Destinasi JPB2017 ke-5 adalah Parlimen Kota Marudu, Sabah bertempat di SMK Tandek Kota Marudu yang akan memberi peluang kedua kepada anak2 bumiputera yang tercicir untuk menyambung pengajian di IPTA dan IPTS di bawah MARA..... Majlis Perasmian disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu, Datuk Wetrom bin Bahanda @Mohd Fitri.... nantikan lokasi seterusnya di Sabah :
Kota Belud - 18/03/2017 (Sabtu)
Keningau - 19/03/2017 (Ahad)
Batu Sapi - 21/03/2017 (Selasa)
Silam - 22/03/2017 (Rabu)
semua anak2 Sabah dan kawasan berdekatan yang ingin menyambung pengajian dijemput hadir bermula jam 9.00 pagi hingg 2.00 petang.....
YB DATO’ SRI HAJI SHAHIRUDDIN BIN AB MOIN selaku Exco Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri Pahang merangkap Ketua UMNO Bahagian Raub disambut oleh Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar di Dewan Jubli Perak, Raub untuk merasmikan program pada hari ini.
" Kita tidak mahu bangsa kita di pandang rendah. Program JPB2017 yang dibawa adalah sebuah usaha murni kerajaan demi kehebatan bangsa kita. " - YB Dato' Sri Haji Shahiruddin.
Jelajah Pendidikan Bumiputera 2017 lokasi Ke-3 di Cameron Highlands, Pahang...... Kehadiran YB Dato' Sri Hj. Wan Rosdy B. Wan Ismail Exco Kerajaan Negeri Pahang merangkap ADUN Jelai dan Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands disambut meriah oleh Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar bagi sama-sama membantu anak-anak bangsa yang hadir di SMK Sg. Koyan. Membawa sebuah objektif yang sama, menyokong penuh inisiatif kerajaan mencipta transformasi bangsa berjaya dan celik ilmu pengetahuan.
Adik ini pelajar lepasan STPM tahun 2015 yang gagal memasuki universiti hadir dengan harapan dapat melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Setelah diperhalusi permohonan tidak sampai 1 jam adik ini telah ditawarkan menyambung pengajian dalam Ijazah Ekonomi di UKM. Sewaktu ditanya apakah perasaan beliau, adik ini menitiskan airmata terharu bercampur baur perasaan kerana seperti tidak percaya dapat masuk UKM. Bahkan ibubapa beliau pun masih belum mengetahui mengenai berita gembura ini. Tahniah adik.... semoga berjaya mengubah kehiduopan dan masa depan....
KUPTM sekali lagi efisien memproses permohonan dengan serta merta. Tahniah buat adik Anis Suraya, Nur Hidayah Wahidah, Norafrina Azreen, Norhidayati dan Wan Aini Asyikin kerana berjaya memperoleh peluang melanjutkan pelajaran di KUPTM
Jelajah Pendidikan Bumiputera 2017 lokasi Ke-2 di Temerloh, Pahang...... JPB2017 di lokasi kedua Dewan Sri Mentakab, Temerloh amat menggalakkan. Program di rasmikan oleh YB Dato' Sri Hj. Mohd Sharkar B. Hj. Shamsuddin selaku Exco Kerajaan Negeri Pahang merangkap ADUN Lanchang dan Ketua UMNO Bahagian Temerloh. Kedatangan beliau menyokong penuh terhadap inisiatif kerajaan dan Perdana Menteri untuk bersama Mencari, Mengenal dan Membantu membina bangsa yang berjaya !