Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 26 October 2013

Tanda-tanda Kekalahan Pas Di #PRKSgLimau!!! #BeraniHijrah


Tengah-tengah syok-syok pusing-pusing dalam kawasan DUN Sg. Limau, Yan, Kedah ternampak plak bendera Pas tunduk menyembah bumi di tengah-tengah sawah padi. Macam tanda-tanda bakal kekalahan Pas saja dalam PRK kali ini.

Walaupun semua maklum kawasan DUN Sg. Limau ini adalah kubu kuat Pas sejak Ustaz Azizan memenanginya pada tahun 1995 sehingga tahun 2013 setelah Uztaz Azizan meninggal dunia baru-baru ini. Hampir 20 tahun Pas mewakili penduduk Sg. Limau, ditambah pula kawasan pernah menjadi kawasan Menteri Besar Kedah.

Kini sudah ada tanda-tanda pengundi di sini mahukan perubahan dan pembangunan. Semua ini hanya boleh dilakukan jika DUN dan Parlimen seiring diwakili oleh wakil rakyat dari kerajaan BN. Ini kerana DUN Sg. Limau berada dalam Parlimen Jerai yang diwakili BN dan semolek-moleknya Sg. Limau ini diwakili oleh wakil rakyat dari BN.

Pada PRK kali ini gabungan Pakatan Rakyat menampakkan kerapuhannya apabila hanya membiarkan Pas berjuang berseorangan bila mana jentera dari PKR dan DAP tidak kelihatan membuka pondok panas mereka. Sedangkan Pas pasti akan menghantar bala tenteranya jika PRK berlaku di kawasan DAP.

Ini dibuktikan lagi dengan kurangnya sambutan yang diberikan pengundi dari penyokong Pas sewaktu ceramah-ceramah diadakan walaupun yang memberikan ceramah itu adalah pemimpin tertinggi Pakatan.

Mungkin kali ini satu kejutan besar bakal berlaku di negeri Kedah bermula dengan Sg. Limau. Mungkin rakyat sudah mula melihat bukti apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan Mukhriz Mahathir adalah manifestasi daripada janji yang telah BN nyatakan. Atau juga mungkin rakyat tempatan mula melihat bahawa pembangunan dari segi rohani dan jasmani itu amat perlu jika mahu melihat sesuatu kawasan itu terus maju seperti kawasan lain.

Sama-sama kita nanti 4hb nanti apakah ini semua bakal diterjemah oleh rakyat Sg. Limau melalui peti undi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bukti Kerajaan Pas Kedah Menolak Pembangunan Di DUN Sg. Limau!!! #PRKSgLimau #BeraniBerubah


Ini bukti kerajaan Pas Kedah menolak pembangunan!!! Ini adalah jambatan yang menghubungkan tanah besar Semenanjung di Kg. Kuala Sedaka, Yan, Kedah dengan Pulau Bunting sejauh 2.8 km panjangnya. Jambatan ini dibina semasa kerajaan BN memerintah negeri Kedah.

Tujuan jambatan ini dibina adalah sebagai jalan penghubung antara pulau dan tanah besar bagi memudahkan pengangkutan. Pada awalnya kerajaan BN pada ketika itu bercadang ingin membina loji penapisan minyak (Refinary) bagi memudahkan kapal-kapal tangki minyak berlabuh kerana lokasinya yang sangat strategik dari segi kedalaman.

Tapi projek ini tidak dapat diteruskan apabila Kedah jatuh ke tangan pembangkang yang diperintah oleh Pas. Segala rancangan baik kerajaan BN terpaksa ditangguhkan sebaik saja Pas memerintah dengan alasan kononnya projek ini membazir wang rakyat sedangkan projek ini dijangka bakal menjana pendapatan tambahan kepada penduduk setempat dan membuka peluang pekerjaan.

Sepanjang sepenggal kerajaan Pas memerintah Kedah tiada usaha untuk menyambung projek ini. Kesannya, projek ini menjadi projek gajah putih apabila mendapat banyak halangan terutama daripada kerajaan Pas Kedah.

Inilah sifat sebenarnya pemimpin Pas yang sanggup melihat rakyat menderita asalkan mereka berjaya memegang kuasa politik. Sekali lagi rakyat Kedah terutamanya di Sg. Limau mampu membawa perubahan landskap jika memilih wakil rakyat dari BN kerana kesinambungan ini dapat diteruskan jika wakil rakyat ADUN dan ahli Parlimen dari keranjaan BN yang memerintah.

Oleh itu, pengundi dan rakyat Sg. Limau harus dapat melihat apakah kesannya jika pembangkang masih memerintah atau menjadi wakil rakyat. Fikir-fikirkanlah...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 25 October 2013

#PRKSgLimau : Kesinambungan Kemenangan BN Selepas #PRKKualaBesut??? #BeraniBerubah


PRK Sg. Limau kali ini merupakan pilihanraya kecil yang kedua selepas PRK Kuala Besut selepas PRU13 yang lalu berikutan kekosongan selepas kematian Ustaz Azizan mantan Menteri Besar Kedah dari Pas baru-baru ini.

Pada 23hb Oktober lepas adalah hari penamaan calon bagi PRK Sg. Limau bila mana Pakatan Rakyat mencalonkan Mohd Azam Abdul Samat dari Pas sebagai calon yang akan menentang calon dari BN iaitu Prof. Dr. Ahmad Sohaimi bin Lazim yang juga seorang Pensyarah Kanan di UPSI sebagai jawatan terakhir beliau.

Apa yang menarik perhatian kita adakah PRK Sg. Limau ini kesinambungan penguasaan BN selepas memenangi PRK Kuala Besut pada bulan puasa lalu bila rakyat memilih BN berbanding Pas di sana.

Mungkin juga senario PRK Kuala Besut sedikit berbeza kerana ia berlangsung semasa bulan Ramadan dan semua jentera menghormati bulan puasa dengan tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa. Namun senario tersebut mungkin berbeza kali ini dan kita semua sudah maklum perangai buruk penyokong Pas yang tidak melambangkan parti Islam pun.

Berbaki 10 hari sebelum hari pembuangan undi pada 3hb November nanti, macam-macam boleh berlaku. Apatah lagi pembangkang begitu terdesak untuk meraih sokongan rakyat setelah impian mereka untuk menubuh kerajaan pada PRU13 berkecai ditambah pula kekalahan di PRK Kuala Besut yang menambah parah luka Pakatan Rakyat.

Sikap terdesak Pakatan Rakyat ini semakin terserlah bila calon Pas, Mohd Azam sanggup menipu rakyat terutama kepada pengundi Sg. Limau dengan mengaku beliau bersaudara dengan arwah Ustaz Azizan dan ini dinafikan oleh ahli keluarga Ustaz Azizan sendiri. Hakikat sebenarnya beliau adalah sepupu kepada Phaharolrazi kumpulan yang menentang dan menjadi musuh Ustaz Azizan semasa pemerintahan beliau.

Sikap buruk calon Pas mula terserlah sedikit demi sedikit dan adakah ini calon yang sesuai menjadi wakil rakyat kepada penduduk Sg. Limau. Jika ada penduduk atau pengundi Sg. Limau yang baca artikel ni agar membuat pertimbangan yang waras sebelum memangkah nanti.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 23 October 2013

Lensa Niring : @KhairyKJ Mengiringi Calon BN Ke Pusat Penamaan Calon PRK Sg. Limau??? #SgLimau





Terkini!!! Keputusan Undian Semula NKP Bagi Bahagian Sabak Bernam... @AzwanBro


P.092 Sabak Bernam

MESYUARAT PERWAKILAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SABAK BERNAM
(PEMILIHAN SEMULA NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA)

Tarikh : 23 Oktober 2013 (Rabu)

Masa : 11.20 pagi

KEPUTUSAN RASMI PEMILIHAN NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA

BAHAGIAN : Sabak Bernam Negeri : Selangor

Calon NKP;
01 Jamawi Bin Jaafar
Rank : 2 Undi : 69

04 Khairul Azwan Bin Harun
Rank : 1 Undi : 161

Kertas Undi Yang Dikeluarkan : 237
Undi Rosak : 1
Kertas Undi Yang Ditolak : 6
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lensa Niring : Suasana Panas Penamaan Calon PRK Sg. Limau??? #SgLimau





Tuesday, 22 October 2013

UMNO Mendiskriminasikan Pemilihan AJK Pemuda Bahagian Gelang Patah??? @NajibRazak @KhairyKJ


Gua tertarik dengan cerita di Bahagian Gelang Patah pasal bahagian ini antara tiga bahagian yang bakal menjadi perhatian satu Malaysia bila bahagian ini akan mengundi bagi menentukan siapa yang mereka pilih sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO antara AzwanBro dan Jamawi.

Apa yang "syok"nya pasal mesyuarat Pemuda Gelang Patah ni ialah "story" bahagian yang digantung gara-gara ada lebihan undi berbanding dengan jumlah perwakilan ketika mesyuarat pemilihan Sabtu lalu. Ditambah pula dengan arahan dari UMNO Pusat bahagian ini harus mengadakan pengundian semula bagi jawatan NKP.

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, UMNO Pusat mengarahkan perwakilan Pemuda Bahagian Gelang Patah mengadakan pemilihan HANYA untuk jawatan NKP SAHAJA sedangkan sepatutnya dibuat sekali pemilihan diperingkat Pemuda Bahagian yang digantung sebelum ini. Persoalan yang timbul ialah kenapa hanya pemilihan untuk jawatan NKP sahaja diadakan sedang keputusan AJK Pemuda Bahagian masih tergantung sejak mesyuarat Sabtu lepas.

Kenapa tidak diadakan sekali mesyuarat AJK Pemuda Bahagian dan selepas itu barulah diadakan mesyuarat pemilihan jawatan NKP. Seolah-olah ada benda yang tidak kena bila pemilihan AJK Pemuda Bahagian tidak diadakan tapi hanya untuk jawatan NKP. Mana punya peraturan mesyuarat la puak-puak ni pakai.

Siapa la yang pandai sangat atau sebenarnya memandai-mandai buat keputusan bangang ni. Diskriminasi telah berlaku dalam UMNO. Undi jawatan NKP buat tapi undi AJK Pemuda Bahagian kena tunggu sampai entah bila. Siapa di UMNO Pusat yang keluarkan arahan pelik-pelik ni.

Esok hari terakhir sebelum Rabu hari pembuangan undi. Keputusan siapakah NKP yang akan dipilih oleh Pemuda Bahagian Gelang Patah bakal terjawab hari Rabu nanti. Tapi adakah ini bakal memuaskan hati perwakilan yang mahu pemilihan diperingkat AJK Pemuda Bahagian diadakan bagi memilih siapa Ketua Pemuda Bahagian dan AJK.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 20 October 2013

Kenyataan @Azwanbro Pasal Dia Kalah Jawatan Timbalan Ketua Bahagian... @promelayu @KhairyKJ @razaliibrahim


"Saya mengucapkan tahniah kepada semua calon yang memenangi jawatan Majlis Tertinggi UMNO semalam. Dengan berakhirnya Pemilihan UMNO ini maka bermakna tugas berat sudah menanti bagi menghadapi PRU ke 14 akan datang dimulai dengan PRK Sungai Limau. Saya sendiri telah gagal di peringkat Bahagian dalam merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian.

Namun begitu saya berjanji akan tetap membantu ahli UMNO Bahagian Pasir Salak dan rakyat dalam mengekalkan kemenangan pada PRU ke 14 kelak. Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia saya menyerahkan nasib saya kepada Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bachok, Sabak Bernam dan Gelang Patah yang akan mengadakan pemilihan semula pada hari Rabu nanti.

Apa saja keputusannya saya sedia terima dengan hati yang terbuka dan tetap juga akan mencurahkan khidmat saya kepada parti walaupun keputusannya mungkin tidak menyebelahi saya.

Hidup mati saya adalah bersama UMNO untuk memartabatkan Agama, Bangsa dan Tanahair" - Khairul Azwan

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Keputusan Rasmi MT Umno Setakat 3.45 Petang Ahad...


Berikut adalah keputusan rasmi bagi 25 calon teratas bagi kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno setakat 3.45 petang Ahad:

1. Datuk Seri Mustapa Mohamed 183

2. Datuk Seri Jamil Khir 183

3. Datuk Idris Haron 182

4. Datuk Seri Ismail Sabri 181

5. Datuk Seri Idris Jusoh 181

6. Datuk Ahmad Shabery Cheek 178

Keputusan MT Umno Setakat 12 Malam...


Berikut adalah keputusan tidak rasmi jumlah undi yang diterima 25 calon teratas kerusi Majlis Tertinggi Umno setakat 12 tengah malam Sabtu, berdasarkan papan carta Pusat Media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

1. Datuk Seri Mustapa Mohamed : 82

2. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob : 80

3. Datuk Seri Idris Jusoh : 80

4. Datuk Seri Jamil Khir Baharom : 79

5. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek : 79

6. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim : 79
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers