Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 26 November 2011

Selamat Menyambut Awal Muharram Daripada Kulaan...


Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam. Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. 

Kalendar ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun. Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya. Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-Asy’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.

Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie. Sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. 

Kerana Anwarlah Rakyat Indon Mula Cari Pasal Dengan Malaysia!!!!


Perbuatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memburuk-burukkan negara dalam siri ceramahnya di Indonesia baru-baru ini disifatkan sebagai mengkhianati negara dan langsung tidak patriotik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, kelakuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu jelas menjatuhkan imej negara tanpa memikirkan kesannya termasuk perasaan rakyat Malaysia.

PRU Berasingan Merugikan Rakyat...


Pilihan raya umum (PRU) yang dijalankan secara berasingan tanpa melibatkan negeri dikuasai pembangkang, hanya merugikan kerana terpaksa me ngeluarkan perbelanjaan tinggi untuk proses pilihan raya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ianya suatu pembaziran sekiranya terpaksa mengadakan dua kali PRU kerana kosnya amat tinggi.

AUKU : Adakah Mahasiswa Kita Benar-benar Sudah Matang Untuk Berpolitik?


Kebanyakan universiti di negara maju seperti Eropah, utara Amerika dan beberapa negara Asia membenarkan mahasiswa di negara mereka terbabit dalam politik, malah sesetengahnya membenarkan parti politik memasuki kampus.

Ada juga universiti menubuhkan kelab mewakili parti politik yang terbabit secara langsung setiap kali pilihan raya kampus dijalankan, namun apa membezakan keadaan di sana dengan Malaysia adalah mahasiswa di negara berkenaan matang berfikir dan pandai membahagikan di antara pelajaran dan berpolitik.

Friday, 25 November 2011

AUKU : Akhirnya Mahasiswa Dibenarkan Berpolitik...


Datuk Seri Najib Razak semalam mengotakan janjinya untuk lebih terbuka memberi kebebasan kepada rakyat dengan mengumumkan hasrat kerajaan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 yang akan membenarkan penuntut mencapai usia 21 tahun menyertai parti politik. 

Namun, bagi menjaga kepentingan peranan universiti sebagai institusi pendidikan, politik kepartian dilarang dibawa ke dalam kampus. Perdana Menteri berkata, langkah berkenaan sebagai menghormati hak Perlembagaan mahasiswa negara yang kebanyakannya sudah mencapai umur baligh undang-undang atau 'age of majority'

Pelik Tapi Benar : Pelik Duit Jatuh Dari langit????


SUNGAI SIPUT (U) – Pelik tapi benar, itulah yang didakwa sebuah keluarga di Taman Kledang, di sini apabila menyaksikan kejadian luar biasa duit syiling dipercayai jatuh dari langit. 

Sehingga semalam, duit syiling yang jatuh di halaman rumah keluarga itu sudah berjumlah RM5.60 dan terdapat sekeping duit syiling dari India serta Singapura. Agak mengejutkan ketika kunjungan Sinar Harian di lokasi turut menyaksikan kejadian duit syiling 20 sen tiba-tiba terjatuh. 

PM Najib Tempelak Pembangkang Tuduh 'Cekik' Kebebasan!!!!


Tuduhan pembangkang kononnya Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang dikemukakan kerajaan bertujuan 'mencekik' hak kebebasan berhimpun adalah tidak benar dan meleset sama sekali. 

Sambil menempelak tindakan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rang undang-undang tersebut bertujuan memberi kebebasan berhimpun kepada rakyat selagi mana ia bersifat aman dan tanpa senjata. Menurut beliau, kebenaran mengenai hakikat itu jelas kerana polis tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perhimpunan yang dilakukan secara aman dan jika mengikut segala lunas peruntukan yang digariskan undang-undang. 

Panas !!! Kemenangan Penakut Trofi Yuna Ditarik Balik AIM....


Mengejutkan!!!! Rumah sudah siap tapi bukan sahaja pahat yang berbunyi. Agak memalukan apabila kemenangan untuk Lagu Terbaik AIM yang dimenangi oleh Yuna terpaksa ditarik balik oleh kerana silap daripada pihak penganjur. Pemenang sebenarnya ialah tak lain tak bukan lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain.

KR1M : Bukti Perbandingan Harga Barang Yang Lebih Murah Daripada Hypermarket...



Nurul Izzah & Tony Pua sebelum ini bertindak membandingkan 23 harga barangan dari Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) dengan harga barangan yang dijual oleh pasaraya besar seperti Careffour. 

Dengan membandingkan antara barangan K1RM dengan pasaraya besar seperti Careffour jelas menunjukkan bahawa dalam PKR ini bukan sahaja bapanya bersifat penipu anaknya si Nurul Izzah juga layak dipanggil penipu tidak keterlaluan juga saya katakan bodoh, dangkal dan dungu. 

Thursday, 24 November 2011

Kondom Bertaburan Dan Dijadikan Tempat Melampias Nafsu Di Taman Rekreasi, Sungai Kedah...

Longgokan kondom di kawasan rekreasi berhampiran Sungai Kedah menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada masyarakat mengenai kawasan yang dibina untuk kegunaan keluarga.

Kondom kelihatan yang telah digunakan bertaburan di kawasan rekreasi itu terutama berhampiran pondok rehat yang dibina.

Pendidikan Berorientasi Tarbiah Bentuk Manusia Berhemah


SALAH satu ciri keunikan Islam ialah membentuk manusia dengan cara berhemah, penuh hikmah dan pengajaran berorientasikan tarbiah yang sempurna mengikut kemampuan manusia.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak akan membebani seseorang melainkan mengikut kemampuannya.” (Surah Al-Baqarah, ayat 286)

Peristiwa yang berlaku kepada Sayyidah Zainab mengajar kita sejak zaman sebelum kedatangan Islam, pengambilan anak angkat menjadi kebiasaan. Mereka menjadikan anak itu sebagai salah seorang daripada keluarga seterusnya dianugerahkan nasab keturunan serta menyamakannya dengan ahli keluarga lain.

Kepada Kaki Futsal!!!! Anda Dijemput Menyertai Kejohanan Futsal 1Belia 1Malaysia Putrajaya



Sembang Kedai Kopi : Blogger Dibayar Bela Pemimpin BN...



Alkisah tengah-tengah sidang tergempar ahli-ahli dewan kedai kopi bersidang membelasah Indonesia yang tidak ada hormat kepada lagu kebangsaan kita timbul seorang blogger yang tidak berapa tersohor tetapi mengaku tersohor duduk sesama. 

Sidang sedang menceritakan betapa hodohnya sikap penyokong Indonesia – sungguhpun keluarga mereka ada yang bekerja di negara ini menghantar duit untuk menyara keluarga mereka di sana, si blogger muda yang tidak tersohor ini mula menceritakan tentang lembu. 

Apa taknya, kita bercerita tentang otak lembu penyokong Indonesia – tak semena-mena topik lembu tercetus dan nama Sharizat tersembur keluar. 


Kenapa Kerajaan Pakatan Tidak Mahu PRU Serentak???


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap pemimpin parti politik termasuk pembangkang dapat mencapai persetujuan bersama untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, walaupun undang-undang membenarkan kedua-dua pilihan raya itu diadakan secara berasingan, namun pemimpin politik wajar mengambil kira kepentingan bersama dalam hal terbabit. 

Beliau berkata, proses pengundian serentak dapat mengelakkan pembaziran daripada segi kos, tenaga kerja dan juga masa. “Dalam undang-undang membenarkan mana-mana kerajaan memerintah atau kerajaan negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengikut tarikh yang mereka suka. Bagi SPR, kalau boleh buatlah bersama. Proses pengurusan pilihan raya ini lebih kurang sama. Namun, kalau dibuat berasingan, kos dan tenaga kerja akan jadi berganda,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Taklimat SPR bersama 

Wednesday, 23 November 2011

Malaysia vs Syria 2 : Wajah-wajah Kekecewaan Penyokong Malaysia Di Parlimen

Kekalahan Malaysia kepada Syria dalam kelayakan Olimpik dengan keputusan 2-0 benar-benar mengecewakan penyokong Malaysia di Parlimen yang masih terbawa-bawa dengan kemenangan Malaysia sebagai juara Sukan SEA beberapa hari yang lalu.

Malaysia vs Syria 1 : Parlimen Juga Sudah Terkena Penyakit Bolasepak

Sekali pun Dewan Rakyat di Parlimen masih lagi bersidang untuk penggulungan dan perbahasan oleh kementerian yang terlibat, demam dan kemeriahan bolasepak terutama selepas memenangi pingat emas Sukan SEA dengan mengalahkan Indonesia masih belum reda.

Malam ini, sekali lagi Malaysia akan diuji sama ada mampu mengalahkan Syria dalam saingan Olimpik dinanti oleh rakyat Malaysia.

Sketsa Niring : Penyokong Pas Pulang Wang Saku Sekolah RM100???

Hakikat sebenar yang berlaku... Ibu bapa yang sebelum ini tak pernah pegi mesyuarat PIBG di sekolah anak-anak, tiba2 muncul ketika mengambil "Report Card" anak termasuk mereka yang menjadi penyokong pembangkang dan mengutuk segala dasar dan apa saja yang kerajaan lakukan....

Akhirnya Indonesia Akur Dan Menerima Kekalahan Final Bolasepak Sukan SEA...


Apalah makna menjuarai keseluruhan Sukan SEA andainya gagal menebus kekalahan pada acara bola sepak, acara yang disifatkan sebagai 'ibu segala acara sukan'. 

Sebagai tuan rumah kejohanan sukan terbesar Asia Tenggara edisi ke-26, Indonesia tidak ada pilihan lain selain daripada akur menerima keputusan kekalahan mereka pada Malaysia dalam acara bola sepak. 

Gadis Dibogelkan Dikhalayak Ramai Kerana Mencuri????



Seorang wanita dibogel dan dimalukan di depan khalayak ramai setelah dia ditangkap mencuri di China. Orang ramai mengoyak pakaiannya dan menulis "saya pencuri" dalam karakter cina dengan menggunakan marker di belakang badannya. Insiden memalukan itu berlaku di Kota Taizhou, timur China. 

Satu sumber online mengatakan pencuri tersebut juga diseksa secara fizikal. Dia terpaksa mengikat dadanya dengan menggunakan kain buruk untuk mengelak dibogel. Setelah puas menyeksa pencuri wanita itu, orang ramai memanggil polis untuk tindakan lanjut. 

Tuesday, 22 November 2011

Pandangan Tun Mahathir Cabaran Buat UMNO Untuk Berubah....


Pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai peranan UMNO yang dilihat masih tidak mencukupi dalam membantu orang Melayu disifatkan sebagai satu cabaran kepada kaum itu. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pemikiran Dr. Mahathir itu dilontarkan bagi melihat sama ada orang Melayu sendiri mampu untuk menyahut apa yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri itu mengenai orang Melayu dan peranan UMNO. 

Video : Sukan Sea 2011; Malaysia Terima Kalungan Emas Bolasepak, Indonesia Terima Berbakul Cacian Dan Cercaan Penyokong Sendiri...




Kulaan : well done Harimau Malaya... you guys did a good job... don't ever scared with anybody now... we can do it... Malaysia Boleh!!!!... Auuuuuuuuummmmmmm!!!!!.........

Malaysia vs Indonesia !!! Dua Penyokong Fanatik Indonesia Maut Di Pijak Sesama Sendiri...


Dua peminat bola sepak Indonesia maut selepas berasak-asak bagi mengikuti perlawanan akhir pertembungan antara Malaysia dan Indonesia bagi merebut emas, di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi. “Kami menemui mangsa terbabit dan mereka sudah meninggal dunia," kata ahli paramedik, Abdul Majid memberitahu protal berita Detik.com. 


Video Yang Bakal Meletup Di PRU 13!!!!

Sumber : PapaGege


CCTV berwarna yang bakal menggemparkan dunia politik Malaysia. Adalah difahamkan bahawa video ini bakal bersiaran tatkala gendang PRU 13 di palu!!! 

 Kita tengok siapa pula yang kena kali ini!!!

Monday, 21 November 2011

Masa Tambahan : Final Bolasepak Sukan SEA

Stadium Gelora Bung Karno diselang-seli suasananya antara debaran apabila perlawanan diseret ke masa tambahan apabila Malaysia terikata 1-1 dengan Indonesia.

Masa 30 minit yang penuh mendebarkan membuatkan mereka yang mempunyai sakit jantung terpaksa menjauhi televesyen. Kulaan yang tiada sakit jantung rasa-rasanya boleh terkena sakit jantung melihat perlawanan yang penuh mendebarkan.

Gempak!!! Tentera Singapore Hina Islam Dalm Facebook...

PAPARAN akaun Facebook milik Christian Eliab Ratnam iaitu anggota tentera Singapura
yang mencemuh Islam beserta bendera Israel.
Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF) memandang serius tindakan seorang anggota tentera yang mencemuh Islam dalam laman web sosial Facebook. MINDEF berkata demikian dalam jawapannya kepada pertanyaan media mengenai laporan seorang anggota tentera kebangsaan (NSF) menyiarkan gambar ayat mengkritik Islam di dalam akaun Facebook miliknya.

Quikie Time : Layan Lagu Nie Lagi Best...



masa untuk rehatkan minda... sekali sekala layan lagu best gak... lagu ini Kulaan jumpa sewaktu Kulaan ke Sibu, Kuching pertengahan tahun ini semasa menyambut Pesta Gawai dengan sahabat-sahabat lama seperguruan... 

walaupun ia adalah lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi Sabah, namun penduduk Sarawak amat menggemarinya kerana lagunya yang simple dan liriknya yang makan dalam... sepanjang Pesta Gawai lagu ini kerapkali diulang ketika berkaraoke...

Main Pun Belum Yahoo Dah Umum Indonesia Kalahkan Malaysia Dalam Final Sukan SEA!!!!


LAMAN web YAHOO semalam mengeluarkan berita yang mengejutkan di laman webnya yang bertajuk "Indonesia mengalahkan malaysia dalam final bola sepak sukan SEA" sedangkan perlawanan belum lagi bermula. 

Isi berita yang dilaporkan oleh Aidan Jones dari AFP itu bagaimanapun menceritakan perjalanan pasukan Indonesia dan pasukan Malaysia sehingga ke perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno. 

Rakyat Kelantan 21 Tahun Minum Air Karat...

Data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 mengenai bekalan air bersih di seluruh negara mendapati Kelantan menduduki tempat paling bawah, sehingga dilabelkan sebagai negeri yang memiliki air kurang selamat dan berisiko.

Fakta ini sudah pasti mengejutkan kira-kira 1.54 juta penduduk Kelantan. Selama ini sebahagiannya terpaksa bergantung kepada air perigi dan sungai disebabkan kegagalan pembekalan air terawat oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Kementerian Kesihatan menerusi uji kaji berasingan bagi tempoh 2008-2010, juga mendapati air di negeri itu mengandungi arsenik, merkuri, mangan dan plumbum, iaitu logam-logam yang kesemuanya boleh memudaratkan kesihatan termasuk mengakibatkan kanser.

Rumah Ibadat Orang Islam Akan Dirobohkan Dan Diganti Bangunan Komersial...


Daripada Abu Hurairah, Baginda Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/surau), membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya)."
H.R Muslim



Isu Fidlot : Lembu Punya Susu... Sapi Yang Dapat Nama...


Tolong ler baca... pastu, tolong ler faham... dah tuh, tolong ler jangan buat citer lagi... penat dah dengan isu nie... tukar isu lain la...

Kini ia jelas (sekurang-kurangnya) bahawa tiada unsur penipuan atau apa-apa tanda-tanda kegagalan di Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) kerajaan seperti yang didakwa oleh pembangkang. Walaupun KPN Ismail Omar memberi jaminan bahawa pihak polis masih menyiasat dakwaan itu, semua pihak telah dinasihatkan supaya berhenti membuat spekulasi apa-apa. Kasihan Shahrizat kerana menjadi subjek serangan politik oleh Pakatan Pembangkang. 

Sunday, 20 November 2011

KMS1M 5 : Perdana Menteri Memberi Ucapan Perasmian

Selepas menerima resolusi daripada Dr. Novandri (blog MIM), PM memberi ucapan dan seterusnya merasmikan konvensyen. Dalam ucapan beliau mengiktiraf peranan pengamal media sosial seperti blogger, facebooker, twetterian dan semua pengamal media sosial sebagai pejuang dan tentera baru kepada perjuangan Barisan Nasional.

KMS1M 4 : Pembentangan Resolusi Oleh Blogger Tersohor

Sebelum PM berucap dan merasmikan konvensyen, resolusi konvensyen telah disampaikan oleh blogger tersohor Dr. Novandri, blog MIM di atas pentas utama seterusnya menyerahkan resolusi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

KMS1M 3 : Ketibaan Perdana Menteri Ke Konvensyen

Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Konvebsyen Media Sosial 1Malaysia sebagai tetamu kehormat yang sememangnya dinanti-nantikan peserta konvensyen dengan sabar untuk mendengar ucapan beliau terutama mengenai pengamal media sosial di alam cyber....

KMS1M 2 : Suasana Dalam Dewan

Inilah suasana yang berlaku di dalam dewan yang penuh dengan pengamal media yang terdiri daripada bloggers, facebookers, twitterians dan pengamal media sosial di alam maya atau alam cyber...

KMS1M 1 : Suasana Ketika Pendaftaran Peserta Konvensyen...

Suasana yang meriah ketika pendaftaran peserta yang datang dari seluruh Malaysia untuk turut sama menyertai konvensyen yang jangkakan dihadiri lebih dari 2000 orang...

Panas!!!! 5 Gadis Melayu Tetap Mahu Sertai Miss Borneo....

Kurang 12 jam acara kemuncak Miss Borneo 2011 di sini malam ini, lima peserta pertandingan ratu cantik itu yang beragama Islam dipanggil memberi penjelasan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) hari ini.

Mereka dikatakan berpakaian menjolok mata dalam gambar promosi acara itu yang disiarkan sebuah akhbar tempatan sejak minggu lalu sehingga menimbulkan perasaan kurang senang umat Islam di negeri ini.

Sehubungan itu, mereka diberi peluang membuat penjelasan terhadap penglibatan masing-masing dalam pertandingan tersebut sebelum diberi kaunseling oleh pegawai JAIS.

Peserta yang terlibat dikenali sebagai Melatie Mellisa, 22, Adira Kamil, 23, Sharifah Nadzirah, 23, Roszaina Suhaili, 21, dan Natasha Nur Amarina, 21.

Pengarah JAIS, Abang Shamsuddin Abang Seruji berkata, pihaknya memandang serius perkara itu apabila menerima banyak aduan masyarakat yang mahu pertandingan tersebut dipantau kerana dikatakan mengetepikan sensitiviti umat Islam.

Bagaimanapun, katanya, tindakan JAIS memanggil lima peserta itu bukanlah bertujuan menghukum, sebaliknya ingin berdialog termasuk mendengar penjelasan mereka.

"Di samping itu, kita turut memberi nasihat kepada mereka tentang keperluan menutup aurat dan menjaga kehormatan diri sebagai seorang wanita muslim.

"Kita juga menasihatkan mereka supaya menarik diri kerana walau apa pun alasannya, memperagakan diri kepada umum adalah haram.

"Namun, kita tidak paksa, jadi terpulang kepada diri masing-masing," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ditanya mengenai penyertaan gadis beragama Islam di negeri ini dalam pertandingan ratu cantik yang semakin meningkat, Abang Shamsudin berkata, pihaknya akan cuba menangani isu tersebut menggunakan pendekatan lembut dan berhemah.

Sementara itu, salah seorang peserta, Melatie Melissa berkata, penyertaannya dalam pertandingan tersebut sekadar untuk membina keyakinan berdepan dengan orang ramai, di samping membentuk disiplin dan penampilan diri.

"Sepanjang latihan berlangsung, penganjur menghormati peserta yang beragama Islam dan tidak pernah memaksa kami memakai pakaian menjolok mata serta melayani mana-mana tetamu VIP," katanya.

Sementara itu, wakil penganjur program, Alaric Soh mendakwa, pertandingan ratu cantik tersebut tidak mensyaratkan peserta beragama Islam beraksi dengan pakaian mandi seperti pertandingan sama di negara lain.

"Pakaian lain juga tidak seksi atau mendedahkan aurat kerana kita sentiasa menjaga sensitiviti dan menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara ini," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers