Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 29 September 2012

Puaka Niring : Misteri Rumah Sewa RM50...


Misteri Rumah Sewa RM50. Rumah RM50,Seksyen 2,Shah Alam

Kisah Mengenai Rumah Sewa RM50, rumah ini,terletak di seksyen 2 Shah Alam.

Cerita mengenainya ditulis sendiri oleh bekas penyewa rumah ini dulu yang juga bekas pelajar UiTM.

Beliau menceritakan bagaimana sengsaranya dikacau di dalam rumah itu.

Walaupun mereka hanya tinggal di rumah itu sehari,tetapi banyak perkara yang mereka lalui.

Tidak hairanlah owner rumah hanya meminta RM50 sebagai bayaran pertama untuk masuk rumah itu

dan berpesan kepada mereka agar tidak membawa masuk barang-barang lagi kerana bimbang susah nak angkat kerana rumah itu 2 tingkat

(tapi dari cerita ini, kita tahu kenapa onwer ni suruh jangan bawak masuk barang lagi).

Dedicated to Michael Jackson by King Tahapary Indonesia...

Panas!!! : Inilah Wajah Pengarah Innocence Of Muslim???..


Ini adalah gambar pertama lelaki dikatakan dalang di sebalik filem anti-Islam yang telah mencetuskan keganasan di seluruh Timur Tengah.

Nakoula Basseley Nakoula juga dikenali sebagai Sam Bacile. Lelaki yang disyaki oleh FBI sebagai pembuat filem bertanggungjawab terhadap filem Innocence Of Muslims yang mencemuh Nabi Muhammad.

Salah seorang pelakon filem itu Anna Gurji mengatakan dia telah ditipu oleh pengarah berusia 55 tahun itu.

Nakoula adalah Kristian Koptik kelahiran Mesir . Sekarang tinggal di California, beliau adalah seorang peniaga dadah yang disabitkan kesalahan dan yang terakhir dibebaskan dari penjara pada Jun tahun lepas.

Filem ini telah menyebabkan tindakbalas anti-AS dari umat Islam seluruh dunia. Tujuh orang telah terbunuh, beribu-ribu cedera dan malam tadi rusuhan telah merebak ke Sydney, Australia. Ia juga melaporkan bahawa Sudan telah menolak permintaan AS untuk menghantar Marin untuk melindungi kedutaan.

Di California, Gurji yang berusia 21 tahun, yang melakonkan watak pengantin kanak-kanak yang dikahwinia Muhammad dalam filem tersebut meluahkan rasa kesal kerana dia telah ‘dikhianati’ oleh Nakoula. Dia juga melahirkan rasa takut akan tindak balas umat Islam ke atasanya

‘Saya melakonkan watak pengantin perempuan bongsu kepada watak yang bernama George, “katanya. ‘Saya tidak tahu George akan ditukar kepada Muhammad. Saya mengunci diri di dalam rumah saya. Saya takut orang-orang di Timur Tengah akan menyalahkan saya.

‘Saya penganut katolik oleh itu mereka mungkin fikir saya menentang umat Islam. Saya mengambil pil tidur. Saya telah menangis selama beberapa hari. Saya rasa dikhianati. Muka saya terpapar dalam klip filem. Apabila orang menonton filem buruk itu mereka akan melihat saya. ‘

Thursday, 27 September 2012

Part IV : Banduan Penjara Cebu Filipina Menari Michael Jackson...

Pas Kata "Salam 1Malaysia" Haram, "Salam Bersih" Halal pulak ker???


Pas mengambil jalan menghentam PM dan pemimpin UMNO dengan mengaitkan ucapan "Salam 1 Malaysia" itu adalah haram walaupun salam itu didahului dengan ucapan "Assalamualaikum".

Itulah sikap PAS yang lebih gemar mempergunakan hukum hakam agama ke atas UMNO sedangkan rakan karib mereka seperti PKR, DAP, BERSIH dan lain-lainnya tidak pula dijatuhkan hukum sepertimana mereka menghukum para pemimpin UMNO.

Kepada cerdik pandai agama dalam PAS:

1. Apakah hukumnya "Salam Reformasi" dan "Salam Bersih" tanpa didahului "Assalamualaikum"?

2. Atau PAS sudah jadi syaitan bisu?

3. Atau PAS sekadar mempergunakan hukum hakam agama yang mereka cipta untuk keuntungan politik?

Wednesday, 26 September 2012

Part III : Banduan Penjara Cebu Filipina Menari Michael Jackson...

Quikie : Two Awesome Dancing Kids

Safwan Anang Tak Jadi Nak Saman Blog 1Peluru????...


Semalam ketika mahasiswa UM sibuk menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar turun mengundi bagi Pilihanraya Kampus, Safwan Anang yang bukan mahasiswa tapi 'Mahasewel' pun sibuk nak buat report polis terhadap blog 1Peluru yang dakwa beliau cuba membuat fitnah cerita Edikoup dipukul... Kat bawah nie gua kongsikan skit cerita dari blog 1Peluru...

Hahaa... Sebetulnya gua sentiasa bersedia untuk
memberikan kerjasama dengan pihak polis
bagi membuktikan Edikoup telah membuat laporan palsu
mengenai dirinya dipukul.

Bagi membuktikan betapa jahat & terdesak
usaha Pro-Menipu UM yang berpoksikan
pemimpin2 pembangkang memastikan
kemenangan mereka di UM.
Apa saja sanggup dilakukan
demi serakah kuasa... saling tak tumpah
dengan proksi mereka, Pakatan Riot!

Safwan & Edikoup jangan risau kerana
apa yang gua buat berdasarkan laporan awal dalaman oleh
pihak Pro-Menipu sendiri mengenai black-ops
Edikoup merancang untuk dirinya dipukul
bagi menarik simpati mahasiswa untuk
mengundi Pro-Menipu dalam PRKampus
di UM semalam.

Gua sentiasa bersedia untuk memberikan
kerjasama dengan pihak PDRM kerana
gua mempunyai bukti sahih sumber maklumat
dari 'orang dalaman Pro-M UM' mengenai
penipuan oleh Edikoup...

Safwan Anang jangan risau
dan Edikoup jangan lari tak cukup tanah lagi
kerana 2 kerusi masih perlu bertanding semula
di Universiti Malaya!
Kesian anak2 buah nanti terpaksa berkempen
tanpa 'chief'...

Untuk cerita penuh sila KLIK SINI


Allah Juga Tidak Merestui Pas...


Ini satu hakikat bahawa tuhan tidak pernah merestui apa yang dilakukan oleh PAS selama ini. Contoh yang nyata, setelah 65 tahun UMNO menerajui kerajaan, selama itulah juga PAS dan pemimpinnya telah berusaha dan berdoa supaya kerajaan BN tumbang dan merekalah yang menggantikannya.

Soalnya mengapa usaha dan doa PAS dan pemimpinnya tidak berhasil. Dari dahulu hingga sekarang mereka bersembahyang hajat dan berdoa tetapi hasrat mereka masih tidak diperkenankan oleh Allah swt. Mengapa ini terjadi? Jawapannya akan diperolehi jika dilihat daripada perspektif Islam itu sendiri.

Perkembangan parti PAS dari dulu hingga sekarang jelas PAS hanyalah parti yang banyak bercakap dan berteori ( berceramah ), tetapi tidak banyak bertindak (pratikal). Mereka sebagai peranan pemerhati yang hanya pandai mengkritik itu salah, ini tidak betul tetapi tidak pernah membentangkan dengan telus dan nyata apakah yang sebenarnya patut dibuat atau cara yang terbaik untuk dilakukan.

Akhirnya apabila mereka kehabisan modal mereka berhenti mengkritik dan mengajak seluruh ahlinya mengadakan sembahyang hajat dan berdoa untuk menjatuhkan kerajaan khasnya UMNO. Hal ini seolah-olah ahli UMNO tidak berupaya menghadap Yang Maha Esa memohon keselamatan dan memohon dikekalkan amanah sebagai pemerintah.

Dalam bab berdoa sebenarnya PAS terlupa bahawa doa seorang hamba sentiasa akan diperkenankan selama dia tidak mendoakan sesuatu yang mengandungi dosa, memutuskan siratulrahim dan tidak terburu-buru. Akhirnya mungkin Allah swt menolak doa mereka.

Inilah Manusia Yang Banyak Kali Mengecewakan Rakyat Sarawak... Sekarang Nak Membela Konon...


Mengulas mengenai isi kandungan atau janji-janji yang digariskan dalam "Deklarasi Kuching" oleh Anwar Ibrahim serta puak Pakatan Pembangkang di Kuching baru-baru ini, Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Taib menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak percaya lagi kepada Anwar Ibrahim.

Mengimbas kembali kepada beberapa permohonan oleh kerajaan yang pernah diajukan kepada Anwar ketika beliau masih menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dulu, kerajaan negeri sudah banyak kali dihampakan oleh Anwar apabila pada mulanya beliau bersetuju untuk memberi peruntukan kepada kerajaan negeri namun akhirnya permohonan Sarawak telah ditolak mentah-mentah.

"Saya masih ingat pada satu masa selepas memberikan banyak janji, amat sedih apabila mendapati permintaan kita iaitu berjumlah RM600 juta bagi lima tahun untuk memajukan dan membuka estet kelapa sawit tidak ditunaikan," jelas Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud.

Tentang "autonomi" pula, Pehin Sri Taib turut menegaskan bahawa Sarawak khususnya selama ini telah banyak menikmati autonomi. Sarawak berkembang maju dengan lebih cepat adalah kerana telah banyak mendapat autonomi daripada kerajaan pusat dan segala janji yang dibuat oleh Anwar serta pimpinan lainnya dari Pakatan Pembangkang seperti dalam 7 perkara itu semuanya adalah palsu dan tidak boleh dipercayai.

Tuesday, 25 September 2012

Part II : Banduan Penjara Cebu Filipina Menari Michael Jackson...

PRU 13 - Besar Kemungkinan Di tahun 2013.... Perhimpunan Agong Dahulu???...


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi bayangan baru mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) - ia tidak akan diadakan dalam waktu terdekat walaupun ramai membuat spekulasi ia akan dipanggil November ini.

Menurutnya, PRU13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana Perhimpunan Agung Umno akan berlangsung mulai 27 November hingga 1 Disember ini.

"Tidak mungkin PRU13 diadakan dalam masa terdekat.

Jika PRU13 diadakan dalam masa terdekat ini, sudah semestinya Perhimpunan Agung Umno juga akan ditangguhkan," kata beliau pada sidang media selaps mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, hari ini.

Pada 7 September lalu, Najib memberi bayangan terbaru – di Kelantan – mengenai tarikh PRU13 yang menjadi bahan spekulasi sejak awal tahun lalu.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau "sudah mahu" mengumumkan tarikh PRU13 yang dinanti-nantikan banyak pihak."Ambo rasa nak umum pilihan raya dah. Pilihan raya ini sebenarnya untuk apa. Ini adalah untuk masa depan kita," katanya.

Poster Yang Bikin Pro-Menipu Panas Sampai Tak Boleh Tido Malam Kempen #PRKUM!!!...


KN baru dapat info daripada adik KN yang belajar di UM mengenai suasana pilihanraya kampus sesi ini yang menurut beliau antara pilihanraya yang paling sengit di sepanjang penubuhan Universiti Malaya yang merupakan universiti tertua di negara kita.

PRK yang berlangsung pengundiannya hari ini setelah menempuh 5 hari berkempen oleh calon-calon sama ada daripada Penggerak Mahasiswa yang lebih dikenali dengan GERAK atau calon-calon Pro-Mahasiswa yang mula dikenali oleh pelajar-pelajar UM sebagai Pro-Menipu bagi merebut 43 kerusi yang melibatkan 34 fakulti.

Umum telah mengetahui UM merupakan antara kubu kuat Pro-Menipu kerana mereka telah memenanginya banyak kali sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Apa yang menarik untuk dikupas adalah bagaimana calon-calon Pro-Menipu memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan. Desas-desus cerita daripada adik KN, Pro-Menipu memenangi PRK UM dengan mencipta isu dan kontroversi demi meraih undi simpati pelajar. Namun, khabar-khabar angin kuat bertiup kencang bahawa Pro-Menipu termakan dengan taktik mereka sendiri bila setiap langkah mereka dapat dihidu oleh calon GERAK dengan membuat penafian dan memberi penjelasan yang baik kepada pelajar UM.

Sindiran isu "Calon Tua"
dalam Senyum Kambing

Flyers yang diedarkan oleh Pro-Menipu
 mengenai isu siapa "Calon Tua"...

Isu awalan yang pihak Pro-Menipu cuba kontroversikan adalah mengenai syarat kelayakan pelajar untuk menjadi calon kononnya calon GERAK tidak layak kerana berada di tahun akhir. Mereka ini diberi gelaran "CALON TUA" oleh penyokong dan calon Pro-Menipu. Namun, isu ini lantas dijawab oleh Pengerusi Penggerak Mahasiswa iaitu sdr Marwan Kahar Baharuddin dengan bukti-bukti dalam bentuk dokumen dan video serta beliau mencabar pihak Pro-Menipu untuk tampil membawa bukti. Sila ikuti pendedahan tersebut di bawah ini :



Tapi, yang paling ditakuti oleh pengokong dan calon-calon Pro-Menipu adalalah sebuah poster yang telah "MELONDEHKAN" segala taktik penipuan mereka sejak setahun dua ini dalam cuba memenangi hati pengundi. KN difahamkan oleh adik KN, dek kerana poster ini yang telah bertaburan edarannya yang secara meluas di dalam dan luar kampus kediaman serta fakulti-fakulti menakutkan pihak Pro-Menipu apabila poster tersebut telah mendedahkan taktik penipuan yang sanggup digunakan pihak Pro-Menipu demi untuk memenangi PRK UM. Kesannya, sejak hari Ahad lagi pihak Pro-Menipu terpaksa menubuhkan jentera khas bagi mencari dan menurunkan poster-poster ini daripada ditampal untuk tontonan umum pelajar-pelajar UM. Sehingga semalam jentera khas ini terpaksa bersengkang mata hingga ke pagi bagi memastikan poster ini tidak diedarkan di kolej-kolej kediaman dan fakulti-fakulti pengajian.

Di sini KN lampirkan poster tersebut yang telah KN besarkan untuk pembaca melihat dan menilai sendiri kenapakah poster ini begitu "DIGERUNI" oleh pihak Pro-Menipu...



Monday, 24 September 2012

Part I : Banduan Penjara Cebu Filipina Menari Michael Jackson...



This Is It - Michael Jackson - The Drill - Dancing Inmates Prisoners Dancing CPDRC

Sunday, 23 September 2012

Puaka Niring : 5 Tanda-tanda Rumah Yang Diduduki Berhantu...


1) Perasaan aneh. Anda merasakan perasaan yang aneh bila berada di rumah. Merasa tidak tenang atau gelisah terus menerus.

2) Sering terdengar suara-suara aneh. Yang paling sering adalah suara ketukan-ketukan pada dinding rumah anda, kadang-kadang juga dapat terdengar langkah orang berjalan, berlari atau suara orang sedang mandi di bilik air.

3) Tercium bau-bauan. Biasanya bau bunga kubur iaitu bunga kenanga, harum malam atau bau bunga melati yang wangi, bau darah, bau busuk.

4) Benda bergerak sendiri. Seperti perabot bergerak sendiri, malahan yang parah anda mungkin mengalami “gempa bumi dalam rumah” iaitu perabot bergoyang-goyang semua padahal tidak ada pergerakkan pada lantai rumah seperti gempa bumi.

5) Binatang peliharaan nampak gelisah.Seperti kucing, ayam, burung, ikan dalam akuarium, anjing. Dan lain-lain binatang peliharaan yang ada.

Sketsa : Perompak Silap Rompak Bank Sperma!!!...


Ada dua orang perompak Bank terkenal dan selalu menjadi buruan polis. 

Malam itu, mereka berniat merompak sebuah bank baru dekat rumah mereka.

Mereka sudah membayangkan betapa banyak duit di sana, karana selalu banyak pelanggan.

Malam itu, mereka menyelinap ke dalam bank. 

Ketika peti bank dibuka, udara dingin seperti kulkas keluar dari dalam peti. 

Karena takut nanti membeku,pintu mereka biarkan terbuka. 

Di dalam, mereka sangat bingung karena ada begitu banyak peti.

Peti pertama dibuka, isinya agar - agar! 

Mereka tambah bingung lagi!

"Calon Tua" #PRKUM : Pengerusi Penggerak Mahasiswa Cabar #ProMenipu Siar Rakaman Perbualan!!!!!...




22/9/2012 - Pengerusi Penggerak Mahasiswa UM, Saudara Marwan Kahar Baharuddin telah membuat pendedahan mengenai isu calon tua Penggerak Mahasiswa yang dibangkitkan oleh kumpulan Pro-M termasuk pembohongan mereka mengenai kenyataan Dr David Asirvatham, Pengarah Teknologi Maklumat UM.

Dalam sesi meja bulat perbincangan melalui telefon bersama Dr David, kumpulan Pro-M telah dinyatakan mengenai calon yang masih berbaki 2 semester pengajian, termasuk semester ini layak untuk bertanding. Namun mereka telah mengedarkan flyers/pamplet yang bercanggahan dengan kenyataan Dr David.

Lensa Niring I : PC Pendedahan Isu "Calon Tua" #PRKUM @aspirasiswa






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers