Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 25 January 2014

Pasar Tani Putrajaya Gempar Tetiba PM Datang Check Harga Barang??? @NajibRazak @razlanrafii


Petang tadi sekitar jam 6.30 petang Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib meluangkan masa turun padang memantau sendiri harga barangan kegunaan di Pasar Tani Presint 3. Kehadiran PM hari ini juga disambut oleh Menteri KPDNK dan Pegawai Kementerian serta pemimpin UMNO Putrajaya. Ini satu lagi usaha murni PM untuk melihat sendiri permasalahan yang dihadapi oleh rakyat di negara ini berkaitan isu kenaikan harga yang dimomokkan oleh pembangkang. Lawatan ini juga bertepatan dengan janji beliau untuk melihat sendiri denyut nadi permasalah rakyat sebagai janji beliau semasa pilihanraya lepas.

Kehadiran PM juga membawa sinar kepada rakyat kerana dalam masa yang sama 25 ribu peniaga pasar tani menghantar akujanji akan bersama kerajaan mengawal harga barangan makanan agar tidak menaikkan harga sesuka hati dan dalam masa yang sama langkah ini dilihat dapat membantu serta membebankan rakyat dalam suasana komoditi dunia yang tidak tentu di lebih 500 lokasi tapak pasar Tani seluruh negara.

Dengan kesempatan ini PM membuat tinjauan ke gerai-gerai peniaga Pasar Tani terutama di gerai yang menhual barangan basah seperti ikan, ayam, daging dan sayuran. Hasil tinjauan PM seperti yang dilaporkan dalam berita tv harga barangan yang dijual di situ masih terkawal malahan ada harga barangan yang dijual di bawah harga kawalan. Apa yang dilakukan oleh PM ni memang baik memang bagus cuma.... ada cumanya... ada sedikit kelemahan yang masih diperbaiki pasal lawatan PM tadi.

Gua bukan nak kritik PM cuma gua sebagai penduduk Putrajaya yang hadir ke program tadi dan juga hadir ke program lawatan ke Pasar Tani sebelum ini ingin memberi cadangan penambahbaikan lawatan PM jika PM mahu melihat sendiri hakikat sebenar harga barang di pasar tani ini atau tempat lain.

Cadangan pertama gua jika betullah PM nak tengok sendiri harga barangan kat Pasar Tani sama ada naik atau tidak harga barangan tu eloklah PM turun secara mengejut tanpa perlu ramai yang datang berkumpul semata-mata nak tunjuk muka atau "punch card" bila pemimpin besar turun padang seperti kebiasaan. Jika PM turun secara mengejut sudah tentu PM akan dapat lihat sendiri bahawa harga yang PM lihat hari ini jauh berbeza. Sebagai contoh harga ayam proses hari ini sekilo RM7.50 sahaja bila PM datang. Tapi masa gua pantau minggu lepas sekilo harga ayam proses adalah RM8.00. Kenaikan RM0.50 dari harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

Cadangan kedua, jika PM nak turun membuat lawatan eloklah turun tanpa pengetahuan peniaga, pak menteri, pemimpin kanan dan juga kakitangan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seperti hari ini bila segala persiapan termasuk pemasangan banner dan khemah yang menunjukkan kehadiran PM yang akan datang melawat ke Pasar Tani. Sudah tentu peniaga awal-awal lagi akan mempamerkan tanda harga. Kalau PM tak percaya buat la seperti cadangan gua yang pertama tadi. Gua bukan cakap kosong. Gua dah tengok sendiri kaedah yang telah dilakukan oleh Ketua Pemuda Wilayah, saudara Razlan Rafii  minggu lepas apabila beliau bersama Ketua-ketua Pemuda Bahagian dalam Wilayah telah turun secara mengejut ke Pasar Basah Chow Kit seawal jam 7 pagi. Hasilnya amat mengejutkan kami.

Ada peniaga yang tergopoh-gapah baru mempamerkan harga barangan apabila menyedari ada lawatan mengejut dilakukan. Tak kurang juga ada peniaga yang mempamerkan dua tanda harga yang berbeza. Satu harga yang mahal dan satu lagi harga mengikut arahan kerajaan. Dan apa yang lebih mengejutkan lagi, terdapat peniaga yang langsung tidak mempamerkan tanda harga. Itulah hasil pertemuan kami. Jika Datuk Seri masih tak percaya cuba Datuk Seri KLIK SINI KLIK SINI . Kalo Datuk Seri masih tak percaya cuba Datuk Seri baca link ni Ketua Pemuda Wilayah @razlanrafii Serang Peniaga Di Pasar Chow Kit??? @NajihRazak @KhairyKJ @azwanbro

Jadi, berbesar hati jika Datuk Seri dapat melihat secara sendiri barulah Datuk Seri dapat melihat seterusnya memahami kenapa rakyat merasa tekanan akibat kenaikan harga barang. Apa pun usaha Datuk Seri turun padang hari ini melawat Pasar Tani Presint 3 amat gua hargai dan juga penduduk Putrajaya juga amat menghargai usaha Datuk Seri.

Friday, 24 January 2014

Siapa Sebenarnya Boss Kadir Jasin???? Tun M Or Tun Daim????







Wah! Makin menarik bila membicarakan pasal wartawan pencen merangkap "blogger beretika konon" yang kelihatan bersungguh-sungguh membalun PM Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor sejak kebelakangan ini dengan menimbulkan pelbagai persepsi negatif. Timbul persoalan dalam kepala hotak gua ni kenapa sekarang Kadir Jasin membalun PM bertubi-tubi termasuk mengaitkan isteri PM Rosmah seolah-olah ada satu konspirasi atau tangan-tangan ghaib di sebalik kritikan ni. 

Dalam tulisan beliau di blog kadirjasin.blogspot.com KLIK SINI dengan jelas cuba mencemarkan imej Datin Seri Rosmah dengan pelbagai fitnah. Paling kurang ajar bila blogger tua ni menulis "Saya dah berbuih mulut cadangkan agar Rosmah masuk politik dan dilantik menjadi menteri. Malah ke jawatan PM jika mendapat kepercayaan rakyat..."

Kadir si wartawan pencen ni kena belajar skit walaupun dah berumur lebih separuh abad. Memang seronok bila balun pasal bini orang tapi kenapa plak nak melompat bila orang dok cerita pasal kedua isteri tersayang si Kadir ni. Tau pun marah bila orang dok cerita pasal bini-bini ko tapi masa ko dok balun pasal bini orang tak sedar diri plak.


Gua rasa macam ada yang tak kena jer bila Kadir Jasin mula start balun PM dan Rosmah. Ada yang mengatakan Kadir Jasin ni balun sebab Tun Daim Zainuddin sebagai orang kuat di belakang wartawan pencen ni bak kata sahabat blogger gua AkuPeduliApa KLIK SINI. Namun ramai yang beranggapan apa yang sedang dilakukan oleh Kadir ni adalah dipengaruhi oleh Tun Mahathir yang secara kebetulan mempunyai hubungan yang rapat dengan Tun Daim. Memang gua tak nafikan bahawa Tun Daim dan Tun M mempunyai hubungan "istimewa" tetapi itu tidak bermakna apa yang dilakukan oleh wartawan pencen ini datang dari Tun M melalui Tun daim.

Disebabkan hubungan inilah ramai yang salah anggap bahawa Tun M mempunyai kaitan terus dengan Kadir seterusnya memberi tanggapan negatif kepada Mantan Perdana Menteri. Secara tidak langsung ini memberi kesan yang buruk kepada hubungan baik antara Tun M dengan Najib. Dan gua tak rasa ini yang berlaku sebenarnya.


Niat jahat sebenar Kadir si wartawan pencen ni semakin terserlah bila semakin ramai sudah mula nampak bagaimana beliau sebenarnya bersekongkol dengan Tun Daim sahaja tanpa ada keterlibatan Tun M sekali pun tidak dapat dinafikan hubungan sedia ada antara dua Tun ni. Situasi kebetulan yang ada ini diambil pula kesempatan oleh mereka-mereka yang sememangnya dengkikan hubungan baik antara Mantan PM ni dengan PM sedia ada. Ibarat kata orang putih "things happen at the right time at the right place with the right person".

Berat gerak hati gua yakin dengan "KETIDAKKETERLIBATAN" Tun M dalam hal Kadir Jasin membalun PM dan isterinya. Tapi berat hati gua mengatakan  bahawa Tun Daim mempunyai kaitan terus dengan Kadir Jasin dalam kes ini. Hal ini berlaku mungkin disebabkan kedua-dua mereka ini mempunyai agenda peribadi tetapi Najib menjadi "batu penghalang" kepada impian mereka. 

p/s : psssssssttt... uncle Kadir... frust tak dapat jawatan yang diimpikan ker.... balun orang lain boleh... sendiri kena balun jangan melompat ye... hehehehehehehehehe

Thursday, 23 January 2014

VIDEO: Remaja Perempuan DIBELASAH Sampai Pengsan... Kalo Adik Aku Dah Lama Aku Cari Korang!!!



Video remaja bergaduh sebenarnya bukan perkara luar biasa.

Tapi selalunya, yang buat macam itu adalah remaja lelaki. Kalau melibatkan perempuan memang jarang dan habis kuat pun setakat tarik-tarik rambut dan menjerit macam orang gila saja.

Tapi pergaduhan tiga budak perempuan dalam video ini memang dahsyat. Salah seorang daripada mereka yang jadi mangsa tak dapat buat apa-apa untuk mempertahankan diri bila dilanyak oleh dua yang lain.

Macam dirasuk hantu, dua remaja perempuan terbabit membelasah termasuk menendang mangsa di kepala, rentap baju sampai terselak dan menarik rambut sampai terbangun.

Akhir sekali mangsa yang longlai pengsan tepi longkang sebelum rakaman dihentikan.

Tak pasti di mana video ini dirakam tapi jika didengar butir perbualan, rasanya di Malaysia.

Harap-harap budak yang terbabit dalam video ini dapat dikesan dan disiasat. Kecik-kecik dah perangai pailang macam ni, tak tahulah apa jadi bila dah dewasa nanti.

Ada harapan jadi pendera anak atau suami ni

Video Pembangkang Kantoi Alih Isu Kangkung!!! @NajibRazak @tunfaisal



Kantoi sudah pemimpin pembangkang bila dah ketepuan isu mahu memfitnah kerajaan BN selepas PRU13. Bila dah takda modal maka cerita kangkung pun digembar-gembur mengalahkan isu lain yang lebih penting seperti isu Kalimah Allah yang juga didokongi oleh pemimpin pembangkang yang beragama Kristian dan pemimpin Islam Pakatan Rakyat.

Wednesday, 22 January 2014

Gempar!!! Gambar Muka Binatang Yang Rogol Budak 2 Tahun Sampai Mati!!!


Menyirap darah gua bila dapat gambar yang di wassap oleh sahabat gua kata ni muka satu antara tiga individu yang disyaki merogol budak umur 2 tahun sampai mati. P*** m** betul la mamat nie. Nie bukan manusia tapi binatang takda otak elok jer bagi makan anjing. Dikatakan mamat ni yang juga salah seorang perogol merupakan penagih dadah termasuk dengan ibu mangsa yang juga dilaporkan menjadi penagih serta menjalankan perniagaan dadah secara kecil-kecilan.


Ini pula dilaporkan adalah ibu mangsa yang buat muka "derk" bodo piang macam tak bersalah jer. Haramjadah betul la minah nie. Diceritakan ibu mangsa yang juga menjadi pengedar dadah kecil-kecilan bertindak di luar batas kemanusiaan bila bertindak menjual darah daging anak sendiri kepada mat pit lain atas sebab yang kurang pasti sebagai alat pemuas nafsu binatang tiga individu.

Mangsa pula dirogol secara bergilir-gilir hingga patah tulang pinggul dan akhirnya mengakibatkan kematian. Woi binatang! Tu budak kecik la dua tahun cakap pun tak pandai. Haramjadah betul la. Dilaporkan ketika kejadian berlaku si ibu membuat laporan polis dengan muka sadin kononnya anak hilang dan disyaki diculik. Rupa-rupanya si ibu pun bersubahat sama dengan binatang takda hati dan tak berperikenanusiaan.

Kat bawah ni gua kongsi petikan wassap yang gua terima dan dikongsikan di wassap group yang lain.

"Kes bdk 2 thun kene rogol n bunuh
Patah habis tulang pinggul budok tu dikerjakan..
3 org buat kije tu
Budak dadah..mok budak tu pon mkn dadah jgk..mok dia jual anok dia..n berlakon report polis konon x tahu ape..n anok dia kena culik..kejam..
Jumpe kat rumoh kasong taman permint
3 org buat kije ni..dpn belakang di rodok..
Mok sedara budok ni je yg meraung..mok budok relaks je..mcm x ade rase ape2..
Ni suspek
Org tebing tembah
Mggu lps jupe dgn pokyaa kt kdai aduka.. Ye bwk arwh tu
Mok sedare ye ada gok"i

Baru Jadi Ketua Pemuda Dah Tunjuk Belang Lawan Tokey!!! @KhairyKJ


Apa nak jadi la dengan 11 Ketua Pemuda Bahagian dalam Negeri Pahang ni. Baru jer lepas dilantik sama ada yang baru dilantik atau yang lama telah dilantik semula. Baru beberapa bulan menjadi pemimpin mudah dah tunjuk belang tunjuk hero macam Sarip Dol Samseng Kampung Dusun. 

Dilaporkan 11 Ketua Pemuda dalam negeri Pahang cuba melahirkan rasa tak puas hati dengan perlantikan Ketua Pemuda Negeri Pahang oleh Khairy yang juga Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Kata depa ada lagi orang lain yang lebih hebat untuk ditabalkan menjadi Ketua Pemuda Negeri bukan individu yang dilantik oleh KJ. 

Bila bab-bab jawatan dengan pangkat ni bukan main hero lagi depa lagak seperti sang panglima dunia persilatan tapi bila tang isu berkaitan dengan agama macam isu Kalimah Allah tak pulak berani. Tak pulak nak bawak segala hulubalang lawan musuh agama yang secara terang-terangan cuba menghina agama Islam.

Dah la tu, pi main jauh-jauh la buat kerja lagi bagus. Kuatkan saf kepimpinan dan bawa parti hingga mampu kembali menguasai kerusi yang sedang di duduki pembangkang haram jadah tu. Buat kerja kuat-kuat dan dengan ikhlas hati untuk menawan kembali kerusi yang dah terlepas kat PR dalam PRU14 yang akan datang dari sok bising melalak pasal jawatan dan pangkat.

Kat bawah ni gua kongsikan isi memorundun yang panglima misai kontot ni dok mintak dan perjuangkan. Korang baca dan nilaikan sendiri...


"Isi memorandum tersebut :


MEMORANDUM BANTAHAN BERKENAAN PERLANTIKAN SAUDARA SHAHRUDDIN AHMAD (KETUA PEMUDA PEKAN) SEBAGAI KETUA PEMUDA NEGERI PAHANG


Salam YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Menteri Belia dan Sukan.Dengan tulus dan penuh tanggungjawab, kami 11 orang Ketua-ketua Pemuda Bahagian daripada 14 bahagian di Negeri Pahang secara bersama atas semangat setiakawan menyatakan kekesalan dan menyatakan bantahan berkenaan perlantikan Sdra Shahruddin Ahmad (Ketua Pemuda Pekan) sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang atas sebab dan alasan sebagaimana berikut:


1.0 Sdra Shahruddin Ahmad, Ketua Pemuda Pekan sebelum dilantik secara sedar dan penuh pasti berjanji dihadapan 10 org Ketua Pemuda UMNO Bahagian di dalam satu perjumpaan awal di Istana Hotel, Kuala Lumpur menyatakan persetujuan bahawa Ketua Pemuda Bera sebagai Naib Ketua Pemuda Negeri dan sekiranya Ketua Pemuda Bera tidak dilantik sebagai NKP maka beliau atas semangat setiakawan dan perpaduan dengan sendiri akan menolak jawatan sebagai Ketua Pemuda Negeri.

2.0 Perlantikan Sdra Shahruddin Ahmad, Ketua Pemuda Pekan sebagai Ketua Pemuda Negeri tidak lagi mendapat sokongan majoriti Ketua-ketua Pemuda Bahagian dan adalah lebih membimbangkan sekiranya perlantikan ini didasari untuk kepentingan pihak-pihak tertentu yg berkepentingan yg mencaturkan perlantikan KP Pekan sbg KP Negeri.

3.0 Sdra Shahruddin Ahmad, KP Pekan langsung tiada inisiatif utk mencari jalan penyelesaian, mahupun mengadakan perjumpaan dengan semua KP2 Bahagian. 

4.0 Walaupun telah dinasihati oleh beberapa Ketua Pemuda Bahagian yang situasi ketika itu masih didalam pertimbangan agar KP Pekan sebagai KP Negeri berjumpa seorang demi seorang memberi  penjelasan dalam menjernihkan kembali keadaan, namun nasihat yg diberi langsung tidak diendah. 

5.0 Kami majoriti KP2 Bahagian hilang kepercayaan kepada Sdr Shahruddin Ahmad KP Pekan sbg KP Negeri kerana beliau gagal mendengar pandangan dan suara akar umbi dan gagal memupuk kemesraan yg baik.Demi kelangsungan politik, perpaduan yang menyeluruh Pemuda UMNO Negeri Pahang, Kami majoriti 11 Ketua Pemuda UMNO Bahagian2 di Negeri Pahang, dengan ini secara sebulat suara menyokong penuh Sdr Zoolihsan Ketua Pemuda Bera sbg Ketua Pemuda Negeri yang baru. Keyakinan dan kepercayaan kami semua amat tinggi kepada Sdr Zoolihsan sbg KP Negeri Pahang dalam memastikan pemuda pahang terus bersatu dan terus diupayakan.


Kami juga majoriti 11 Ketua Pemuda Bahagian tidak akan menerima jawatan sebagai Ketua Pemuda Negeri dan tidak akan menerima perlantikan mana mana Ketua Pemuda Bahagian yg lain selain drp Sdr Zoolihsan, Ketua Pemuda Bera.Kami amat yakin dengan kebijaksanaan YB Khairy Jamaludin sbg Ketua Pemuda Malaysia akan memberikan pempertimbangkan sewajarnya Memorandum Kami ini demi Kebaikan Seluruh Pemuda UMNO Pahang. Sekian, Terima Kasih."

Video Terbaek Amy Search Nyanyi Lagu "Gila Kangkung"!!! @NajibRazak @tunfaisal



menitik airmata pemimpin pembangkang bila tengok lagu Amy Search nie...

rock forever... rokkooo!!!

Tuesday, 21 January 2014

B***h La!!! Blogger Pencen @KadirJasin Kutuk Blogger ProBN Tak Bantu Dalam PRU13??? @NajibRazak


Hari ni gua sempat jengah beberapa laman blog sahabat blogger lain yang mengutarakan rasa tak puas hati dengan kenyataan bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP) a.k.a wartawan pencen yang juga seorang blogger, Datuk A Kadir Jasin yang menghentam kepimpinan PM, Datuk Seri Najib Razak hingga turut sama mengheret pengamal media seperti pejuang siber dan blogger-blogger ProBN sama dalam kenyataan beliau.

Tapi yang tak boleh tahan tu bila wartawan pencen ni boleh plak mempertikaikan sumbangan pengamal media terutama blogger ProBN sebagai tidak membantu langsung UMNO dan BN ketika menentang fitnah dan tohmahan pembangkang semasa PRU13 lalu sedangkan ramai pejuang siber di luar sana bermati-matian berperang di alam maya. Apa Kadir nie buta kayu buta hati ker apa sampai tak nampak apa yang dah pejuang siber ProBN buat siang malam bersama kerajaan menangkis setiap fitnah dan tohmaha pembangkang. Tak baca blog ker si Kadir ni, tak tengok fb ker si Kadir ni, tak main twitter ke si Kadir ni.




Dah pulak tu siap kata blogger-blogger ProBn guna blog pembangkang balun beliau kerana kritikan beliau kononnya menyerang PM Najib. Hilang akal ke wartawan pencen ni. Belum pernah gua jumpa blogger-blogger ProBN guna blog orang lain terutama blog pembangkang update artikel terutama kalo nak hentam si Kadir ni seolah-olah ibarat UMNO "menyelak kain sendiri tunjuk kat orang". Apa yang dia buat tu "tak selak kain" jugak ker.

Adakah dengan hanya 8 artikel oleh so-called blogger power ni telah membantu UMNO dan BN memenangi PRU13 yang lepas seperti apa yang telah diutarakan oleh yuseriyusoff KLIK SINI. Itu pun bukan semua artikel yang benar-benar menyerang atau menjawab tohmahan dan fitnah pembangkang. 

"Saya tidak kisah tokoh wartawan ini mengkritik kepimpinan DS Najib Tun Razak di laman blognya atas dasar kebebasan bersuara. 
Tetapi menuduh blogger dan cybertroopers pro UMNO tidak membantu kepimpinan UMNO bagi saya satu kenyataan bangang yang tidak sepatutnya keluar dari mulut orang berpengalaman seperti Kadir Jasin. 
Blogger UMNO dikatakan memburuk-burukkan bakal generasi UMNO.
Benarkah tuduhan tersebut, adakah kita blogger mengkritik tindakan Kadir Jasin merupakan satu perbuatan yang merosakkan UMNO?
Ini bagi saya ia satu penghinaan, mana mungkin saya berdiam diri melihat seorang wartawan tua meroyan dan menyalahkan blogger UMNO kerana dirinya dikritik." 
- yuseriyusoff.blogspot.com



Kalo korang nak tau lebih detail lagi sebab apa si Kadir ni dok meroyan boleh la,







Bukti Kenapa Anwar Tak Boleh Jejak Kaki Ke Jepun Bikin Frust Menonggeng...


Seperti semua sedia maklum, sebelum ini rakyat Malaysia perlu memohon visa untuk memasuki Jepun. Namun, pada tahun 2013 Kerajaan Jepun telah menguatkuasakan peraturan rakyat Malaysia yang memegang pasport biometrik dilengkapi mikrocip TIDAK PERLU MENDAPATKAN VISA untuk berkunjung ke Jepun.

Kesilapan Anwar Ibrahim ialah, apabila dia beranggapan kelonggaran syarat tersebut terpakai bagi dirinya juga. Apa yang Anwar Ibrahim terlupa, mereka yang pernah memasuki PENJARA tetap perlu memohon Surat Kebenaran Khas untuk memasuki negara Jepun.

Hal ini kerana kelonggaran syarat tersebut hanya terpakai bagi mereka yang bebas dari rekod jenayah atau rekod tahanan penjara.

Apa yang berlaku terhadap Anwar Ibrahim juga telah termaktub dengan jelas melalui undang-undang Jepun, apabila pihak dia gagal mengemukakan dokumen sewajarnya (VISA bagi mereka yang pernah memasuki penjara), dia akan dihantar pulang serta-merta ke negara asal.

Sunday, 19 January 2014

[18SX] Pancut ‘Power’ Tak Semestinya HEBAT...


Saya pernah ditanya sama ada 'power ejakulasi' iaitu ejakulasi dinamik seperti air mani terpancut keluar jauh adalah lebih baik daripada ejakulasi yang keluar biasa atau menitis.

Jawapan saya, jika air mani masuk ke dalam faraj, kehamilan boleh berlaku. Ia semudah itu.

Masih ramai tidak faham mengenai air mani dan berfikiran ejakulasi 'power' adalah hebat, namun isteri masih belum hamil.


Jangan salah sangka.

Sebenarnya, air mani keluar akibat tekanan cengkaman otot sistem ejakulasi dan otot lantai pelvis.

Jika anda mengawal otot lantai pelvis ketika mencapai ejakulasi, ia akan terbantut atau tidak terasa.

Perkara menahan kemut atau mengemut ketika ejakulasi biasanya dilakukan bagi mengawal masalah cepat klimaks dan kesannya ialah ejakulasi tidak terasa seperti biasa.

Ada juga lelaki mempunyai otot lantai pelvis (otot kemut) yang kurang aktif dan tentu dia akan mengalami masalah ejakulasi tidak terasa.

Jika itu masalah sebenar, cara paling mudah untuk mengatasinya ialah dengan mengamalkan senaman kemut atau 'Kegel'.

Kini dengan terapi Elektro Magnetik Pelvi-Center, lelaki yang otot lantai pelvisnya lemah dapat menjadikannya lebih kuat.


Pakar Sakit Tuan,

Dr. Ismail Tambi

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers