebabkan gastrik kerana ia mudah diatasi, dengan syarat pesakit didiagnos dengan betul dan mendapat rawatan sewajarnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


























Tuesday, 9 July 2013

[Video] Parody Shae "Sayang" Bikin Tian Chua Naik Angin????...



have fun guys watching this parody video dedicated to Tian Chua...

Monday, 8 July 2013

"Superman" Man of Steel Tangkap Pencuri Daging!!!


Sheffield – Dengan pergerakannya yang lebih pantas daripada troli, Luke Junior mempamerkan aksi serta-merta berpakaian Superman untuk menangkap seorang pencuri daging.

Orang ramai bersorak apabila Luke menangkap pencuri berkenaan.

Luke, 24, berada di situ secara kebetulan untuk menjadi model super hero berkenaan bagi satu acara kebajikan. "Dia keluar dari pusat beli-belah ketika saya bergambar dengan beberapa kanak-kanak.

"Saya mendengar pengurus pusat itu menjerit 'Tangkap orang itu!'" katanya.

Selepas pasti apa sebenarnya berlaku, 'Superman' itu betindak pantas dan menangkap pencuri berkenaan.

Pengacara di majlis kebajikan yang dihadiri Luke itu kemudian memainkan lagu tema filem Superman dan orang ramai bertopak sorak untuk meraikan kejayaan Luke.

"Saya kembali kepada kanak-kanak berkenaan dan memberitahu mereka supaya jangan melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang," katanya. – MyNewsHub
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers