Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday, 23 November 2011

Akhirnya Indonesia Akur Dan Menerima Kekalahan Final Bolasepak Sukan SEA...


Apalah makna menjuarai keseluruhan Sukan SEA andainya gagal menebus kekalahan pada acara bola sepak, acara yang disifatkan sebagai 'ibu segala acara sukan'. 

Sebagai tuan rumah kejohanan sukan terbesar Asia Tenggara edisi ke-26, Indonesia tidak ada pilihan lain selain daripada akur menerima keputusan kekalahan mereka pada Malaysia dalam acara bola sepak. 


Sudah dua dekad, Indonesia menanti peluang untuk menewaskan Malaysia dalam acara yang sangat popular dan amat signifikan dalam gelanggang Sukan SEA. Kali terakhir Indonesia membawa pulang pingat emas ialah pada tahun 1991 ketika beraksi di Manila, Filipina. Kekecewaan itu dapat dilihat menerusi laporan akhbar tempatan hari ini yang sebilangan besarnya menyiarkan laporan mengenai kegagalan Garuda Muda di muka depannya. 

Kalau sebelum perlawanan bermula, Malaysia menjadi mangsa provokasi dengan pelbagai label dan kritikan kurang manis dilaporkan di media tempatan. Hari ini, kekalahan di padang sendiri biarpun pahit untuk ditelan namun ia terpaksa diterima dengan hati yang terbuka. Akhbar Jakarta Globe pada muka depannya jelas tidak dapat menyembunyikan kekecewaan dengan menyiarkan betapa Indonesia terpaksa akur dengan kekalahan pada Malaysia. 

Dengan tajuk laporan Heartbreak Again for Merah Putih (Merah Putih sekali lagi patah hati), akhbar itu berkata, stadium Gelora Bung Karno sepi sebaik penjaga gawang Garuda Muda, Kurnia Meiga gagal menahan jaringan ketua pasukan Malaysia, Baddrol Bakhtiar pada sepakan penalti terakhir. "Saya fikir ia akan menjadi lebih mudah kepada Indonesia apabila kami menjaringkan gol pertama, tetapi hal yang berbeza berlaku sebaliknya," komen jurulatih pasukan Indonesia, Rahmad Darmawan dalam nada kecewa seperti dipetik akhbar itu. 

Pada pada masa, Rahmad, mengakui, pasukan bola sepak Malaysia berhak membawa pulang pingat emas untuk acara bola sepak kerana Harimau Muda beraksi cemerlang. "Malaysia merupakan pasukan yang cemerlang secara keseluruhannya dan mereka layak membawa pulang pingat emas.Saya ingin memohon maaf kepada seluruh peminat bola sepak Indonesia," katanya lagi.

Rahmad turut memberi pujian pada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang ternyata cukup tangkas dan bijak menjaga gawang. "Kita (Indonesia) sudah bersedia dari aspek teknikal dan mental tetapi penjaga gol Malaysia sangat bersedia menerima sepakan penalti. "Sedangkan saya terpaksa memaksa beberapa pemain saya untuk mengambil sepakan penalti. Saya juga jelaskan kepada mereka, walau apa sekalipun keputusan, saya akan bertanggungjawab," jelas Rahmad sambil memberitahu hanya tiga pemainnya yang bersedia mengambil tendangan penalti. 

Rumusan akhbar The Jakarta Post edisi hari ini pada muka depannya pula berkata, perlawanan antara Malaysia dan Indonesia pada Sukan SEA itu berlangsung dalam suasana penuh emosi. Ini kerana, perlawanan itu diadakan ketika hubungan kedua-dua negara sering diuji dengan pelbagai isu termasuk isu perbatasan, pembantu rumah dan dakwaan pemilikan kesenian dan kebudayaan. Berdasarkan rekod, Malaysia dan Indonesia sudah berhadapan sebanyak 13 kali di Sukan SEA. 

Biarpun Indonesia tewas kepada Malaysia, namun pasukan negara itu turut mendapat pujian daripada beberapa media lain dengan menyifatkan Garuda Muda sudah berjuang habis-habisan. Akhbar Kompas pada muka depannya melaporkan, pasukan tempatan telah menunjukkan semangat juang yang membanggakan Indonesia. Pertemuan Indonesia dengan Malaysia dalam acara bola sepak merupakan satu hal yang amat penting bagi pencinta sukan negara ini. Kepada sebilangan besar rakyat Indonesia, bertemu Malaysia merupakan 'perlawanan sebenar' dan dijadikan sebagai garis ukur kehebatan pasukan bola sepak kebangsaan. - UtusanOnline

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers