Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday, 23 January 2015

Sek Men Agama Darul Naim Terima Sumbangan NGO Sahabat Media Selangor??? @NohOmar #DSNO #SMS


Semalam NGO Sahabat Media Selangor telah berjaya menghantar bantuan Fasa Ke2 Misi Bantuan Mangsa Pasca Banjir Pahang ke Sekolah Menengah Agama Darul Naim Kuala Krau yang terjejas terus terlibat dengan bencana banjir besar baru-baru ini. Sekolah ini di bawah seliaan dan pemantauan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang rosak teruk akibat banjir yang memusnahkan hampir kesemua harta benda pelajar dan sekolah. Lantaran itu Sahabat Media Selangor mengambil inisiatif menghantar sukarelawan dan bantuan seperti katil, tilam dan almari agar dapat digunakan oleh sekolah dan pelajar yang terpaksa tinggal di lantai dan berkongsi kemudahan penginapan di asrama. Sumbangan ini juga hasil sumbangan Kolej Pendita Zaaba Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi yang turut membantu menderma katil, tilam dan almari pelajar. 

Penghantaran ini merupakan penghantaran bantuan kali ke2 sama seperti penghantaran bantuan sebelum ini yang mendapat permintaan daripada pihak sekolah terutama Pengetua dan guru-guru. Turut sama membantu penghantaran bantuan ini adalah Ahli Parlimen Kuala Krau, YB Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said yang turut menanggung perbelanjaan pengangkutan seperti lori yang mengangkut barang bantuan kali ini.

Kepada mereka-mereka di luar sana yang terdiri daripada individu persendirian, syarikat swasta, GLC dan sesiapa sahaja yang turut mahu memberi sumbangan kepada mangsa banjir di seluruh negara bolehlah membuat demikian dengan menghubungi sekreteriat dan urusetia Sahabat Media Selangor di KLIK SINI. Segala sumbangan anda bagi meringankan beban mangsa banjir amat dihargai dan semoga hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.





Thursday, 22 January 2015

Penjelasan Menteri Pertanian Tentang Bantuan Kepada Petani Mangsa Banjir??? @NajibRazak @IsmailSabri60 #DSIS


TEMURAMAH YBM ISMAIL SABRI @ RTM RANCANGAN LANSKAP - PASCA BANJIR

1. Sebanyak 3 juta ringgit telah dibelanjakan pada awal berlakunya bencana banjir  oleh Kementerian Pertanian. Kementerian Pertanian sangat komited bantu walaupun ianya patut berada di belakang

2. Penyusunan semula bajet oleh PM. Setakat ni projek rakyat tetap diteruskan, cuma mungkin operasi pengurusan dan Kementerian dikurangkan.

3. Tambahan 100 juta ringgit untuk Tekun dan 10 ribu ringgit untuk mangsa banjir pulihkan semula perniagaan mereka. Penangguhan pinjaman oleh Agrobank & Tekun. Untuk Tekun Kementerian Pertanian akan beri dengan segera, tidak ada lagi borang dan karenah birokrasi. Tekun juga akan menjadualkan semula pinjaman untuk meringankan beban mangsa. Agrobank pula memperuntukkan 50 juta ringgit untuk pinjaman kepada mangsa banjir tanpa cagaran dan penjamin.

3. Kementerian Pertanian mempunyai formula untuk membayar kepada mangsa banjir. Contohnya lembu RM700 seekor untuk maksimum 10 ekor.

4. Beberapa kali Menteri Pertanian sudah menjelaskan, mangsa tak perlu repot polis untuk mendapatkan bantuan. Cukup dengan melaporkan dengan Jabatan Pertanian terdekat sahaja.

5. Ketegasan Kementerian Pertanian. KADA tidak perlu menunggu peruntukan kewangan dari Kementerian Kewangan. Sebaliknya menggunakan peruntukan sendiri duhulu. Sebab ia Menteri telah turun sendiri ke Kelantan dan melihat keadaan yang sangat teruk kepada penduduk. Jika Kementerian Pertanian, keadaan akan memudaratkan lagi penduduk Kelantan.

6. Ada pertindihan kerja. Contoh pengurusan sungai. Sungai bukan di bawah Kementeria Pertanian tapi kalau kita asyik tolak-tolak kerja, rakyat yang rugi. Kementerian Pertanian telah mengambil tanggungjawab ini untuk membaiki sungai di Morak, Kota Bharu, Kelantan.

7. Bagi kenaikan harga barang pertanian, pemborong ambil kesempatan. Kelantan, Terengganu bukan pengeluar sayur.

8. Sebab tu Kementerian Membuka Pasar Tani Khas yang harga barangannya sehingga 60% lebih murah. Di Kelantan sahaja Kementerian Kewangan telah membuka 11 Pasar Tani Khas. Ia buka di kawasan yang mengalami banjir.

9. Larangan mengeksport sayuran buah-buaan dan ikan kepada rakyat untuk menjamin bekalan mencukupi.

10. Kita perlu sama-sama berkerja antara kerajaan, GLC dan swasta dalam bidang agromakanan. Menteri Pertanian masih tidak nampak lagi keagresifan GLC yang terlibat dalam agromakanan untuk sama-sama bantu gerak kerja membantu mangsa banjir.

11. Bagi membantu mangsa banjir, Menteri Pertanian telah mengerahkan sukarelawan membantu membersih rumah kediaman. Kementerian memberi peralatan. Kementeria juga turun dapatkan maklum balas. Ada kawasan perlu makanan. Ada kawasan perlu barang selimut, dapur. Semua tu telah disemak dan diselaraskan.

12. Sebanyak RM500,000 untuk membantu mangsa banjir di Sarawak. Tidak ada diskriminasi, Kementerian juga membantu rakyat Sarawak.

13. Bekalan makanan tidak ada masalah buat masa sekarang.






Monday, 19 January 2015

Kementeria Pertanian Hulurkan Bantuan Pasca Banjir Negeri Kelantan... @NajibRazak @IsmailSabri60 #DSIS


BANTUAN PASCA BANJIR NEGERI KELANTAN - ISMAIL SABRI YAAKOB

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan menterinya Dato' Sri Ismail Sabri menganggarkan nilaian awal sektor pertanian di Kelantan yang terjejas dan musnah akibat musibah bencana banjir besar baru-baru ini adalah 100 juta termasuk kerosakan infrastruktur dan aset.

Melalui Kementerian Pertanian jelas menunjukkan kerajaan persekutuan sentiasa membantu rakyat tanpa mengira latarbelakang ideologi politik dan kaum walaupun Kelantan adalah negeri di bawah kerajaan negeri pembangkang. Cuba kita lihat apa kerajaan negeri buat utk rakyat Kelantan? Takde.

Hasil tinjauan sendiri Menteri Pertanian yang turun padang melihat sendiri kawasan sawah di Morak, Kota Bharu yang rosak teruk. Hasilnya Menteri Pertanian mengarahkan KADA membaiki dalam jangka masa seminggu dengan menggunakan dahulu peruntukan sedia ada yang kemudian nanti akan digantikan oleh Kementerian Pertanian.

Menurut Menteri Pertanian lagi, jika hari ini kita Kementerian Pertanian menghulurkan bantuan kepada petani-petani yang menjadi mangsa banjir dan seluruh rakyat negeri Kelantan dengan membina banyak Pasar TANI di Kelantan untuk meringankan beban rakyat Kelantan terutama mangsa banjir.

Dengan mewujudkan banyak Pasar Tani secara tidak langsung rakyat Kelantan juga akan mendapat keistimewaan darr kewujudan Pasar Tani yang sudah pasti menawarkan harga barangan keperluan harian 20-60 % lebih murah dan rendah dari pasar biasa.









Lensa Niring : Kelab Sahabat Media Selangor (SMS) Sumbang Katil, Tilam Dan Almari Kepada Mangsa Banjir Kuala Krau Pahang!!!!



Semalam NGO Kelab Media Selangor telah turut sama ke misi bantuan mangsa banjir kali kedua apabila turut menyertai misi ini bersama-sama dengan sukarelawan menghantar barangan keperluan untuk Sekolah Agama Darul Naim Kuala Krau yang terdiri daripada katil, tilam, almari, dapur masak dan Al Quran yang juga disumbangkan oleh Kolej Pendita Zaa'ba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi. Misi bantuan mangsa banjir ini juga dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang juga ditemani oleh Ketua Penerangan UMNO Selangor, Dato' Zein Isma yang sudi membuat pelepasan konvoi.

Sumbangan ini diterima oleh Ahli Parlimen Kuala Karau yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat, YB Datuk Ismail bagi pihak Sekolah Agama Darul Naim Kuala Krau yang diserahkan oleh Ketua Rombongan atau "chief de mission" sdr Nizam.

Menurut Ketua Rombongan Misi atau '''chief de mission" sdr Nizam menjelaskan bahawa semua sumbangan ini adalah hasil usaha ahli kelab yang bersama-sama mencari sumbangan dan tajaan daripada orang ramai dan badan korporat termasuk dengan institusi pengajian tinggi. Sumbangan yang diterima akan terus disalurkan kepada mangsa banjir yang memerlukan. Jika orang ramai mahu menghulurkan sumbangan bolehlah membuat sedemikian dengan menghubungi di page "Sahabat Anak Selangor" atau KLIK SINI.

Menurut beliau lagi "Sahabat Anak Selangor" juga akan menghantar konvoi sukarelawan bermotor yang terdiri daripada anak muda ke lokasi banjir sekitar Pasir Salak dan Batu Gajah pada hujung minggu ini. Konvoi ini akan berkonvoi ke Perak seterusnya membuat kerja-kerja kesukarelawanan bagi membantu mangsa banjir dan penduduk setempat membersihkan sekolah, masjid, surau, dewan orang ramai termasuk kediaman penduduk.

Di bawah ini dikongsikan corat-coret lensa sekitar pelepasan konvoi dan majlis penyerahan bantuan mangsa banjir...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers