Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 4 February 2012

Ceramah Nik Aziz Esok Malam Di Langkawi, Hari Ni Kerajaan Negeri Kedah Hantar "Pendengar Ceramah Hantu"... #savekedah @MukhrizMahathir




gambar ini tiada kaitan dengan artikel...
Sedang Kulaan beratur menunggu giliran untuk membeli tiket feri ke Langkawi, tiba-tiba datang sebuah bas berstikerkan Kerajaan Negeri Kedah.

Kulaan sempat bersembang dengan seorang pakcik yang turun daripada bas tersebut bertanyakan tujuan beliau ke Langkawi. Pada mulanya Kulaan ingat ada rombongan kakitangan Kerajaan Negeri Kedah nak melancong sama ke Langkawi.

Alangkah terkejutnya Kulaan bila jawapan yang diberikan adalah "nak pegi ceramah Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz mai ceramah kat Langkawi esok malam..." Terlopong mulut Kulaan seketika. Kulaan bertanya lagi, itu bukan ka bas Kerajaan Negeri Kedah. " Dah Pas pegang Kedah, mesti la Kerajaan Pas yang bagi guna".

"Asal tak naik kat Kuala Kedah?" Tanya Kulaan lagi. "Entah, takut orang UMNO nampak kot. Kat Kuala Perlis nie depa tak perasan kot" jawab pakcik tu lagi tanpa mengenali siapa Kulaan sebenarnya. Mungkin pakcik tuh ingat Kulaan pelancong macam yang lain.

Anuar Reform, Unspinners tun faisal dot com Anggap Isu Selesai...

Isu pengkhianat dan musuh dalam selimut memang suatu isu yang berat. Dalam semua gerak kerja pilihan raya, termasuk gerak gempur dan memasang bendera dan psoter pun kita kena berhati-hati, apa lagi dalam dunia perang siber yang penuh muslihat dan `kawan makan kawan'. Cuma macam yang saya pernah sebut, kita tidak mungkin tahu semua perkara dan semua perancangan. Ada perkara yang kita tidak perlu tahu pun. Apa yang penting, kita semua perlu fokus dengan tugas dan peranan kita dalam gerak kerja menghadapi PRU13 dan bekerja sebagai satu pasukan. Setiap sumbangan walaupun sekecil mana, tetap penting untuk UMNO dan BN. 


Trojan horse!
 WEDNESDAY, 01 FEBRUARY 2012

CATATAN ANUAR MOHD NOR - Tuduhan dan raungan BLOG UNSPINNERS terhadap saya Anuar Mohd Nor semakin menjadi-jadi dengan 2 pameran artikel yang menuduh saya sebagai agen PKR yang membocorkan rahsia dan strategi UMNO dalam berperang. Sebenarnya hak kebebasan bersuara tidak memuatkan hak untuk kita menuduh dan membuat fitnah. Budaya sebeginilah yang sebenarnya mahu diajukan kepada semua agar politik negara ini menjadi lebih matang dan lebih berintegriti.
(sedang menulis ini – saya dimaklumkan bahawa laman blog tersebut telah menarik balik tulisan tersebut pada capaian :

Friday, 3 February 2012

NGO – Serah Memorandum Kepada MB Perak @ZambryAbdKadir


Tiga badan bukan kerajaan (NGO) BAPA, ANAK dan KERABAT didakwa akan menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak selepas Jumaat tadi.

Pegawai Khas Pesuruhjaya dan Media PAS Perak, Mohd. Hafez Sabri berkata, memorandum yang dijangka diserahkan selepas solat Jumaat tadi merangkumi beberapa tuntutan NGO terbabit ke atas kerajaan negeri.

“Razman Zakaria selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat telah mengesahkan penyerahan memorandum bagi menuntut kerajaan negeri tidak menyerahkan tanah-tanah Felda Plantation yang berada di negeri Perak kepada FGVB untuk disenaraikan di bursa saham,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

VIDEO LUCU: Promo Kreatif Dari TV3…Shah Rukh Khan Nyanyi Lagu Bumi Putra Rockers!



Iklan promo yang sering disiarkan di stesen televisyen tempatan selalunya agak membosankan, terlalu bersifat konvensional dan tidak kontemporari.

Ini berbeza jika kita melihat stesen televisyen asing…tak payah pergi jauh, Indonesia pun dah cukup.

Mereka cukup kreatif dalam menghasilkan promo sesebuah rancangan hinggakan penonton tak sabar untuk menyaksikan tayangan sesebuah program yang bakal ditayangkan.

Sokong Israel: PAS Wajib Berpisah Dengan PKR???...


Pemimpin PKR, Anwar Ibrahim sudah pun menyatakan dengan terang dan jelas bahawa beliau menyokong "segala usaha untuk melindungi keselamatan Israel".

Ini bererti Anwar adalah pro-Israel dan pro-Zionis yang selama lebih 60 tahun telah menjarah bumi Palestin serta menindas dan menzalimi rakyatnya.

Setakat ini rakan kongsi PKR dalam Pakatan Rakyat, PAS dan DAP masih membisu seribu bahasa.

Hanya PAS ada bersuara sedikit meminta Anwar memberi penjelasan mengenai kenyataannya dalam temuramah dengan akhbar Wall Street Journal 26 Januari lalu.

PAS yang mengaku sebagai parti politik yang memperjuangkan Islam sebagai matlamatnya tidak sepatutnya mengambil sikap berdiam diri bila mana Anwar sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat membuat kenyataan yang menghina umat Islam dan pada masa yang sama dengan lantang dan berani mempertahankan negara Zionis-Yahudi.

Memahami Apa Itu Bidaah...


Persoalan yang sering timbul dalam masyarakat kita dewasa ini adalah adanya segelintir masyarakat yang tidak memahami dengan sebenar-benarnya persoalan bidaah.

Lalu mereka menganggap segala apa jua perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat semuanya bidaah.

Akhirnya wujud dalam kalangan masyarakat yang menyatakan bahawa amalan-amalan seumpama talkin mayat setelah dikebumikan, membaca tahlil, membaca Yasin pada malam Jumaat, berwirid secara berjemaah selepas solat fardu, membaca lafaz usalli atau melafazkan niat sebelum takbir, sambutan maulid nabi dan sebagainya adalah amalan bidaah yang tidak diterima di sisi Allah.

Thursday, 2 February 2012

Rumah Hangus Terbakar, Tapi Kitab Tafsir Al-Quran Langsung Tak Dijilat Api??? Subhanallah...


Satu kebakaran melibatkan rumah kedai dilaporkan berlaku di No. 28, Jalan Adil 25/10, Taman Sri Muda, Shah Alam semalam.

Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman api di lokasi yang dimaksudkan.


Namun sebaik saja operasi selesai, anggota bomba bertugas dikejutkan dengan penemuan senaskah kitab tafsir Al-Quran yang langsung tidak terjejas keadaan fizikalnya.

Walaupun rumah tersebut musnah akibat kebakaran, namun kitab itu tidak ‘terusik’ dek api dalam kejadian itu.

Naskah berkenaan juga tidak basah dan rosak walaupun pihak bomba menggunakan air dalam kuantiti yang agak banyak dalam operasi tersebut.


Inilah yang dikatakan kebesaran Allah.

Semoga ia boleh memberi iktibar dan renungan kepada kita semua. Wallahualam

- Gambar dari Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Shah Alam

Quikie : Bila Laungan Azan Bergema Dalam Gereja… Subhanallah



Pernahkah anda terfikir bahawa laungan azan akan berkumandang di dalam gereja?

Azan itu dilaungkan oleh seorang pemuda beragama Islam, Ben Youcef yang juga seorang pelakon dan model.

Ketika azan dilaungkan oleh Ben Youcef, semua yang berada di dalam gereja itu tunduk dan duduk diam tanda hormat terhadap laungan azan yang menandakan kebesaran dan kesucian agama Islam.

Ia dirakamkan sewaktu berlangsungnya dialog antara agama yang dihadiri puak Yahudi, penganut Kristian dan juga penganut Islam di sebuah gereja dekat Universiti Southern California tahun lalu.

Muzium Darul Ridzuan Naik Taraf... @ZambryAbdKadir @AzwanBro



Kerajaan negeri Perak memperuntukkan RM100,000 untuk menaik taraf Muzium Darul Ridzuan sebagai Muzium Arkeologi Perak bagi persediaan sebelum Lembah Lenggong diisytiharkan Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, peruntukan itu bagi menaik taraf kemudahan infrastruktur di muzium berkenaan termasuk menambah rak pameran bahan arkeologi dan penataan cahaya.


“Projek ini dijangka dimulakan pada Februari ini dan kerajaan negeri telah mendapat kerjasama baik daripada Universiti Sains Malaysia (USM) yang bersetuju untuk menyerahkan bahan arkeologi yang ditemui di Lembah Lenggong secara percuma untuk dipamerkan di muzium itu,” katanya.



Orang Melayu Jangan Jadi Pengkhianat Bangsa Melayu Dengan Menjadi Ahli DAP...



“Saya menasihatkan agar orang melayu, jangan jadi pengkhianat bangsa melayu dengan menjadi ahli DAP. Inilah pandangan peribadi saya. Bagi saya, sekiranya orang melayu menjadi ahli DAP dan membiarkan diri mereka dipergunakan demi kepentingan politik DAP, mereka sebenarnya adalah pengkhianat bangsa melayu,” ujar Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Shahanim Mohamed Yusoff.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pergerakan DAP yang dilihat semakin aktif cuba merekrut bangsa melayu menjadi ahli parti tersebut dan kononnya bakal diletakkan sebagai calon di Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Hasan Ali Yakin 'Ttsunami Baru' Boleh Tumbang PR, Bebas Pas.....


Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa Islam, Melayu dan Raja (IMR) adalah menifestasi yang amat ditunggu-tunggu masyarakat khusus bagi mengembalikan semula tiga elemen yang didakwa telah pudar di negara ini, dan yakin 'tsunami' beliau boleh menumbangkan Pakatan Rakyat (PR) selain membebaskan Pas daripada parasit.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor ini berkata, orang ramai selama ini menanti ada pihak yang memulakan perjuangan ini.

Menurutnya, beliau yakin IMR akan mendapat sambutan hangat secara berterusan, berdasarkan jumlah hadirin dalam siri jelajah beliau dalam minggu ini.

"IMR satu manifestasi, banyak SMS saya terima yang menggambarkan betapa rakyat Malaysia menunggu kedatangan IMR ini."

Tuesday, 31 January 2012

Kerajaan Negeri Perak Semak Semula Isu Permohonan Tanah Pertanian... @ZambryAbdKadir


Kerajaan negeri Perak akan menyemak semula isu permohonan tanah pertanian di negeri itu yang didakwa mempunyai masalah daripada segi tempoh pajakan dan kelewatan pemprosesan hak milik, seperti mana pernah dibangkitkan oleh MCA, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata, kurniaan hak milik tanah pertanian yang dibuat melalui agensi kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan tempoh pajakan 30 tahun menimbulkan kesukaran untuk mendapatkan pinjaman bank turut dikemukakan kepada kerajaan negeri.

Dr Soi Lek mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana menubuhkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon untuk menangani isu permohonan tanah pertanian yang boleh dikatakan telah tertunggak begitu lama.

Betul Ker Elaun Anggota Rela Naik RM2 Sejam???... @HishammuddinH2O @NajibRazak @relamalaysia


Seramai 2,874,181 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) berazam menjadikan pasukan tersebut menjadi pemangkin kepada kejayaan Program Transformasi Kerajaan dan Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Pengarah RELA, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, untuk tujuan itu RELA akan memberi tumpuan kepada Akta Baru RELA yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac 2012 ini dan menumpukan usaha transformasi yang dirangka berlandaskan teras pendekatan 4K iaitu Keselamatan, Keamanan, Kesejahteraan dan Keharmonian setempat.

“RELA akan mempertingkatkan kerjasama dengan agensi serta badan sukarelawan lain di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK), khususnya bagi pelaksanaan operasi strategik dan rondaan bersama untuk tujuan keselamatan."

“RELA juga bekerjasama dengan Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan jabatan-jabatan lain yang berkaitan dalam menjalankan tugas-tugas di mana khimat RELA diperlukan," katanya melalui satu kenyataan media.

Monday, 30 January 2012

Puaka Niring : Bunyi Aneh Dari Langit Yang Disangka Petanda Kiamat Hanyalah Bunyi Mesin Kelapa Sawit???...



Masih ingatkah kisah bunyi aneh dan menakutkan dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu?

Ia mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post telah dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.

Lebih menggemparkan, bunyi yang sama juga sebelum itu dikatakan kedengaran di beberapa buah kawasan di dunia.

Malah ada pihak yang mula mengaitkannya dengan petanda awal kiamat.

Misteri mengenainya bagaimanapun bakal terjawab minggu depan apabila pasukan khas dari Agensi Angkasa Negara (AAN) selesai melakukan penyiasatan mereka.

Quikie : Dedicated This Song To My Good Buddy...



I dedicated this song to my "good buddy" that enjoy so much this song and it's lyric... sorry bro... "the best man win..." but what ever happened between us it's just a coincidence... hope we'll still be a good buddy... 
what happened in Vegas, stayed in Vegas...
adios amigos......

TMP2012 : ETS Khas Dari Ipoh Ke Batu Caves Sempena Thaipusam... @ZambryAbdKadir


Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan menawarkan perkhidmatan tren khas dari Ipoh, Perak ke Batu Caves, Selangor dan dari Batu Caves ke Ipoh pada 7 Februari ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui satu kenyataan media memberitahu, perkhidmatan tren khas tersebut diadakan bersempena sambutan Thaipusam.

“Perkhidmatan ini membabitkan tren ET71 dari Ipoh ke Batu Caves yang dijadual bergerak pada pukul 4 pagi dan tiba di lokasi pada pukul 6.25 pagi."

“Sebuah lagi perkhidmatan ETS ke lokasi yang sama adalah ET73 yang dijadual bergerak pada pukul 4.30 petang dan tiba di lokasi pada pukul 6.55 petang," menurut kenyataan itu.

Di Mana Suara Mahasiswa/wi Dalam Pakatan Rakyat..???...


Hari ni boleh dikatakan hampir semua rakyat Negara 1Malaysia kenal dan tahu siapa itu Adam Adli. Nama anak muda ini naik mendadak selepas dia dengan secara spontan menurunkan Bendera dengan Gambar Perdana Menteri 1Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Razak di hadapan Bangunan Putra Trade World Centre (PWTC).

Adam Adli dengan Perjuangan Mahasiswa/wi pro-Perubahan menuntut antaranya supaya AUKU dimansuhkan dan apa yang lebih penting, beliau Mengetuai Sekumpulan Mahasiswa/wi berjuang dan menuntut Kebebasan Akademik melalui apa yang digelarkan oleh Beliau dan rakan-rakannya sebagai "Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik" atau BEBAS.

Gua tak nak bincang tentang apa yang diperjuangkan oleh Adam Adli sebab itu adalah Perjuangan Beliau dan rakan-rakan beliau dan hanya boleh kita bincangkan kalau kita faham apa yang terkandung dalam Memorandum yang Beliau usung setiap masa ke hulu dan ke hilir. Jadi gua tak boleh nak ulas apa-apa.

Gua lebih berminat untuk membincangkan soal "ke mana perjuangan Adam Adli" selepas ini. Politik di Negara 1Malaysia ada banyak musim. Isu-isu yang datang tak pernah kekal lama dalam kepala otak rakyat 1Malaysia - hangat-hangat taik ayam - Ungkapan yang lebih tepat.

Biar Betul DAP Dakwa Perjuang Kepentingan Melayu???...


Parti DAP menafikan kenyataan pemimpin UMNO bahawa parti itu langsung tidak pernah memperjuangkan kepentingan orang Melayu di negara ini.

DAP melalui satu kenyataan sebaliknya mendakwa, UMNO sebenarnya yang meminggirkan masyarakat Melayu selama ini terutama di Pulau Pinang.

"Kerajaan Pulau Pinang yang diperintah DAP mengadakan pebagai program kebajikan sosial membantu golongan masyarakat yang paling memerlukan tanpa mengira kaum."

"Rata-rata mereka yang dibantu itu adalah masyarakat Melayu yang selama ini telah dipinggir dan disia-siakan oleh UMNO," dakwa kenyataan itu.

Sunday, 29 January 2012

Puaka Niring : Jenis-jenis Hantu Di Malaysia Sahaja???...


Kepercayaan Hantu dalam Masyarakat Melayu

Hantu merupakan kepercayaan mengenai makhluk halus atau semangat jahat yang wujud di dalam alam lain yang terdapat dalam semua kebudayaan dalam dunia ini. Dalam masyarakat Melayu hantu, semangat, jembalang atau penunggu telah wujud sejak zaman animisme lagi. 

Ketika itu semua benda besar seperti pokok atau batu yang besar dianggap menjadi kediaman jin atau penunggu yang perlu dijaga dengan baik agar jin tersebut tidak mengamuk dan membahayakan penduduk sekitar. Malahan jamuan makanan atau acak disediakan oleh seseorang yang berpengalaman yang lebih dikenali sebagai pawang bagi memastikan penunggu tersebut tidak mengganggu manusia dan sebaliknya akan membantu penduduk daripada serangan wabak penyakit dan musuh tanaman. 

Amalan ini amat besar dosanya dan dikategorikan sebagai Syirik Jali iaitu perbuatan syirik yang jelas dan nyata. Amatlah perlu berhati-hati agar tidak terjebak ke dalam golongan yang dimurkai Allah swt ini. Amalan ini masih kekal dikalangan penduduk asli yang masih mengamalkan kepercayaan animisme.

Dengan kedatangan agama Hindu dan Bhudda, konsep penunggu dan jembalang diubah menjadi konsep dewa-dewa yang mendiami tempat-tempat tertentu. Bagi menghormati dewa-dewa ini, kuil-kuil dibina ditempat-tempat tersebut dengan tujuan pemujaan bagi mendapatkan sesuatu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers