Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 7 January 2012

ANUar Masih PM Kalo Masuk Penjara Pun????... Mana Nak Letak Nik Aziz Dan Hadi Awang????... Tak Layakkah Pemimpin Islam Jadi PM????...


Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tetap akan menjadi Perdana Menteri biar pun dipenjarakan atas tuduhan meliwat oleh Mahkamah Tinggi pada Isnin ini.

Dalam wawancara dengan portal berita Malaysiakini, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, pembangkang akan melantik seorang 'Perdana Menteri sementara' jika mereka berjaya membentuk kerajaan ketika beliau menjalani hukuman nanti.

Malah, beliau juga tidak menjangka dipenjarakan begitu lama walaupun hukuman bagi dakwaan mengikut Seksyen 377 (B) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan pemenjaraan sehingga 20 tahun.

Demonstrasi "Kempen Bebaskan Anwar 901" Adalah Haram Bahkan SESAT!!!!...


10 Sebab Kenapa Rakyat Tidak Wajar Sertai Perhimpunan Haram 9 Januari


Bekas peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Nordin hari ini memberi 10 sebab kenapa rakyat tidak wajar turun menyertai perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Januari ini.

Malah tegasnya dalam entri terbaru blognya zul4kulim.blogspot.com Mahkamah Rakyat wajib memakukan paku terakhir keatas keranda politik Anwar Bin Ibrahim!

Berikut 10 sebab kenapa rakyat tidak wajar menyertai perhimpunan haram tersebut.

1. Mengapa Anwar tidak membela diri dia sendiri dalam Mahkamah. Semasa diberi peluang membela diri, Anwar memilih tidak mahu memberi keterangan bersumpah.

Dalam kes tahun 1998, Anwar berani angkat sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah. Memberi butiran apa yang dia dakwa konspirasi. Soalan Hakim dijawab, soalbalas Pendakwaraya dipatahkan!

Tapi kali ini, Anwar langsung tidak angkat sumpah dalam Mahkamah! Anwar langsung tidak memberi keterangan bersumpah! Peluang terbuka luas depan Anwar untuk membela diri dia. Tapi tidak mengambil peluang tersebut!

Tapi teman faham, sebagai peguam teman tahu Anwar tersepit. Berlainan dengan kes 1998 bilamana polis kurang bukti. Setakat sebutir tilam untuk buktikan liwat.

Kes liwat Saiful kali ini ada videoklip CCTV Anwar berada di kondominium tersebut, ada catatan saksi nampak Anwar ditempat kejadian, ada kesan airmani dalam dubur Saiful, malah DNA Anwar dikesan dalam dubur Saiful, bukan atas tilam macam kes liwat Azizan!

Dalam keadaan itu, Anwar mengambil jalan selamat dengan langsung tidak angkat sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah.

Dengan cara itu, Hakim tidak boleh tanya soalan, Pendakwaraya tidak boleh soal-balas. Anwar selamat daripada disoal-siat, Anwar selamat daripada dilondehkan dalam kandang saksi!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak membela diri dia dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

Friday, 6 January 2012

Lensa Niring 2 : Malam Penghargaan Media Perhimpunan Agung (PAU) 2011

Sebahagian daripada catatan lensa yang sempat Kulaan abadikan pada majlis malam ini. Agak ramai sekitar 1000 orang pengamal media sosial, media cetak dan media massa yang hadir ke majlis malam ini.

REAL Ghost Girl Caught On Video Tape????...




Kulaan : saksikan minit ke 1:38... ada kelibat anak gadis kecil dalam beberapa saat di kaki tangga... 

Malam Penghargaan Media Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2011

Malam ini bertempat di PWTC berlangsung Malam Penghargaan Media Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang dijangkakan akan turut dihadiri oleh PM, Datuk Seri Najib dan barisan kepimpinan tertinggi UMNO dan BN.

Majlis makan malam ini diadakan bertujuan untuk meraikan para pengamal media sosial yang turut sama menyumbang kepada kejayaan PAU 2011 hujung tahun lalu dengan menyiarkan perjalanan perhimpunan sama ada melalui media cetak, media massa, media perdana mahu pun media siber di alam maya.

Pengamal media sosial terutama kepada blogger-blogger juga diberi penghargaan atas usaha melaporkan apa yang berlaku pada perhimpunan tersebut.

Terasa bangga dengan penghargaan dan pengiktirafan daripada kerajaan BN terutama kepada PM dan barisan pemimpin UMNO dan BN kepada para blogger-blogger di alam siber.

Jadi Alat Pembangkang, Mahasiswa Melayu Patut Malu Dengan Mahasiswa Kaum Lain...


Segelintir kecil mahasiswa Melayu yang rela membiarkan diri mereka diperalat pembangkang patut berasa malu dengan mahasiswa kaum lain yang sentiasa menghargai masa untuk menimba ilmu pengetahuan di institut pengajian tinggi.

Demikian pandangan Ketua Penerangan Parti Progresif Rakyat (PPP)Malaysia, Datuk A. Chandrakumanan merujuk tindakan mahasiswa yang berdemonstrasi di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang kononnya memperjuangkan agar Adam Adli tidak dikenakan tindakan oleh pihak UPSI atas tindakannya menurunkan bendera Perdana Menteri serta kononnya memperjuangkan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

“Kumpulan kecil mahasiswa ini sebenarnya terpedaya dengan hasutan pembangkang dan mereka merasakan bahawa masa hadapan mereka akan sentiasa terbela walau apapun yang terjadi."

Lensa Niring 1 : Suasana Depan Bukit Aman Masih 'Cool'...

Kulaan dimaklumkan oleh 'informer' petang ini lepas sembahyang Jumaat akan berlaku satu perhimpunan oleh geng 'mahasewel' lagi untuk sampaikan memorandum ntah hapa-hapa lagi yang puak-puak nie tak puas hati.

Namun, daripada pemerhatian Kulaan dari atas dalam Bukit Aman keadaan masih terkawal dan berkeadaan seperti biasa macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Tapi Kulaan tetap akan menanti kalau-kalau ada peristiwa menarik berlaku...

To be continue...

Tuduh Peliwat Tahun 1997, Jadi Ketua Pembelaan 2008… Apa Motif Karpal??


Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan sekali lagi mengulangi persoalan pelbagai pihak sebelum ini mengenai tindakan Karpal Singh menjadi Ketua Pembelaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat Saiful Bukhari.

Ini kerana menurutnya Karpal Singh pernah menuduh Anwar sebagai peliwat dalam ucapan Dewan Rakyat tahun 1997.

“Mengapa Karpal menjadi Ketua pembelaan Anwar dalam kes Saiful? Ini mungkin kerana Karpal yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan inginkan segala rahsia Anwar berada dalam poket DAP dan akan diguna bila perlu."

Hasan Ali Bantah Pendirian PAS Selangor Sokong Perhimpunan Haram #bebasAnwar901???...


Tokoh kontroversi PAS, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang juga EXCO Kerajaan Selangor membantah pendirian PAS Selangor menyokong perhimpunan haram yang dirancang Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, di ibu negara Isnin ini.

Hasan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, sebaliknya berkata parti itu sudah membazirkan masa lebih tiga tahun hanya kerana seorang pemimpin, sedangkan banyak kerja lain lebih berfaedah untuk negara boleh dilakukan dalam tempoh berkenaan.

Sehubungan itu, beliau tidak akan menghadiri perhimpunan berkenaan dan mempersoalkan tindakan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Osman mendahului kepemimpinan PAS pusat dalam membuat pendirian berhubung isu berkenaan.

Katanya, PAS Selangor juga dilihat begitu proaktif dan taksub terhadap perkara yang salah, manakala perkara lain yang lebih penting iaitu membabitkan agama Islam dipinggirkan.

FRU Jangan Silap Langkah Semasa Demo #bebasAnwar901


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengingatkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) supaya tidak tersilap langkah ketika menjalankan tugas menjaga dan mengawal ketenteraman awam.

Beliau berkata, sebarang kesilapan walaupun kecil, bukan sahaja memberi kesan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), malah usaha keras mereka selama ini tidak akan dihargai masyarakat.

"Sebagai manusia biasa, kita tidak lari dari kesilapan, tetapi kita boleh membuat perubahan dan mengurangkan kesilapan, saya sendiri pun sentiasa memperbaiki kelemahan diri."

Thursday, 5 January 2012

Roh Aishah Masih Berlegar-legar Mencari Pembunuhnya????...


Aishah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis kampung yang pemalu. Dia berhijrah ke ibukota sekitar tahun 1984. Aishah mengalami sejenis penyakit di mana matanya sangat sensitif terhadap cahaya yang terang. Sebab itulah Aishah sentiasa memakai kaca mata hitam. Dan Aishah paling pantang jikalau ada sesiapa yang mengambil gambarnya. Kerana dia sensitif terhadap 'flash' yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang terang akan menyebabkan Aishah mengalami migrain yang teruk.

Pernah sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan. Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba ter-snap gambar Aishah. Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehingga berbuih mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas lantai sehinggalah pihak ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah ditempatkan di hospital di dalam bilik yang istimewa di mana lampu dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar tersebut juga datang melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya.

Sejak hari itu Aishah telah berhenti kerja. Doktor membekalkannya beberapa jenis ubat-ubatan dan disuruh agar berehat untuk satu jangkamasa yang lama. Dia hanya duduk di rumah sahaja dan hanya keluar pada waktu malam di mana cahaya tidak begitu terang untuk membeli makanan. Teman serumah yang simpati dengan keadaan Aishah mengizinkannya tinggal sementara di rumah tersebut tanpa perlu membayar sewa sehingga dia benar-benar sihat untuk pulang ke kampung.

Setelah sebulan, kini Aishah sudah sihat sepenuhnya. maka tibalah masa untuk Aishah pulang ke kampung. Pada malam itu Aishah keluar dari rumah untuk menuju ke stesen bas. Dalam perjalanan dia telah diculik oleh 4 lelaki yang menaiki sebuah kereta. Dia dibawa ke sebuah rumah kosong dan diikat kaki dan tangannya ke sebuah tiang. Aishah menangis meminta simpati. Pakaiannya ditanggalkan satu persatu dan dirogol secara bergilir-gilir. Salah seorang dari perogol tersebut mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar perbuatan terkutuk itu. Aishah merayu supaya gambarnya tidak diambil. Dia cuba menerangkan mengenai keadaan penyakitnya yang sensitif terhadap cahaya. Namun penjahat tersebut tidak menghiraukan rayuan Aishah. Kali pertama gambar diambil, lampu flash yang menyilaukan itu menyebabkan penyakit Aishah datang kembali. Kepalanya sangat sakit. Dia menjerit-jerit kesakitan dan pada masa yang sama masih dirogol oleh 4 lelaki durjana tersebut.

Penjelasan Nur Amalina Berkaitan Isu Beliau Di Blog Dari UK Live Skype.......


“Saya tetap Melayu Islam. Walaupun saya seorang yang suka berfesyen dan mengayakan pelbagai jenis pakaian, saya tetap mengutamakan batasan budaya dan agama dalam apa juga perkara dilakukan, malah tidak pernah terjebak dengan aktiviti sosial atau budaya negatif ‘mat salleh’.

“Sebagai umat Islam saya tetap bersolat lima waktu dan setiap malam Jumaat, saya membaca surah Yasin bagi mendapat petunjuk dalam pelajaran dan keberkatan hidup,” kata pelajar genius Nur Amalina Che Bakri, 23, ketika menjelaskan kontroversi laporan sebuah blog mengatakan dia seorang suka bersosial dan gagal dalam pelajaran serta pulang ke Malaysia secara senyap-senyap.

Nur Amalina atau lebih manja dengan panggilan Ina, ditemuramah menerusi sidang video ‘Skype’ selama hampir 45 minit bermula kira-kira jam 5.30 petang di rumah ibunya, Sabariah Hassan, 52, di Taman Sri Saujana di sini, semalam.

Malah, gadis pintar itu masih merendah diri dan berharap rakyat Malaysia terus menyokong dan mendoakan kejayaannya walaupun selepas penyebaran fitnah mengenainya itu.

Dalam temu bual yang dilakukan dalam bahasa Melayu, Ina meminta orang ramai tidak mudah percaya dengan apa disebarkan dan jangan menghukum seseorang berdasarkan perwatakannya.

Ini Bukti Kekasaran Polis Kepada Mahasiswa Demo UPSI????...




Inikah yang dikatakan 'kekasaran polis terhadap pendemostrasi'... siapa provok siapa... nasihat dan amaran telah diberikan mengikut "standard prosedure"... begitu angkuhnya 'mahasewel' nie... 40 tahun dah bagi peluang? wei!!! ko tu hidup baru 23 tahun... bila masa 40 tahun ko dah bagi peluang... 

Betul Ker ANUar Tidak Akan Lari Dari Malaysia????...


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku beliau boleh melarikan diri ke luar negara seperti ke Turki bagi menyelamatkan diri daripada hukuman berkaitan kes liwatnya.

Bagaimanapun, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menegaskan beliau tidak mahu berbuat demikian.

Katanya, beliau tidak gentar untuk dipenjara sekiranya mahkamah pada 9 Januari ini memutuskannya bersalah dalam kes liwatnya.

Wednesday, 4 January 2012

Filem Ombak Rindu: Lebih 20 Kesilapan Filem Tidak Disedari Penonton...


Walaupun dipuji melambung oleh peminat-peminat industri hiburan tanahair dan mendapat sambutan hangat dengan jumlah kutipan jualan tiket mencecah RM10.01 juta sehingga 30 Disember lalu, Ombak Rindu tidak terlepas melakukan kesilapan.

Sebuah blog pengkritik filem, Goofspotonfilm.blogspot.com (Goof Spot), menyenaraikan lebih 20 kesilapan filem Ombak Rindu yang mungkin tidak disedari oleh ramai penonton filem tersebut setelah diteliti dari sudut ‘shot’, audio dan visualnya.

Antara kesilapan-kesilapan yang dikenal pasti oleh pemilik blog itu ialah mengenai arah laluan keretapi yang dinaiki Izzah untuk ke Kuala Lumpur adalah bertentangan dengan arah sebenar dan menunjukkan ia menuju ke arah Arau atau Thailand.

“Scene keretapi ini dilakonkan di stesen kereta api Alor Star. Ianya berdasarkan struktur stesen dan kawasan yang dalam pembinaan, yang mana adalah dahulunya adalah bangunan lama. Dalam filem ini, Izzah naik tren nak ke Kuala Lumpur."


“Dalam realitinya, tren yang dinaiki Izzah sebenarnya menuju ke Arau dan seterusnya ke Siam. Untuk ke Kuala Lumpur, tren sepatutnya datang dari arah yang berlawanan. Dan, tren tersebut hanya ada pada waktu malam,” dakwa pemilik blog tersebut.

Pandangan Ketua Pemuda UMNO Perak Mengenai AUKU Dan Insiden UPSI Perak...

Khairul Azwan Harun
Khairul Azwan Harun, Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO/BN Negeri Perak

"Sebagai seorang pelajar yang berdedikasi, mereka sewajarnya mempunyai jatidiri tersendiri, apatah lagi mahasiswa UPSI yang dilatih untuk menjadi pendidik anak bangsa. Seharusnya mahasiswa tidak membenarkan diri mereka diperalatkan oleh pemimpin politik tertentu. "

"Saya dapat melihat dan menilai bahawa perhimpunan haram anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim jelas mempunyai agenda tertentu. Ia seolah-olah hanya memberi keuntungan kepada sebelah pihak sahaja."

"Percaya atau tidak, saya yakin ada pihak yang akan cuba menangguk di air yang keruh dengan mengambil kesempatan daripada kejadian itu dimana mereka ingin meraih simpati orang ramai supaya menyokong mereka."

"Kepimpinan setiap gerakan mahasiswa diseluruh negara perlu jelas dengan apa yang mereka perjuangkan agar tidak dijadikan alat kepada kumpulan yang berkepentingan seperti Pakatan Rakyat khasnya Anwar Ibrahim." 

"Kepada semua penuntut Institut Pengajian Tinggi, saya sarankan berfikirlah dahulu sebelum bertindak, kaji semula mana yang baik dan mana yang buruk, janganlah beri ruang kepada pihak luar yang akan mengambil kesempatan diatas keterbukaan kerajaan dan Perdana Menteri kita."

"Jangan palitkan diri anda semua dengan emosi dan ideologi politik luar yang memberi kesan negatif kepada Malaysia kerana mahasiswa merupakan nadi pemacu kemajuan negara"

Yang Kena Tibai Polis Anak Melayu... Yang Mengamuk Mak Bangsa Cina... Tak Ka Pelik???...




Kulaan : pelik bin ajaib????... yang kononnya kena pukul polis anak Melayu... yang mengamuk depan UPSI anak Melayu... yang buat laporan anak Melayu... yang datang Wanita UMNO Melayu... yang dok meroyan auntie Cina cakap melayu tak betoi... anak dia ka yang terlibat... ada ka anak cina yang masuk spital... ada ka anak cina yang kena pukul... iskh!!! auntie cina mana yang PKR dengan DAP bayaq dok melalut macam orang nyanyuk... 

"FRU datang pakai crash helmet... pakai perisai (shied)..." Auntie!!! takkan polis perusuh nak datang pakai baju pagoda dengan kain pelikat kot...  "saya dapat telefon pukul 3 pagi..." Eh!!! Auntie nie mak Adam Adli ka... mak Safwan Anang ka... hebat sangat ka auntie nie sampai ada orang call dia pagi-pagi buta... dah la auntie... auntie dah tua bangka duduk rumah jaga cucu lagi baik...

apa pun steady kakak baju merah yang 'cool' melayan kerenah auntie tua bangka tak sedar diri nyanyuk pulak tuh...

Majlis Peguam Kini ‘Majlis Politik’????...


Sikap membisu seribu bahasa Majlis Peguam berhubung penganjuran ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’ meskipun ia dilihat mencabar kewibawaan institusi kehakiman negara, membuktikan badan tersebut kini bertukar peranan menjadi ‘Majlis Politik’.

Majlis Peguam yang sepatutnya tampil mempertahankan institusi kehakiman kini hanya bergerak dan menjalankan tugas mengikut selera politik bukannya atas dasar integriti.

Sepatutnya mereka yang berselindung di bawah majlis amali seperti Majlis Peguam perlu mempunyai pendirian yang jelas. Jika inilah sikap mereka (berdiam diri), masyarakat harus memberi pertimbangan kepada majlis ini dan perlu melihatnya dari sudut selain undang-undang. Ini tidak boleh diterima (kegagalan Majlis Peguam mempertahan institusi kehakiman). Jangan bila kena mata dipejam dan bila kena perut dikempiskan.

Tuesday, 3 January 2012

Hantu Kak Limah Dipenjara Dalam Botol....


Misteri gangguan makhluk halus menyerupai hantu Kak Limah menyelubungi kehidupan satu keluarga di Kampung Temiang, Marang Terengganu sejak lebih seminggu lalu terungkai apabila seorang ustaz yang menggunakan kaedah perubatan secara Islam tampil membantu.

Proses pemulihan yang dilakukan Ustaz Nor Hasrul Mohd Hassan dari Perubatan Syifa Al Ikhlas yang berpangkalan di Serendah, Selangor itu yang tiba kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, bermula di rumah pusaka keluarga berkenaan di Jerangau kira-kira jam 4 petang.

Bagaimanapun usaha untuk menghalau makhluk halus di rumah Syaawal Mazlan di Kampung Temiang, di sini hanya dilakukan kira-kira jam 9 malam berikutan detik itu dikatakan bermulanya kehadiran makhluk menyerupai hantu Kak Limah itu.

Kak Limah adalah nama watak seorang wanita yang disangka jelmaan hantu dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mendapat sambutan hangat di pawagam tahun lalu.

Isu Ustaz Azhar Idrus : "Jangan Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga"...


SETENGAH BLOGGER TULIS ARTIKEL NAK PERTAHAN BARISAN NASIONAL TETAPI AKHIRNYA MEMALUKAN BN JUGA AKHIRNYA.

MEREKA SENGAJA MENGUSIK 'SARANG TEBUAN' DAN MENAMPAKKAN UMNO TIDAK MESRA ISLAM.

CUKUPLAH DAN JANGAN PERBODOHKAN ORANG WALAU ANDA MEMBODOHKAN DIRI SENDIRI.

NAK CARI HITS JANGAN SAMPAI MEMBUAT SESUATU YANG BODOH.

TOLONG ATAU ANDA PUNCA UMNO LAGI NAMPAK HODOH.


BERDAKWAH KENA BERHIKMAH.

JIKA ANDA SUKA UMNO KALAH ANDA BOLEH BUAT APA SAHAJA ANDA SUKA, ASAL DIRI ANDA PUAS.

Salah Siapa??? : Isu Pertembungan 'Geng Adam Adli 901' vs Polis...


Tahniah! Tahniah buat siapa. Tahniah buat 70 orang mahasisewel bangang yang mengamuk di depan UPSI Tanjung Malim. Dengan hanya 70 orang sahaja, bukan 700 atau 7000 jauh sekali 70,000 mahasiswa, mereka berjaya menunjukkan kepada masyarakat Malaysia bahawa polis itu kejam, bahawa polis itu bertindak di luar batasan kemanusiaan, bahawa polis itu tidak berhati perut, polis itu dan polis ini.

Pembangkang melalui proksinya mahasewel yang sudah di'brainwash' oleh ANUwar sejak kebelakangan ini mula menunjukkan 'taring tidak bertempat'. Apa tujuan mereka yang sebenarnya? Apa muslihat mereka disebalik insiden-insiden yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Umum sudah maklum kes liwat ANUwar bakal keluar keputusan penghakiman pada 9 Januari yang tak berapa hari lagi. Jadi sudah tentu untuk mengalih perhatian rakyat dan paling penting adalah untuk mendapat 'simpati' rakyat dengan keputusan penghakiman itu nanti. 

@ZambryAbdKadir Merasmikan Kedai Rakyat 1 Malaysia Di Bagan Serai...


Baru-baru ini Kulaan menerima panggilan telefon daripada bonda Kulaan di kampung. Agak lama juga Kulaan tidak menghubungi bonda kerana kesibukan kerja di hujung tahun. Namun, panggilan bonda kali ini ada kelainan. Bonda Kulaan bagi tau Datuk Seri Zambry, MB Perak ada datang ke kampung halaman Kulaan di Bagan Serai.

Kulaan kata biasa la kalo MB Perak datang, kan kerja dia melawat kawasan dalam Perak. Tapi bonda Kulaan kata lawatan MB Perak kali ini berbeza sebab dia rasmikan "Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)". Apa? 'KR1M' ada kat Bagan Serai. Biar betul? Pekan kecil sebelum di hujung sempadan utara negeri Perak dah ada 'KR1M'.

Bagan Serai merupakan pekan kecil dalam Daerah Kerian yang terkenal sebagai 'Jelapang Padi Perak' kerana keluasan sawah padinya. Majoriti penduduknya berkerja di sawah atau lebih dikenali dikalangan penduduk setempat sebagai "bendang" atau berkaitan dengannya. Mereka ini terdiri daripada etnik Melayu yang berasal dari BanjarMasin ratusan tahun dahulu. Keadaan taraf hidup masyarakat di sini bukanlah boleh dikatakan sebagai "mewah" sekadar biasa-biasa sahaja.

Pendedahan Eksklusif : Benarkah Ustaz Azhar Idrus Dikatakan Bukan Penceramah Politik????...


Semalam heboh di ruang maya cerita seorang blogger yang menghentam seorang penceramah bebas yang dikatakan 'neutral' dan 'tidak bias' dalam ceramahnya. Ustaz ini dikatakan 'neutral' kerana mengkritik kedua-dua belah pihak sama ada pihak kerajaan mahu pun pembangkang. Ustaz yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan adalah Ustaz Azhar Idrus.

Memang Kulaan bukanlah tinggi ilmu agama kerana belajar pondok pun tak lama cuma sekadar 8 tahun sahaja dan ilmu yang ada cukup sekadar untuk kegunaan sendiri sahaja. Tapi, jika ada pandangan yang mengatakan bahawa Ustaz Azhar Idrus tidak terlibat berpolitik dalam ceramahnya, Kulaan tidak berapa setuju dengan pernyataan tersebut.

Tidak salah jika seorang Ustaz seperti Ustaz Azhar Idrus mengkritik mahu pun menegur kerajaan jika ada kesilapan dan kelemahan tapi sebagai orang yang tinggi ilmu agamanya sudah tentu ada cara dan bahasa yang boleh serta wajar digunakan. Kulaan bukan berkata-kata secara membabi-buta atau tidak menyelidik dahulu, tetapi ini yang Kulaan jumpa dan sudah pasti mereka yang melihat boleh membuat penilaian sendiri.


Bagaimana dengan mereka yang mengundi Pas sehingga Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang sehingga ke hari ini kedai-kedai judi, kedai-kedai menjual arak dan rumah-rumah urut tumbuh bagai cendawan terutama di negeri Pulau Pinang dan Selangor.


Bagaimana dengan undi yang diberikan kepada Pas? Apakah hukumnya memberi undi kepada Pas sehingga berjaya menjadi sebuah kerajaan di negeri-negeri tersebut? Kulaan berharap Ustaz Azhar Idrus dapat memberi pandangan dan menjatuhkan hukum kepada pertanyaan Kulaan yang cetek ilmu agama ini dalam ceramah beliau sebagai rujukan. Siapa sahaja yang bergelar "Orang Islam" atau "Muslim" pasti tidak mahu menanggung dosa hanya kerana SATU UNDI.

"Berkatalah benar sekalipun ianya pahit"
"Yang baik datangnya daripada Allah jua dan yang buruk adalah 
kelemahan diri Kulaan sebagai hambaNya..."

Monday, 2 January 2012

Orang Minyak Di Gombak Tinggalkan Bekas Tin Minyak????...


Tiga bekas berisi minyak hitam dan satu botol minyak zaitun ditemui dalam sebuah rumah kosong di Jalan Laksamana 1/5.

Barangan tersebut ditemui susulan maklumat yang diterima unit rondaan penduduk mengenai satu lembaga yang melompat ke rumah tinggal berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi semalam.

Penduduk, Norhan Shafiq, 22 berkata, dia memberanikan diri memasuki kawasan rumah kosong bagi membuat pemeriksaan sebelum terjumpa bekas minyak berkenaan.

“Saya jumpa bekas berwarna kuning di dalam tandas manakala dua lagi bekas minyak dan satu botol minyak zaitun ditemui di bilik utamanya,” katanya.

Sementara itu pemeriksaan lanjut turut menemui beberapa helai pakaian di dalam rumah tersebut.

Panas!!! : Betulkah Ini Awek 'Mahasewel' Adam Adli??? Ada Sapa-sapa Boleh Sahkan???...


Kulaan : beberapa blog antaranya EmpayarPemuda dan PenaKSJ mula menyiarkan gambar di atas kononnya adalah awek kepada 'mahasewel' Adam Adli yang sejak kebelakangan ini dok mula menunjukkan 'taringnya' dengan mengamuk tak tentu pasal bermula di PWTC dan yang terbaru di depan UPSI Tanjung Malim malam tahun baru lalu. Ada sesiapa yang boleh sahkan gambar ini adalah gambar 'awek betul' si mahasewel Adam Adli tuh, boleh la letak kat ruangan komen atau email terus kepada Kulaan...

Hudud Pas Dipertikai????...

Wan Ismail Wan Ahmad menunjukkan keratan manifesto Pas pada
Pilihan Raya Umum  1986 mengenai hukum hudud yang akan dilaksanakan
seluruh negeri untuk semua kaum

Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, 86, hari ini tampil menjelaskan bahawa hukum hudud yang diperjuangkan Pas tidak lagi berlandaskan al-Quran dan hadis.

Beliau mendakwa, ia telah dipinda pada 1993 susulan daripada kerjasama antara Pas, Semangat 46 (S46), DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada Pilihan Raya Umum 1990.

Dakwa beliau, pada Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam yang turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam.

Wan Ismail yang pernah ditahan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkata, tafsiran hukum hudud itu bagaimanapun telah dipinda oleh Nik Abdul Aziz pada 25 November 1993 semasa beliau menyandang jawatan Menteri Besar Kelantan.

Adam Adli!!! Betul Ka Lu Mahasiswa Bukan Ahli Politik????...




Kulaan : saksikan kenyataan mahasewel adam adli pada minit 1:13... "saya tidak boleh menerima... sebagai 'MAHASISWA' apa yang anda takutkan sekarang kepada kami... kami bukan ahli politik, kami adalah mahasiswa..."

Revolusi 901 Penamat Riwayat Politik DSAI????...


Ramai yang tergelak mendengar strategi terakhir Anwar untuk meraih kepercayaan rakyat iaitu untuk bersumpah atas nama Allah S.W.T di dalam masjid di hadapan Ulama tersohor dunia bagi menafikan dia telah meliwat Saiful Bukhari.

Strategi ini dilihat sebagai paling terdesak kerana sudah terlambat memandangkan mahkamah telah pun menggulung kes dan keputusan bakal diumumkan tidak lama lagi. Sedangkan Anwar telah dicabar untuk bersumpah sejurus selepas laporan polis Saiful menjadi tajuk akhbar. 

Selama dua tahun kes berjalan, cabaran untuk bersumpah tidak pernah padam tetapi Anwar telah enggan melakukannya dengan memberikan berbagai-bagai alasan termasuk tidak relevan dengan ajaran Islam.

Betul Ka ANUar Akan Sumpah Laknat Pada 8-01????...


Kempen Bebas Anwar 901 yang dirancang oleh sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat tidak lebih daripada usaha memperjuangkan kepentingan peribadi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Dijadual berlangsung 9 Januari ini pada hari penghakiman kes liwat membabitkan Anwar sebagai tertuduh, dan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan selaku pengadu, dilihat sebagai satu helah PKR bagi mempengaruhi masyarakat kononnya kesemuanya hanyalah konspirasi untuk menjatuhkan Anwar yang merupakan ketua umum parti itu. 

Sunday, 1 January 2012

2012 Tahun Melawat Perak...


Tahun 2012 merupakan tahun yang menarik perhatian Kulaan yang merupakan anak kelahiran Perak. Tahun 2012 diiktiraf sebagai "Tahun Melawat Perak 2012" bermula hari ini. Promosi pelancongan ini dirasmikankan oleh MB Perak, Datuk Seri Zambry Kadir sambil diiringi oleh Exco Pelancongan, Datuk Hamidah Osman malam tadi ketika sambutan ambang tahun baru 2012 di Ipoh, Perak.

Kulaan berasa amat bangga kerana tahun ini berduyun-duyun pelancong dan rakyat Malaysia akan datang melawat tempat-tempat menarik dalam negeri Perak. Kulaan akan bawakan secara selang-seli atau selit-menyelit dalam blog Kulaan cerita-cerita menarik dan tempat-tempat yang boleh pembaca blog Kulaan ziarahi dan melawat dalam negeri Perak.

Adam Adli & Safwan Anang Mengamuk Di Malam Tahun Baru 2012...


Seramai 17 mahasiswa dipercayai dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditahan pihak polis tengah malam tadi apabila mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran.

Kekecohan yang berlaku antara pihak berkuasa dan kumpulan mahasiswa menyebabkan Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi (Bebas) yang juga Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Safwan Anang Talib cedera dan dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Slim River.

Ada laporan awal menyebut beliau patah tulang rusuk dalam kejadian itu namun versi berkenaan masih belum dapat disahkan sepenuhnya.


Antara yang ditahan pula adalah Adam Adli yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menurunkan gambar bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan Ibupejabat UMNO.

Nota Hujung Tahun 2011 : Paradoks DAP-Pas-PKR...


Sepanjang tahun 2011 Pakatan Rakyat memaparkan pelbagai karenah, ragam dan dakyah yang jelas dan rencam untuk memenangi hati pengundi Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 bagi merampas takhta kekuasaan negara di Putrajaya.

Paling menonjol adalah kesongsangan tabiat, perilaku dan tutur kata individu utama dalam PKR. Untuk mengatasi suasana karam yang tenat, seluruh ranting dan dahan pun cuba dipaut dan diragutnya menerusi apa jua tindakan yang selaras dengan dictum matlamat menghalalkan cara.

Keduanya adalah penukaran matlamat PAS daripada memperjuangkan Negara Islam kepada Negara Kebajikan. Tindakan ini memanifestasikan sikapnya yang kini kow-tau kepada DAP. Sekali lagi, inilah bentuknya tindakan matlamat menghalalkan cara.

Akhir sekali – tapi tidak kurang hebatnya — adalah pemaparan pelbagai tembelang DAP yang selama ini mendabik dada kononnya dialah parti yang sempurna, demokratik, bersih, bebas daripada rasuah, membenci kronisme dan mengutuk neopotisme.

Lensa Niring 2 : Karnival Sayangi Selangor



TPM, Muhyiddin Yassin sedang memberi ucapan sebelum sambutan ambang 2011 kepada pengunjung dan orang ramai yang hadir untuk menunggu jam 12 malam.

Muhyiddin memberi amanat dan penerangan kepada rakyat Selangor terutamanya mengenai angin-angin PRU 13 semakin hampir. Bagaimana negeri Selangor di bawah kerajaan Pakatan Rakyat lebih banyak menipu rakyat.

Banyak janji-janji yang ditabur oleh Pakatan Rakyat sejak PRU 12 masih belum ditunaikan oleh mereka. Rakyat terutama mereka yang tinggal di Selangor sudah 'muak' dengan janji manis Pakatan Rakyat.

TPM mengajak seluruh rakyat Selangor agar berganding bahu memberi sokongan kepada Barisan Nasional semasa PRU 13 nanti dengan menggantikan kerajaan Pakatan Rakyat dengan kerajaan Barisan Nasional.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers