Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday, 25 October 2012

Cantik Sangat Ke Awek Si Khairul Fahmi Apex Ni???...




Ramai orang memuji kecantikan yang dimiliki bakal 'permaisuri' hati penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat@ Apex.

Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali dengan Leuniey sememangnya comel rupa parasnya.

Mungkin itulah antara faktor yang membuatkan Apex 'cair' sedangkan bukan seorang gadis yang pernah dikaitkan dengan jejaka ini.

Apapun kecantikan fizikal satu hal, kecantikan budi pekerti pun tak kurang pentingnya.

Rasanya semua sudah faham mengenai perkara ini.

Semoga mereka berdua bahagia hingga ke akhir hayat dan mendapat cahaya mata yang sihat, patuh pada agama dan kedua orang tuanya.

Yang penting, kecantikan itu adalah pada mata yang memandang…cantik di mata Apex belum tentu cantik di mata anda.

Buruk di mata Leuniey belum tentu buruk di mata kita.

Sebagai hamba Allah, bersyukurlah dengan apa yang ada. Tak gitu?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Setiausaha Agung PBB Buat Gangnam, Turut Akui ‘Cemburu’ Dengan Psy!


Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon terpaksa mengakui kelmarin popularitinya sebagai warga Korea Selatan paling terkenal di dunia diketepikan oleh penyanyi rap negara itu, Psy.

Psy, 34, mencipta nama menerusi lagu Gangnam Style.

Ki-Moon berkata, beliau merasakan dirinya kini dibayangi Psy yang terkenal dengan aksi menari tarian kuda.

"Saya sedikit cemburu. Dua hari lalu seseorang memberitahu, saya merupakan orang Korea Selatan paling terkenal di dunia. Kini, saya harus melepaskannya," ujar Ki-Moon.

Ki-Moon turut diajar menari tarian kuda semasa lawatan Psy ke pejabat PBB kelmarin.

Bintang popular tersebut juga memuji pemimpin PBB berusia 68 tahun itu.

"Jadi kini terdapat warga Korea Selatan pertama dan kedua paling terkenal di dalam bangunan yang sama.

"Dia berkata telah menonton video saya, dia juga mengira jumlah tontonan video saya" kata Psy.

Muzik video Gangnam Style kini ditonton lebih 530 juta kali sejak dimuat naik di laman perkongsian video YouTube pada Julai lalu. – AFP
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 24 October 2012

Gila Guru Tampar Murid 120 Kali Dalam Masa 1/2 Jam!!!


Seorang guru prasekolah didapati mendera muridnya dengan menampar serta menendang mereka berkali-kali.

Perbuatan kejam itu terbongkar selepas aksi guru terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah pusat pendidikan di Taiyuan, utara Shanxi.

Melalui rakaman video selama 30 minit itu, guru terbabit dilihat menampar empat muridnya lebih 120 kali apabila mereka gagal menjawab soalan diberi.

Insiden itu disiasat selepas seorang daripada bapa murid terbabit – cuma dikenali sebagai Han kehairanan apabila muka anak perempuannya merah dan bengkak. Media semalam melaporkan, Han pergi bertemu pentadbiran prasekolah berkenaan dan menuntut untuk melihat rakaman CCTV di situ.

Menurut Han, melalui rakaman berkenaan, dia melihat anaknya serta tiga kanak-kanak lain menjadi mangsa dera seorang guru.

"Dalam tempoh setengah jam, guru wanita terbabit menampar anak saya 43 kali, selain menendangnya dua kali," katanya.

Mengenai tiga kanak-kanak lain, Han berkata, mereka masing-masing ditampar 43, 27 dan 10 kali dalam tempoh sama.

"Wanita itu tidak sepatutnya menjadi guru. Dia bukan manusia, tetapi jembalang!" katanya.

Menurut Han, bukan sekali anak perempuannya pulang dengan muka merah dan membengkak tetapi menyangka ia disebabkan kecederaan ketika bermain. Melalui rakaman itu, Han berkata, guru matematik terbabit meminta anaknya mencampurkan dua angka lebih daripada 10.

Apabila anaknya mengaku tidak tahu, guru terbabit menamparnya. Sementara itu, media China melaporkan, guru wanita itu dipecat dari sekolah berkenaan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Abby Risau Tak Sempat Selamatkan Rakan Artis Sebelum Kiamat????... @Abby_Abadi112


Pelakon wanita yang baru mengenal tudung, Abby Abadi meluahkan rasa kerisauan yang timbul dalam dirinya sejak berhijrah sekiranya tidak sempat menyelamatkan rakan-rakan artisnya sebelum kiamat.

Menurut kata Abby yang dipetik dari blog gosip hiburan, Buahmulut.com, Abby menegaskan dunia hiburan dan lakonan sekarang ketika ini tidak langsung mengikut tuntutan syariah Islam.

Justeru, dalam ceramah Abby ketika program Bicara Hijrah Selebriti (Bersama Abby Abadi) pada 21 Oktober lalu, Abby menegaskan dunia hiburan sekarang semakin melalaikan.

Abby juga meluahkan itulah juga adalah salah satu tanda-tanda akan berakhirnya zaman ini.

"Bilamana saya sudah berada didalam keadaan sekarang ini, apa yang saya lihat terhadap rakan-rakan saya (pelakon dan penyanyi) buat sekarang ini memang langsung tidak mengikut Syariat Islam. Jadi situasi industri hiburan yang macam ni memang sangat menakutkan saya.

"Maknanya sebagai contoh tak kira la dia tu isteri ataupun suami orang ke main belasah je sesuka hati kelakuannya semata-mata mahu mengikut skrip. Bila saya tengok macam ni memang tak ikut undang-undang Islam dah," kata Abby.

Disebabkan semakin banyak rakan-rakan artisnya yang lain tidak lagi mengendahkan tuntutan Islam, Abby merasakan tanggungjawabnya untuk mengajak kembali mereka kepada ajaran Islam yang benar.

Malah, Abby juga meluahkan kerisauannya jika dia tidak sempat untuk berbuat demikian sebelum tibanya hari pembalasan, hari kiamat.

"Saya rasa macam dah jadi satu tanggunjawab yang besar bagi diri saya untuk menyedarkan rakan-rakan artis. Risau juga saya, sempat ke saya nak selamatkan rakan-rakan saya ini sebelum kiamat?" luah Abby.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Amy Search Umum Restoran Cheng Ho Dengan Rasminya Ditutup… Apa Kes?




Umum mengetahui yang penyanyi legenda rock Malaysia, Amy Search mempunyai sebuah restoran bernama Cheng Ho.

Restoran yang bertemakan makanan Cina Muslim itu bertempat di Wangsa Maju.

Baru sebentar sahaja tadi Amy menghebahkan berita mengenai penutupan restorannya di laman sosial Twitternya sendiri.

"We would like to inform tht is Cheng Ho is officially shutdown. Sad but true.." tulis Amy di twitternya.

Selain itu, Amy juga turut memuat naik gambar restorannya dengan 'caption' yang sama di profil Instagram.

Tidak pasti pula jika penutupan restoran miliknya itu disebabkan cuti Hari Raya Aidiladha bakal tiba beberapa hari lagi, atau memang tutup terus!

Untuk rekod, Amy pernah disaman oleh Nik Muhammad Zakwan Nik Zahir yang berusia tiga tahun kerana mendakwa pekerja Restoran Laksamana Cheng Ho cuai sehingga menyebabkan bahagian belakang badannya melecur.

Nik Muhammad Zakwan selaku plaintif memfailkan saman itu melalui bapanya, Nik Zahir Nik Mohd. Idris.

Berbalik pada kisah tutup ini, perkataan 'officially', itu agak lain macam bunyinya.

Apa-apa pun, kita tunggu sahaja kenyataan dari mulut Amy sendiri.

Tunggu…
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 23 October 2012

Puaka Niring : Kerusi Bergerak Sendiri Di Pejabat Waktu Malam...



This is my girlfriend on actual events .....

this month on the 17th, and his girlfriend have found a seat-had been at work every day.

The initially thought clean Asan kindly help tidy desktop,
although she is not too happy, but after all, Asan good intentions, there is no opening reject.

Manis Siot Bila Wonder Girl Menyanyi Pakai Baju Kurung...




Details of the concert are:
Date: 13 October 2012
Time: 7:00pm
Venue: Stadium Negara
Organizer: DAOL Entertainment Sdn. Bhd.
Tickets: AirAsia RedTix

Sangat berbeza apabila Wonder Girls memakai baju kurung ketika mereka membuat konsert di Malaysia. Sebab kita tahu mereka sentiasa menampilkan pakaian yang agak seksi ketika membuat persembahan.

Rasa berbangga kerana mereka telah mengetengahkan pakaian tradisional Malaysia ketika konsert mereka.

Artis Malaysia plak yang lebih barat daripada barat bila pakai pakaian seksi terbelah sana terbelah sini masa nyanyi or masa menghadiri anugerah.


Monday, 22 October 2012

Puaka Niring : Yahudi Moden Di Telan Bumi...

Quikie : Miss Korea Buat Oppa Gangnam Style...

Alvin, Vivian Dilayan Bagai Selebriti, Siap Jadi Tetamu Radio Di Malaysia, Stesen Bangang Mana La???...


Kita berasa marah dan terhina apabila dua rakyat kita yang kini sedang menuntut di Singapura, Alvin dan Vivian bertindak merakamkan aksi seks mereka di dalam blog tanpa rasa malu dan rasa bersalah.

Malah di republik itu sendiri, mereka berdua bakal berhadapan dengan tindakan daripada pihak universiti yang kesal dengan perbuatan mereka.

Tetapi sebaliknya berlaku di negara kita sendiri.

Mereka berdua kini dilayan bagai selebriti, siap diwawancara oleh tiga buah stesen radio tempatan!

Apa sudah jadi???

Adakah kita juga hendak menyatakan sokongan secara langsung kepada kedua mereka ini?
Untuk pengetahuan anda, Alvin dan Vivian telah ditemubual oleh Red FM (104.9) dan Capital FM (88.9).

Malah pendengar juga boleh mendengarnya melalui stesen berbahasa Cina 988FM (98.8).
Oh maaf…kita mungkin sudah moden, kita mungkin sudah liberal justeru kita perlu bersikap 'terbuka'.

Ya, kita perlu bersikap terbuka….wawancaralah lagi, temubual lah lagi, lepas ni apa kata kita 'angkut' kedua-dua mereka untuk muncul secara 'live' pula di TV.

Kemudian kita minta syarikat-syarikat korporat ambil mereka sebagai duta produk, atau macam mana?

Di bawah ini adalah artikel mengenai wawancara itu yang disiarkan oleh The Star.


Anda nilailah sendiri.
———————————–

PETALING JAYA – Mereka telah menjadi sangat terkenal dalam masa seminggu akibat mempunyai blog seks, tetapi Alvin Tan dan Vivian Lee berdepan beberapa kemungkinan.

Pencacai Pas Marah Bila Kata Bahasa Arab Bukan Bahasa Syurga????...


Bidaah yang cuba di bawa oleh Penganut PAS.

Tidak ada nas dari Al-Quran dan hadith Nabi saw mengenai bahasa yang digunakan di hari Kiamat atau pun di syurga. Cuma terdapat didalam satu riwayat hadith yg dhaif (lemah) dari Al-Tabarani didalam Al-Kabir Al-Ausath :-

أحبوا العرب لثلاث لأني عربي والقرآن عربي وكلام أهل الجنة عربي

“Mereka menyukai bangsa Arab kerana tiga perkara, kerana sesungguhnya aku seorang Arab, Al-Quran di dalam bahasa Arab dan perbicaraan ahli syurga di dalam bahasa Arab”

Al-Tabarani juga telah meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah bahawa :-

أنا عربي والقرآن عربي وكلام أهل الجنة عربي

“Aku seorang Arab, Al-Quran berbahasa Arab dan perbicaraan Ahli Syurga ialah bahasa Arab

Al-Haithimi mengatakan bahawa hadith ini lebih da’if dari hadith Ibn Abbas. Kesimpulannya Hadith-hadith yang membicarakan mengenai bahasa di hari Kiamat dan di Syurga merupakan hadith-hadith yang lemah yang tidak boleh dijadikan dalil.

Mari kita dengar apa pula komen dari Al-Imam Ibnu Taimiyah rahimahullahu taala tentang hadith ini :

“Berkatanya Al-Hafiz As-Salafi : bahawa hadith ini hasan,dan tidaklah aku tahu samada beliau bermaksud hasan dari segi sanadnya yang mengikut kefahaman para ahli hadith atau pun ianya bermaksud hasan dari segi matanya (teksnya) yang mengikut isthilah ilmu hadith yang umum,dan Ibnu Al-Jauzi telah meletakkan hadith ini di dalam Al-Maudhu’aatnya dan telah berkata : Berkatanya Ats-Tsa’labi : hadith ini tiada asalnya,dan berkata pula Ibnu Hibban : di dalam hadith ini seorang perawi yang bernama Yahya Bin Zaid telah meriwayatkan hadith ini secara terbalik,maka terbatallah hadith ini untuk dijadikan sebagai hujjah,wallahu a’lam” (rujuk : Iqtidho’us Siratil Mustaqim juz : 1,m/s : 158)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers