Petani penternak Nelayan merupakan antara tulang belakang dalam menghasilkan sumber makanan kepada rakyat dalam negara sejak dari dahulu lagi. Walaupun Malaysia sedang berusaha menuju ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020 namun sektor pertanian merupakan tunjang kekuatan sesebuah negara kerana negara yang kuat dengan sektor pertaniannya akan dapat menjamin kestabilan sumber bahan makan bagi sesebuah negara.
Majlis Perasmian Road to HPPNK 2015 Peringkat Negeri Pulau Pinang @ Dataran Perda.
"Tahun lepas saya berada di sini untuk mempromosikan Road To MAHA 2014. Saya sentiasa ingat Road To MAHA di sini kerana pada waktu itu, Datuk Zaidi menghadiahkan saya seekor kucing. Saya namakan kucing tu PP, sempena Permatang Pauh.
Warga peladang penternak nelayan (PPN). Hppnk ini kita adakan setiap tahun, raikan PPN dan usahawan kita. Berselang seli dengan MAHA, tapi objektif utamanya adalah sama, meghargai peranan warga PPN.
Peranan warga PPN ni amat besar kepada negara. Bayangkan kalau PPN tiada, macam mana kita mahu makan untuk hidup? Ianya adalah sumbangan daripada warga PPN. Begitu besar sumbangan warga PPN kepada negara.
Pada hari ini, sumbangan pesawah dalam sektor padi misalnya, 70% daripada keperluan negara. Ayam, sumbangan 125% daripada keperluan negara, selebihnya kita eksport. Begitu juga dengan telur ayam, ikan dan sebagainya.
Cuma lembu, kambing masih berkurangan. Tapi kita berusaha meningkatkannya dari masa ke masa.
Kita tumpukan 3 perkara:
1. Tingkatkan pengeluaran makanan.
2. Tingkatkan pendapatan warga PPN.
3. Tambah peluang pemasaran.
Perdana Menteri telah mengumumkan tambahan 4 IADA, untuk tambah pengeluaran padi. Begitu juga dengan ternakan, TKPR ditambah bagi meningkatkan SSL daging.
Sistem dan program kita pun ditambah baik untuk memudahkan warga PPN. Akuakultur, kita buat dasar 50:50. Tambahan peruntukan untuk akuakultur pun telah diumumkan oleh Perdana Menteri.
Di Permatang Pauh juga, saya dimaklumkan ramai nelayan darat yang menceburi ternakan ikan sangkar.
Apabila kita nak tingkatkan pengeluaran, kita nak kurangkan kebergantungan kepada import. Padi, daging dan sebagainya. Menjelang tahun 2020, kita sasarkan untuk tingkatkan supaya kita kurangkan kebergantungan kepada import. Sekarang, lebih 35 bilion ringgit kita import bahan makanan.
Pendapatan setiap aktiviti pengeluaran, hanya 20% dikuasai oleh warga ppn kerana selebihnya dikuasai oleh orang tengah. Sebab itulah kita isytihar jihad memerangi orang tengah supaya keseluruhan rantaian nilai 100% balik kepada warga PPN sekaligus menambahkan pendapatan warga ppn.
Yang telah terlibat dalam jihad ini, pendapatan mereka telah meningkat sebanyak 10%-20% dan pengguna pula menikmati penjimatan 5%-20%.
Kita akan tambah pasar tani untuk pasaran terus dari ladang. 1 Jun 2015, peniaga mesti membeli terus dari ladang tanpa melalui peraih dan pemborong.
Begitu juga dengan AgroBazaar Rakyat 1Malaysia. Kita umum sasaran kita 600 outlet di seluruh negara. 40%-60% jualan produk adalah dari bekalan setempat, terus dari warga PPN di kawasan sekitar.
Kita punyai pelbagai perancangan untuk membantu warga PPN. Di Permatang Pauh juga kita akan bantu. Saya dimaklumkan oleh Datuk Ismail, di sini kita akan mula jayakan penanaman padi secara mini estate pagi meningkatkan pendapatan warga PPN.
Produk-produk pengeluaran industri asas tani ini mempunyai potensi yang tinggi. Xi'an akan menjadi pintu masuk kepada industri halal di China. Saya akan pergi ke China untuk bawa masuk produk-produk halal dari Malaysia. Begitu juga dengan Jepun, demand produk halal dari Malaysia untuk persediaan Olimpik 2020.
MOA akan wujudkan AgroBazaar Rakyat 1Malaysia di Kg Pelet sebelum bulan puasa.
Matlamat kita - nak keluarkan peladang penternak dan nelayan dari dilabel sebagai 'golongan miskin'." - Dato' Sri Ismail Sabri