Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama jadi pencuri,
Itulah pantun nasihat dua kerat yang pernah diulang-ulang oleh arwah opah kepada gua ketika gua kecik dahulu. Rupa-rupanya segala nasihat orang-orang tua ini memang ada kebenarannya.
Buktinya adalah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang melemparkan fitnah terhadap PM, Najib Razak dan keluarga PM kononnya PM telah menyalahgunakan wang pembayar cukai rakyat untuk melangsungkan majlis pertunangan anak perempuan PM pada 17 Jun tahun lalu.
17 Jun 2011!!! Dah setengah tahun benda nie dok jadi kenapa la ni baru timbul. Kenapa sekarang? Kenapa tidak ketika itu? Kalo betul la Pejabat PM yang 'sponsor' majlis pertunangan anak PM guna duit kerajaan, takkan la pembangkang nak tunggu benda dah jadi sejuk suam-suam kuku baru nak kecoh-kecoh.